Grab the widget  IWeb Gator

Selasa, 28 September 2010

UMNO TAKUT KARTUNIS



Saya akan siarkan kartun dalam buku Isu Dalam Kartun Katak secara berperingkat..Harap maklum. Disebabkan terbitnya komik ini maka membuatkan UMNO gelabah dan terpaksa mencari jalan bagi menghentikan penerbitan komik ini sehingga menyebabkan tertangkapnya Kartunis terkenal tanahair iaitu Sdr Zunar. Seperti mana Ucapan DS Nizar dalam ucapan Jamuan Hari Raya Pas dan Pakatan rakyat Perak, beliau ada mengatakan kalau dulu Bapaknya cukup takut dengan KOMUNIS akan tetapi pada Zaman anaknya ia pula takut kepada KARTUNIS...Pelik kan.
Ini menunjukkan zaman kejatuhan UMNO dan Barisan nasional di bumi Malaysia ini tak lama lagi.. Marilah kita ambil kesempatan bersama untuk berubah demi Masa Depan Malaysia Yang Gemilang di Bawah Pakatan Rakyat.

Ahad, 26 September 2010

MESRA AIDILFITRI PAS KDAS 3 DAN SG KATI




Pas Cawangan KDAS 3 Dan Sungai Kati telah mengadakan satu Program Mersa Aidilfitri yang diadakan pada 25/09/2010 pada Jam 9.00 Malam. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Masyarakat setempat, Ajk Pas kawasan Dan Pas Cawangan berhampiran. Sambutan yang diberikan pada tahun ini adalah amat menggalakkan dengan kehadiran ramai pengungjung. Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam. Dr Khairuddin juga sempat meluangkan masa memberi sedikit ucapan ringkas kepada para hadirin dan beramah mesra dengan hadirin yang hadir. Terima kasih kepada tuan rumah yang membanarkan tapak dan rumah beliau digunakan untuk program berikut:

Sabtu, 25 September 2010

HILANG KUASA MELAYU JIKA PEMBANGKANG PEMERINTAH


Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Kenyataan Dr Mahathir Dalam Utusan Malaysia Pada hari ini amat disokong sekali oleh saya, yang mana dia mengatakan Melayu akan hilang kuasa jika Pembangkang Memerintah di Malaysia. Dia memberikan contoh Negeri Perak masa Ds Nizar jadi MB. Apa yang dia nak marah sangat pun tak tahu. Sampai Utusan Meloya pun letak tajuk utama akhbarnya.
Kenyataannya memang betul iaitu Melayu hilang kuasa, tapi tambahan sikit ialah Melayu UMNO akan hilang kuasa jika Pembangkang Perintah malaysia kerana mereka tak boleh lagi nak mengaut keuntungan sepertimana biasa yang mereka lakukan ketika memerintah. Macam mana ADUN boleh buat rumah yang berjuta ringgit, Lebih 500 Ribu ringgit. Mana datangnya duit kalau tak gunakan kuasa untuk mengambil segala macam projek dan khazanah yang ada. Bukan setakat itu saja, mereka turut mengagihkan kekayaan tersebut kepada anak dan cucu mereka. Apa yang Orang KDAS 3 dapat? Sama-samalah kita pikirkan..Kita nak buat rumah 100 ribu pun susah tetapi ADUN kita boleh buat rumah sampai Berjuta Ringgit.
Adakah ini yang dikatakan Rakyat didahalukan? Sudah pasti tiadak dan yang betulnya ialah Kroni dan poket diutamakan. Rakyat dikampung-kampung hanya dapat lebihan-lebihan dari apa yang mereka kaut sahaja. kalau ada lagi sekupang dari Penduduk Kampung ini yang sayangkan UMNO marilah kita sama-sama hijrah tinggalkan UMNO sekarang.
Pelbagai masalah gejala sosial yang berlaku diMalaysia, apakah jalan penyelesaian yang Umno gunakan? Adakah ianya berkesan dan dapat mengurang gejala Sosial ini sekurang-kurangnya. Rasanya gejala Sosial semakin bertambah dari hari kehari. Yang paling ketara ialah Gejala Pembuangan Bayi yang hangat diperkatakan Oleh seluruh rakyat di Malaysia ketika ini. Adakah kita mengharapkan Umno mampu membuat perubahan ini? Rasanya tak mampu untuk mereka melakukannya tanpa mendapat pertolongan dari Allah. Selagi tak ada pengcegahan dari Allah, selagi inilah masalah tak akan selesai. Cara penyelesaian yang terbaik ialah melaksanakan Hukum-Hukum Allah (HUDUD). Sepertimana yang di Khutbahkan oleh Ustaz Kazim pada Jumaat tengahari tadi.
Kalau Ustaz Pas yang cakap pasal Hudud, Umno kata ini HUDUD Pas. Tapi bila Ustaz Kazim yang cakap depa nak kata apa? Apakah nak kata ini HUDUD Ustaz Kazim, sedangkan ayat yang Ustaz Kazim baca sama dengan ayat Al Quran yang Ustaz-Ustaz pas baca dari dulu hingga sekarang. Saya rasa semua Ahli dan penyokong Umno kena tanya Mufti pasal HUDUD nie sebab Uztaz Kazim selalu sebut pasal HUDUD. Tanya lah Mufti tu sekali macam mana hukum bagi orang yang tahu tentang kebenaran dan keadilan Islam tetapi tak mahu mengikutinya hanya semata-mata kerana nak jaga pangkat dan kedudukan.
Satu persoalan yang ingin dilontarkan kepada semua pembaca blog ini ialah apakah perasaan kita jika bayi yang dibuang itu adalah cucu atau anak kita? Dan apa perasaan kita jika yang mati dibunuh itu adalah Anak atau saudara atau emak dan ayah kita. Tak kan kita cuma nak peluk tubuh dan menyatakan ala dia bukan keluarga kita... Mana kita nak tahu satu hari nanti mungkin jadi pada keluarga kita.
Marilah kita sama-sama berfikir dan membuat perubahan dalam PRU 13 nanti untuk sama-sama kita daulatkan Undang-undang Islam di atas muka bumi nie..Semoga memberi sedikit pengajaran kepada kita semua, Insyaallah. Wassalamualaikum.

