Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 20 Februari 2011

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru



PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;
6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;
7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;
11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sabtu, 12 Februari 2011

Perutusan PJ PAS Perak sempena Maulidur Rasul.

Setiap kali tiba bulan Rabiul Awal, umat Islam menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. dengan pelbagai majlis dan acara. Di Malaysia, pelbagai agensi dan institusi, terutamanya masjid dan surau, mengadakan ceramah, perarakan, forum, kenduri dan lain-lain, demi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., yang telah membawa Islam yang menerangi jalan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

“Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (Wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman, dengan izin Tuhan mereka, ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim: 1)
Bagaimanapun perasaan bersyukur dan berterima kasih atas nikmat agung ini tidak seharusnya terhad dengan sambutan Maulidur Rasul semata-mata. Sesungguhnya sambutan Maulidur Rasul hanyalah sebagai peringatan akan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap umat baginda, iaitu untuk meneruskan tugas Rasulullah S.A.W. memberikan petunjuk dan bimbingan kepada umat manusia, memimpin mereka ke arah jalan yang betul dan diredhai Allah. Kita sebagai umat Islam bertanggungjawab memimpin umat yang lain, bukan sebaliknya.

Islam merupakan agama yang bernyawa dan dominan dalam kehidupan. Ia bukan sekadar istiadat dan upacara kaku, sebagaimana agama-agama lain. Sebaliknya Islam adalah satu cara hidup yang dihayati dari tahap individu dalam kehidupan peribadi, sehinggalah ke tahap negara dalam hubungan antarabangsa. Islam pernah memerintah dan mentadbir urusan dunia. Umat Islam pernah menjadi pemimpin dan teladan bagi umat-umat yang lain. Pencapaian hebat itu adalah hasil apabila umat Islam mempraktikkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dalam segenap aspek kehidupan mereka.

Umat Islam mesti menjadi teladan bagi kaum-kaum lain, sebagaimana Rasulullah S.A.W. mencapai kedudukan dihormati kaumnya ketika baginda masih muda. Gelaran “al-Amin”, yang bermaksud dipercayai, adalah aset akhlak yang digunakan oleh baginda ketika melancarkan dakwahnya di bukit Sofa, “Apakah pandangan kamu jika aku katakan bahawa ada tentera berkuda yang sedang bersiap siaga di sebalik wadi ini untuk menyerang kamu, adakah kamu mempercayai aku?” Mereka menjawab: “Kami tak pernah melihat kamu berdusta”.

Justeru ketibaan bulan Rabiul Awal ini semestinya memberikan kita kesedaran betapa mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan peribadi, berkeluarga, masyarakat dan bernegara merupakan tuntutan yang amat mendesak ke atas umat Islam. Usaha ini perlu dimulakan dengan teladan daripada mereka yang bergelar pendakwah. Sesungguhnya dakwah yang paling berkesan ialah dengan tindakan dan contoh teladan. Kesan yang ditinggalkan oleh tindakan dan te
ladan ke dalam hati berkali ganda lebih hebat daripada kesan yang ditinggalkan oleh kata-kata nasihat.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah ini, PAS Perak menyeru agar semua individu muslim, para pemimpin dan rakyat jelata, agar kembali menghayati akhlak Islam dalam segenap lapangan kehidupan. Akhlak Islam adalah berasaskan akidah yang sejahtera. Tanpa akidah tauhid, sebarang perbuatan yang dipandang baik, sama ada dalam soal peribadi atau kepimpinan, merupakan akhlak yang pincang, kerana mengetepikan ketuhanan Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui perkara yang baik dan buruk bagi hamba-Nya. Seterusnya mantapkanlah akhlak itu dengan ibadah yang betul dan berterusan. Dirikanlah solat kerana ia mencegah perbuatan mungkar, tunaikanlah zakat kerana ia menyucikan jiwa dan harta, berpuasalah kerana ia membenihkan ketakwaan. Ibadah-ibadah sunat mampu memantapkan lagi akhlak seseorang hamba.

    USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
   (PESURUHJAYA PAS PERAK )

Isnin, 7 Februari 2011

KEMELUT DIMUARA KASIH...



ape benda la yang kita ada sampai rasa perlu untuk tayang2 pada org...berlagak???poyo??mcm bagus??gaya gud2??mana asal semua perkataan ni...kita datang dari duania yang sama bepijak atas paksi yang sama...

lihat kiri dan kanan ada tak yang pelik??...sudah tentu itu bukan alasan untuk orang yang sentiasa megah dengan ada dirinya yang dirasakan lebih layak menerima kemasyuran dari orang lain...ahh menyampah!! nada benci mula terkeluar...

lihat jam baru pukul 3.15 petang...seharian meninjau gelagat manusia sehingga cinta aku pada gelagat manusia semakin tinggi sehingga tidak senang duduk dibuatnya....sukar untuk mengerti namun tidak sukar untuk didekati..mereka yang bernama rakyat pencari ilmu...tidak tinggi mana darjat ilmu mereka namun sedikit pon tidak rasa diri kecil...hilang hormat sebagaimana hormat hang tuah pada raja zalim...tidak sedikit nampak harga diri terpancar dari raut wajah mereka yang mentah...tidak ada lagi kata-kata manis saat mereka bergelak ketawa...kata-kata lucah jadi santapan telinga meneroka isu pagi dan petang...

aku hanya ketawa kecil dan geleng kepala...turun lif cari makan...perasan ada mata memerhati atas dan bawah...malu ku tahan jua...buat2 x perasan...teringat kata2 oleh seorg pelajar ku...mereka hanya memandang susuk tubuh yang dpt mengiurkan mereka...tidak kira lelaki dan perempuan...mungkin itu menjadi faktor utama lelaki mendekati wanita dan wanita mendekati lelaki...tiba-tiba ada suara jahat cuba menghasut aku....

lekas2 aku balik ke bilik sambung kerja...aku semakin x mengerti dunia yang  penuh dengan noda...sampai keliru tahap dimana aku...x tau mana level aku disisi tuhan...takut menyelubungi namun atas tugas ku teguhkan jua...mungkin suatu hari nanti aku dapat membawa diriku kenal dunia dan isi...atau mungkin persoalan tinggal persoalan saat semua habis ditelan kerana bumi tak larat lagi...sadis derita menghadapi kemelut kecundang dek jahiliah alaf baru yang lebih teruk dari jahiliah dahulu...

sekelumit kasih tiada lagi...

bunyi macam sajak...tapi ni dunia remaja...nak tarik balik...ish! bukan main tarik tali...geli, berdosa, terasa sedikit...tiadakah jalan untuk kita kembali tenang...alkohol, judi, seks, pagang2 tangan, clubbing, rempit, dah jadi mainan anak muda sekarang...kadang-kadang aku pon leh terikut sama dek tiada iman yang kuat...ish!

boleh hitung siapa punca???

back to bottom...
lahir seorang anak yang umpama kain putih bersih...kasih sayang ibu bapa diberi ikut acuan mereka...seperti kuih yang memerlukan acuan...betul acuan, cantik dan menjadi kuih tersebut, kalo salah? buruk dan tak sanggup nak makan...namun jika kuih yang salah acuan kita mampu buat balik namun tidak pula anak yang terpesong... ibu bapa sendiri biarkannya...

apa erti sayang...menagih sayang sehingga mencari kemelut di celah2 muara kasih ibu dan bapa...sehingga akhirnya cuba dapatkan perhatian manusia lain...serah sahaja tubuh mereka biar dimamah manusia rakus kerana mereka sahaja yang membiarkan diri diperlakukan seperti binatang..."murah" kata2 jijik siapa yang mendengar namun itu yang dilakukan...mungkin tak perasan  tapi sedarlah kenyataan. apa lagi yang tak dapat???anak org kaya atau miskin sama sahaja...sampai sudah hilang simpati insan nurani...seperti semua tidak boleh dipercayai...

sehingga mereka meningkat remaja...bebas ke mana sahaja...erm...
esok lihat lagi gelagat mereka....mungkin ada idea mencurah2 untuk kita hitung bersama...

yang benar>>
orang yang menyayangi adik2ku...

