Grab the widget  IWeb Gator

Rabu, 17 Ogos 2011

Isu Bacaan Al- Quran sebelum subuh...

Berita nie telah meletup didalam media-media terutamanya yang pro Umno sejak minggu lalu lagi. Umno telah mengambil kesempatan mengenai isu ini dengan menghentam kerajaan Negeri kononnya arahan dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Bagi rakyat yang tak dapat maklumat sudah barang pasti menyalahkan Kerajaan Negeri khasnya rakyat yang beragama islam. Adakah Pimpinan Umno tak tahu yang kes ini telah diputuskan oleh majlis fatwa Negeri, apakah Umno yang mengatakan nak pertahan Aqidah Umat islam menolak keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa. Adakah didalam Majlis fatwa ini ahli panelnya terdiri dari Exco agama atau ketua menteri sendiri? Sudah tentu ai tidak melibatkan ketua menteri dan exco kerana Ahli majlis Fatwa tidak tersenarai nama Lim Guan Eng dan exco agama didalamnya.
Majlis fatwa di ketuai oleh Mufti Pulau Pinang dan ahli jawatankuasanya dan mereka telah bersidang dan bermesyuarah dengan masing-masing mengemukakan hujah agama dan hadis-hadis nabi. Sudah tentu keputusan yang dikeluarkan memang ada kebenarannya kerana didalam ahli majlis fatwa nie bukannya orang macam najib didalamnya, mereka yang duduk didalam majlis fatwa mempunyai Ilmu yang luas tentang agama dan paham mengenai hukum-hukum allah.
Janganlah Umno nak mengambil kesempatan dengan mengambil isu ini untuk nak menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat di Penang. Cermin la diri dulu sebelum nak Kritik berkenaan isu ini. Janganlah cuba nak ambil kesempatan berkenaan isu ini. Carilah modal yang lain, kalau tak ada modal sangat pi la tanya Apco tu...Rakyat sekarang semakin cerdik dan mempunyai pemikiran yang matang dalam menilai sesuatu isu didalam negara kita. Umno yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan akan terus mebuat isu supaya rakyat khasnya orang bukan islam menolak Pakatan rakyat dalam PRU 13 nanti,
Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menamatkan Riwayat Umno dan BN dalam PRU 13 ini. Amin....Hancur3 Unmo..

Umno hilang patriotik mudah beri kerakyatan

Lagi Pengundi Hantu DiKesan Di Pulau Pinang.


Lanjutan dari pendedahan Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang mengenai 237 nama misteri dalam daftar pemilih SPR di Pulau Pinang.
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan mendedahkan beberapa nama beserta bukti yang memang wujud banyak data yang meragukan dalam daftar pemilih SPR di Pulau Pinang
Nama Pemilih   SYARIFAH @ BAIZURA BINTI MOHAMMAD RODZE mempunyai 2 nombor kad pengenalan dalam daftar pemilih.
 
Perhatikan pada gambar kedua yang disemak melalui laman web SPR, no kad pengenalan hanya dibezakan dengan nombor terakhir iaitu no 2 dan 3.
Yang ironinya no kad pengenalan warga negara Malaysia yang jantinanya perempuan/wanita akan berakhir dengan nombor genap. Tetapi gambar kedua menunjukkan nombor tersebut berakhir dengan nombor ganjil.
Kedua-dua rekod ini juga menunjukkan ‘pengundi hantu’ ini mengundi di tempat yang sama iaitu di Jalan Sembilang, Seberang Jaya.
Semakan yang dibuat di JPN menunjukkan no kad pengenalan 840922065613 tidak wujud.
Ini merupakan satu bukti yang nyata bahawa data SPR memang sangat meragukan dan perlu dibersihkan. Untuk itu tuntutan Bersih 2.0 untuk membersihkan data pemilih memang sangat relevan.
Dipetik dari blog dppk pulau pinang.

Isnin, 8 Ogos 2011

Sidang tergempar Nazri akan maklumkan pada Najib

Isu warga asing daftar pemilih Ditenggelamkan Oleh Isu JAIS


KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.
“Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar.
“Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama.
Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini.
Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.
Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi.
“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad.
“Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara,” ujarnya.
Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid.
“Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan,” ujarnya lagi.
Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi.
“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” katanya.

Salahuddin, Mahfuz saman polis

Serbu gereja:Pas akan jumpa Jais,gereja

Ahad, 7 Ogos 2011

Ust Azhar Idrus- Hukum Facebook

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Guna Facebook !!.avi

Soalan Musafir Harus Berbuka Puasa / Wajib Qadha Puasa - Ustaz Azhar Idrus

Ramadhan Al Mubarak

Seperti mana kebiasaannya Markas pas Cawangan KDAS 3 terus dengan aktiviti bagi menghidupkan malam-malam Ramadhan degan meningkatkan amal ibadah. Antara Program yang dijalankan ialah More, Solat tarawikh , Tazkirah dan Tadarus Al-Quran. Alhamdulillah setakat hari ini Jemaah masih kekal dalam mengikuti program-program tersebut, harapan semoga mereka terus Istiqomah dalam menjalani baki Ramadhan yang ada untuk diisi dengan Amalan-amalan yang telah dianjurkan dalam Bulan Ramadhan ini, Gambar bagi Tazkirah Enam malam Pertama Bulan Ramadhan,

Tazkirah Malam Kedua Bersama Ustaz latif.

Malam Ketiga Bersama Ustaz Azlan...

Malam Keempat Bersama Ustaz Zaki

 Malam Kelima Tazkirah Bersama Hj Tajuddin

Tazkirah Malam keenam Bersama Ustaz Rashid

Malam Ketujuh Tazkirah Bersama Ustaz Lokman.

Kelebihan Kurma

4. Kurma



a) Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsiumsesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

b). Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu danbarah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.

c).menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

d) Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan
badan, mencergaskanotak dantubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.

e) Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran


KELEBIHA KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Mohon isytihar tangkapan Bersih tidak sah

Amanat TG Nik Aziz: Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan 30/7/2011 [bhg.1]

Amanat TG Nik Aziz: Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan 30/7/2011 [bhg.2]

TAZKIRAH SEPANJANG BULAN RAMADHAN

KEPADA SEMUA, PAS CAWANGAN KDAS 3 TELAH MENGATUR PROGRAM TAZKIRAH DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI, DIHARAP KEPADA SEMUA AHLI DAN PENYOKONG SERTA PENDUDUK KAMPUNG UNTUK SAMA-SAMA HADIR KE PROGRAM TERSEBUT DEMI UNTUK MELUASKAN LAGI PAHAMAN KITA TENTANG AGAMA ALLAH INI SEKALIGUS KITA BOLEH MEMPEROLEHI PAHALA DARI APA YANG KITA KERJAKAN, KESEMUA PROGRAM INI AKAN DIADAKAN DI MARKAS PAS KDAS 3, LALUAN KERANJI 3, KAMPUNG DATO AHMAD SAID TAMBAHAN 3,IPOH PERAK, KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANG UNTUK PROGRAM INI BOLEH BERHUBUNG DENGAN BENDAHARI CAWANGAN BAGI MENYERAHKAN SUMBANGAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA DIAKHIR RAMADHAN KITA AKAN DAPAT MENCAPAI DARJAT TAQWA DAN KELUAR DARI RAMADHAN DALAM KEADAAN SUCI DAN