Khamis, 23 September 2010

UMNO TIRU FIRAUN SIRI 1

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 166


UMNO MENCONTOHI FIRAUN

     Dalam Al-Qur'an perkataan Faiauna, Fir'aunu diulang oleh Allah Taala sebanyak 74 kali dalam pelbagai surah.  Allah taala menceritakan keburukan Fir'aun.  Nabi yang diutus kepada Fir'aun ialah Nabi Musa alaihissalam. Nabi Musa oleh kerana cabaran yang dihadapinya hebat maka termasuklah Nabi Musa  dalam senarai pendek nabi ulul azmi.

    Sifat Fir'aun terkenal dengan sifat zalim.  Fir'aun membuat satu akta bunuh semua kanak-kanak lelaki. yang di benarkan hidup adalah perempuan dan anak perempuan. Ini diceritakan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 49.



Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
 

Dalam kesibukan Fir'aun menyekat kemaraan lelaki yang akan meruntuhkan kerajaan Fir'aun maka Ibu Nabi Musa melahirkan Nabi Musa.  Terlupa Fir;aun bahawa dirinya sendiri dijadikan oleh Allah.  Lalu Allah Taala menyelamatkan Nabi Musa dengan meletakkan Nabi Musa di sisi Fir'aun.

    Zaman fir'aun akta bunuh kanak-kanak.  UMNO buat akta zalim dengan bermacam nama. Antara yang terkenal ialah ISA.  Yang nak meruntuhkan kezaliman akan di ISAkan oleh UMNO.  Bukankah UMNO meniru Fir'aun.

Jauhi UMNO kerana UMNO tiru fiir'aun yang zalim. Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13.  UMNO zalim.  Siapa sokong pemerintah zalim, ia juga zalim.

JEMPUTAN MESRA AIDILFITRI



Ahad, 19 September 2010

PROGRAM BAI'AH PAS TAMBUN


Program Bai'ah Pas Kawasan Tambun Khusus bagi Dun Manjoi telah diadakan Pada 19/09/2010 Di Markaz Pas Pekan Chemor. Hampir Lebih 400 Orang telah menyertai Program tersebut. Program ini dibuat bagi memastikan kemenangan dalam PRU 13 khusunya bagi DUN Manjoi. Bai'ah telah dilakukan sejak zaman Nabi S.A.W lagi. Proses Bai'ah Dalam Sirah Nabi Muhammad s.a.w adalah:

Sirah Nabi Muhammad saw
1.) Ada 12 orang sahabat Nabi Muhammad saw yang berbai'ah dihadapan Nabi Muhammad saw untuk mempertahankan Islam di Madinah. Kesemua 11 orang dianugerahkan oleh Allah mati syahid. 1 Orang mati lebih awal dari penghijrahan Nabi Muhammad saw.

Kenapa Perlu Berbai'ah
2. Bai'ah bermakna janji setia. Dengan Bai'ah maka kita akan mendisiplinkan diri untuk menyumbang kepada kemenangan Islam.