Sabtu, 5 Februari 2011

Kepentingan Menjaga Solat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. 
Huraian Hadith: 
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Jumaat, 4 Februari 2011

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY

Perayaan Hari Kekasih atau  Valentine’s Day mula membudayai kalangan 
masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an 
beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas 
dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. 
Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya 
asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak 
mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari 
berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk 
mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai 
atau dikasihi. 
Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang 
romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan 
coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my 
valentine’  kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang 
diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan  sebagainya. Ini tidak 
menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat 
yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu). 
Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai 
sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, 
mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut  dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.  
Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan 
Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk ‘Apa dihairankan dengan 
parti buih.’ Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa 
ke atas ‘parti buih’ di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian 
mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada 
penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih 
tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq, 
Bangsar.    
Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang 
ditayangkan atas nama ‘Valentine’s Special.’ Di samping itu, didapati mereka 
sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan 
bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut 
bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej 
istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam 
Romantik’  dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari 
Kekasih. Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud 
di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari 
sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau  Valentino dalam bahasa 
Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga  berbangsa Rom, iaitu 
Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; 
kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web  Behind The Name: The 
Etemology and History of First Name).  
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine  diambil sempena nama seorang 
paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu 
Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di 
Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu 
Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 
Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova  bagi merayakan 
kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine. 
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari 
Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 
14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi Rom. Hari  berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu 
perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, 
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. 
Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih 
akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.  
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine 
dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh 
Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan 
semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam 
peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah 
mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. 
Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang 
akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal  kepalanya pada 14 
Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol 
ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 
14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai 
upacara keagamaan.  
Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine  diambil daripada nama 
seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu 
Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di 
tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat 
untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan 
rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang 
tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi 
sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil 
keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka 
Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 
14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.  
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan 
keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk 
kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih 
menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.  
Di dalam laman web  Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian 
Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik 
Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di 
bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of 
the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St 
Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a 
secular celebration of love.”  Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan 
kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, 
St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali 
dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.   
Termaktub di dalam laman web  Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa 
walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka 
adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut :  At least three different 
Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies 
under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga 
orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya 
disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.      
Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan 
pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan 
di Gereja  St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang 
Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada 
hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum 
dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. 
Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis
semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja 
meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak  kadbod di atas almari 
berhampiran rumah gereja. Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja 
Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, 
seumpama  St. Valentine Church  di Philadelphia, Pennsylvania,  St. Valentine’s 
Catholic Church di Peru, Illinois,  St. Valentine Church  di Bethel Park, 
Pennsylvania,  St. Valentine Church di  Thonstetten, Moosburg, Munich dan  St. 
Valentine Church di Buffalo, New York. 
Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari  Valentine merupakan salah 
sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini 
sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya 
meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang 
melibatkan aqidah Islam.  
Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai 
identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu 
penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta 
tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan 
umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan 
akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. 
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.; 
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku  tidak akan 
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu 
menyembah  (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan 
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu 
beribadat secara aku beribadat.  Bagi kamu agama kamu, dan bagi 
aku agamaku.” 
                            (al-Kafirun ayat 1-6) 
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat 
lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, 
hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri 
bercanggah dengan identiti dan syariah Islam.  Hukum Islam jelas dalam hal 
melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan 
Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;                                                         
 “Sesiapa yang mengamalkan  perkara yang bukan dari pada 
amalan kami maka ia akan ditolak.”  
                           Riwayat al-Bukhari dan Muslim 
Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan 
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan 
menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan 
dengan ajaran Islam”.  Manakala  Jawatankuasa Fatwa Majlis 
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang 
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa 
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. 
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan 
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah 
bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan  meraikan Hari 
Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.