Siapa Perlu Berbai'ah
3.) Siapa sahaja yang mahu menyiapkan jawapan usahanya untuk menegakkan Islam. Jawapan ini hendaklah ipersembahkan dihadapan Allah. Tidak mengira apa kedudukan, pangkat dan darjat.

Apa Bentuk Bai'ah
4.) Bentuk bai'ah pusingan pertama ini ialah berdoa kepada Allah di saat di Makbulkan doa. Termasuk berdoa di padang Arafah dan Mekah dan Madinah.

Apa Matlamat Bai'ah
5.) Memohon kemenangan untuk Islam yang dipimpim oleh PAS dan PAKATAN RAKYAT. Bai'ah ini juga adalah usaha yang berterusan supaya KEADILAN ISLAM akan tertegak di Malaysia.
Tempoh Bai'ah
6.) Mulai 19/09/2010 sehingga tarikh diumumkan calon yang menang dalam PRU 13. Selepas dari tarikh tersebut doa itu boleh juga diteruskan.

Kaedah Pelaksanaan
7.) Disediakan buku Manual bai'ah dan hendaklah diisi pada setiap hari. Buku ini akan disediakan oleh pihak MTD. Siri pertama ini sehingga 19/9/2010-19/01/2011.

Semoga setiap Ahli Pas dan Penyokong dapat melaksanakan segala amanah yang dipertanggungjawabkan demi untuk mendapat kemenangan dalam PRU ke 13 nanti. Kepada UMno yang mahu mendoakan untuk kemenangan Islam juga dialu-alukan untuk memastikan Islam dapat tertegak dibumi Malaysia Ini Insyaallah. Dengan meningkatnya kadar jenayah di Malaysia pada hari ini, satu petanda kepada penyokong dan Ahli Umno untuk mereka segera meninggalkan Umno dan Menyokong Pakatan Rakyat Dalam PRU 13 nanti demi Massa Depan Yang Gemilang Untuk Malaysia dibawah Islam yang sebenar. Insyaallah. Allahuakbar...

Khamis, 16 September 2010

Program Hari Raya


Pada Pagi Hari Raya Aidilfitri 1431 H, seperti biasa Pusat Tarbiyah Pas KDAS 3 mengadakan Solat Sunat Aidilfitri dimarkas. Solat yang bermula jam 8.45 Pagi dimulai dengan sedikit taklimat dari imam yang dijemput iaitu Ustaz Jamnol yang biasa membuat Kuliah di Markas ini.

Selepas mengimamkan Solat, Ustaz seterusnya menyampaikan khutbah Hari raya kepada Para Jemaah Yang Hadir Baik Muslimin dan Juga Muslimat. Solat yang berakhir jam 9.30 Pagi di teruskan dengan Para Jemaah bermaafan antara satu sama lain disertakan edaran risalah oleh petugas Ajk cawangan. Risalah yang dibekalkan olah Pas Kawasan tambun.

Selesai Progaram di Markas, para jemaah terus menjalankan program ziarah dari rumah ke rumah yang diketuai oleh Ustaz jamnol sendiri. Program berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan atau masalah. Program yang berakhir Jam 12.30 T/hari iaitu di rumah saudara Rosli di Sungai Kati. Terima Kasih kepada semua jemaah yang memberikan Kerjasama sepanjang Program. Semoga kita akan teruskan program di tahun hadapan.

Rabu, 15 September 2010

PROGRAM ZIARAH PAS CAWANGAN DIMALAM RAYA


Pada malam raya sudah menjadi kelaziman kepada Ahli dan penyokong Pas di Cawangan KDAS 3 untuk ziarah kerumah sahabat-sahabat sambil bertakbir raya, bertahlil dan membaca doa selamat untuk aktiviti pada malam raya. Ini adalah sebagai tanda syukur kerana telah berjaya menjalani Ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang yang pada Bulan ramadhan yang lepas. Ziarah dari rumah kerumah ini akan dijalankan pada setiap tahun Malam 1 Syawal.Semoga dengan adanya program seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim dikalangan ahli dan penyokong di Cawangan ini.

Sabtu, 11 September 2010

TAZKIRAH MALAM KE 29

Tazkirah banyak menyentuh tentang perkara yang perlu dilakukan pada Hari Raya dan kesilapan yang dilakukan oleh banyak umat Islam berkenaan dengan Hari Raya. contohnya bermain mercun, memasang panjut atau pelita dan membuka aurat ketika menziarahi sanak saudara. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang akan mendapat murka dari Allah dan sudah tentu akan di laknat oleh Allah. Semoga kita terhindar dari melakukan perkara-perkara yang seperti ini.

MALAM KE 28 TAZKIRAH

 
Tazkirah Oleh Ustaz Rashid berkenaan tafsir ayat bagi surah Al-Baqarah iaitu surah selepas Al-Fatihah, yang menceritakan perihal orang kafir yang suka berbohong berkenaan dengan Islam.

TAZKIRAH MALAM KE 27

Tazkirah Oleh ustaz Latif yang banyak menerangkan tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh imam yang mana dengan kesilapannya itu boleh menyebabkan sembahyang makmum terbatal. Juga menyentuh tentang perkara yang berkaitan puasa dan ganjaran berpuasa sehinggakan tidur orang yang berpuasa adalah berpahala, walaupun tanpa melakukan apa-apa ibadat lain. Jadi kesempatan Ramadhan ini perlu digunakan dengan sebaiknya oleh setiap Jemaah supaya mendapat banyak ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t .  

TAZKIRAH MALAM KE 26

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin yang menyentuh tentang Infak atau derma di Bulan ramadhan dan menyeru sidang jemaah semua untuk membanyakkan Infak supaya mendapat ganjaran yang dijanjikan oleh allah s.w.t.

Jumaat, 10 September 2010

Tazkirah Malam Ke 25

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Asmudi yang datang dari pekan Razaki. Tak dapat siarkan gambar kerana berada diluar kawasan.

Selasa, 7 September 2010

Tazkirah Malam Ke 24

Tazkirah Oleh Ustaz Azhan iaitu Pengarah pusat motivasi At-Taqwa yang terletak di Taman Meru. Tazkirah dimulakan dengan Zikir Munajat dan menginsafi diri. Tazkirah banyak menyentuh berkenaan tentang penyucian jiwa.

Tazkirah Malam Ke 23

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Ali Sobri yang menyentuh tentang kekeliruan umat Islam di Malaysia khususnya yang masih belum memahami Islam secara keselurannya. Mereka hanya mengambil Islam dalam sebahagian Ibadah dan meninggalkan sebahagiannya. Beliau juga turut menceritakan kelebihan di Bulan Ramadhan.

Sabtu, 4 September 2010

PANDUAN MENYAMBUT AIDILFITRI

Rasulullah s.a.w telah mengajar amalan sempena menyambut hari raya Aildilfitri yang seharusnya dicontohi oleh kita selaku ummat baginda…


Bertakbir

Takbir bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya iaitu ketika imam berkhutbah. Firman Allah ‘Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur’ – Al Baqarah : 185. Juga disunnahkan untuk bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri dengan suara lantang bertujuan menyerlahkan syiar Islam.
Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri

Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Al ‘Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya “Apabila para sahabat Rasullulah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yg lain ‘taqabbalullah minna waminkum (semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu) – rujuk Fath Al Bari, al-Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani , jil. 5, ms 270-271, menurut beliau, hadis ini berstatus hasan.
Mandi di pagi hari raya

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat solat Aidilfitri. Ali bin Abi Talib r.a pernah ditanya mengenai mandi, adakah diharuskan mandi setiap hari maka beliau menjawab:

“Tidak harus melakukannya namun mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri”- hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al Syafi’I, jil. 1, ms 118-119.
Makan sebelum solat Aidilfitri

Menurut al Muhallab r.h “Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah ingin menutup prasangka sebegini – rujuk Fath a-Bari, jil. 5, ms 272. Anas bin Malik r.a berkata “Rasulullah s.a.w memakannya (kurma) dalam jumlah yang ganjil” – hadis riwayat al Bukhari di dalam sahihnya no. 953.

Memakai pakaian yang indah

Disunnahkan kaum muslimin menghias diri dengan pakaian yang indah pada hari raya. Imam Syafie r.h berkata “aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu hari jumaat, dua hari raya dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju bersih dan memakai wangi-wangian (lelaki sahaja)”– rujuk ringkasan kitab al Umm, Imam al Syafi’I , jil 1, ms 327.
Berjalan kaki menuju tempat solat hari raya

Ali bin Abi Talib r.a berkata, “Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat”. – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no. 487.
Mengikut jalan berbeza ketika pergi dan kembali dari solat hari raya

Jabir bin Abdullah r.a berkata, “Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya”. –Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih, no. 986. Ada pendapat mengatakan hal ini agar dapat bersalaman dengan orang yang melalui kedua-dua jalan. Ada juga pendapat mengatakan supaya menampakkan syiar Islam di jalan-jalan dan memberikan pertolongan kepada yang memerlukan.

Khamis, 2 September 2010

Malam Ke 21 Tazkirah

Tazkirah oleh Ustaz Zulkifli banyak membicarakan berkenaan dengan isu semasa yang berlaku dalam Malaysia mutakhir ini sehingga mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat yang kurang Ilmu dalam Islam. Antara isu nya ialah mengenai berdoa kepada orang bukan Islam dan orang bukan Islam masuk ke surau dan masjid. Seperti mana yang kita semua sedia maklum banyak sejarah Nabi kita Muhammad s.a.w yang membuat pertemuan dan perbincangan dengan orang-orang kafir Quraisy pada waktu itu di dalam Masjid, dan ini menunjukkan boleh orang bukan Islam Masuk kedalam masjid. Hanya orang yang berfahaman UmNo sahaja yang akan menyatakan tak boleh orang bukan islam masuk ke dalam masjid.
 Isu lagi satu iaitu isu doa. Zaman Nabi sebelum Islam berkembang, memang Nabi selalu berdoa kepada Allah semoga orang-orang kafir yang menentang Nabi pada waktu mereka dapat menerima Islam dan menyokong perjuangan Rasullullah. Saya ingat kalau Nabi hidup lagi dan mendoakan orang bukan islam untuk memeluk islam rasa Utusan pun keluar juga berita dimuka depan Akhbar tersebut.
Nampak sangat perlu banyak majlis Ilmu diadakan di Masjid-masjid yang dikuasai oleh Umno bagi memahamkan ahli Kariah tentang Islam yang Syumul dan bukan berfikiran sempit seperti Ahli-ahli agama yang ada kepentingan Politik dan peribadi baik dari golongan Mufti ataupun Ustaz-ustaz. Mereka sesungguhnya tidak beramal dengan Ilmu mereka yang tak selayaknya digelar sebagai Mufti atau sebagainya. Hanya gelaran Ulamak Terompah kayu yang layak bagi mereka.

Tazkirah Malam Ke 20

Tazkirah disampaikan oleh ustaz Shuib dari Ampang Jaya. Beliau menekankan kepada semua jemaah betapa perlunya membuat banyak amalan sunat pada bulan Ramadhan ini. Dan juga menerangkan antara hari-hari yang Allah kabulkan setiap permintaan hamba-hambanya. Semoga  ustaz terus sihat supaya terus dapat menyumbangkan Ilmu kepada masyarakat supaya kita dapat beramal dengan Ilmu yang tak membuat sesuatu ibadah itu dengan hanya ikut-ikutan yang akhirnya tak memberi sebarang makna dan ganjaran kepadanya. Dengan berilmu jugalah Insyaallah masyarakat akan menolak Umno dan Barisan Nasional kerana terlalu banyak kemungkaran dan maksiat yang dicipta oleh UmnO APCO nie untuk menyesatkan Remaja khususnya di Malaysia sekarang ini.

Malam Ke 19 Ramadhan..

Tazkirah yang disampaikan oleh Ust Rashid yang banyak menyentuh berkenaan dengan isu hukum-hukum yang terdapat dalam islam yang manusia pada hari ini ambil mudah tentang perkara tersebut.

Tazkirah malam ke 18 di KDAS 3

 Tazkiram malam ini disampaikan oleh ustaz Izwan dari Manjoi. maaf taka dapat letak gambar sebab waktu saya berada diluar kawasan. Namun tazkirah tetap dijalankan demi untuk mendapat sedikit sebanyak penambahan ilmu yang sangan penting kepada kita semua bagi mengharungi hari-hari yang mendatang.

TAZKIRAH MALAM KE 17

Tazkirah yang disampaikan oleh anak muda dan anak jati KDAS yang membicarakan mengenai kepentingan hidup dalam satu keluarga terutamanya dalam bulan Ramadhan hendaklah saling tegur menegur diantara stu sama lain. Dan ibu bapa hendaklah memantau anak-anak supaya tidak terlibat dengan gejala Sosial yang semakin meruncing pada hari nie. Jika hendak menyelesaikan gejala sosial nie hendaklah kembali semula kepada Al-Quran dan Sunah, Insyaallah akan selesai semua masalah.
Bukan dengan membuat program maksiat yang menggalakkan remaja Untuk membuat maksiat seperti yang dianjurkan oleh UMno dan Barisan Nasional yang sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan dengan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Kitab Al-Quran dan hadis yang menyebabkan mereka akan terpesong sama sekali dari Jalan Allah.
Ini akan mendatangkan murka Allah kepada kita semua dan akhirnya Allah akan menurunkan balanya kepada kita semua. Marilah kita renungkan bersama demi kebaikan kita dan generasi pewaris yang akan datang.