Grab the widget  IWeb Gator

Jumaat, 25 September 2009

KENYATAAN MEDIA : ADUN Pakatan Rakyat Tidak Akan Hadir Sidang Yang Dipanggil Speker Haram


Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Mohamaad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram,Ganesan.

Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini juga mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-

1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah maklum beliau dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

2. Sehubungan dengan itu saya ingin tegaskan tidak ada Speaker yang lain yang sah di Perak melainkan V.Sivakumar, seterusnya tidak ada panggilann sidang yang sah melainkan oleh beliau dan saya tegaskan Persidangan DUN yang dilakukan di bawah pokok pada 3 Mac, Sidang dalam Dewan pada 7 Mei dan Sidang di hotel pada 2 Sep. semuanya sah dan dihadiri oleh ADUN pakatan Rakyat kerana dipanggil oleh Speaker yang sah.

3. Ganesan adalah "perasit" baru yang menambah kusutkan masalah di Perak. Sebenarnya beliau perlu sedar bahawa dia diperkudakan demi mencapai hasrat BN walaupun ianya jelas melanggar undang-undang yang sedia ada. jauh sekali dari menunjukkan taring tumpulnya untuk memaksa kami hadir dalam sidang yang akan dipanggilnya.

4. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.

1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker, dan saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah.

5. Berarti secara kenyataannya Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka.

6.Dengan itu saya membantah kenyataan Ganesan yang disiarkan dalam Sinar Harian bahawa dia Speaker Perak yang sah.

7. Saya mempersoalkan kenapakah Ganesan sangat takut dengan kenyataan ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang sehingga mengugut kami untuk diambil tindakan, yang jelas Ganesan faham bahawa panggilannya tidak sah dan ugutannya tidak berarti kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah.

Inilah kenyataan media dalam isu di atas, terima kasih....

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak PR./
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.

PROGRAM ZIARAH SELEPAS SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Program ziarah dari rumah-kerumah setelah selesai solat sunat Aidilfitri sudah menjadi kebiasaan kepada Pas Cawangan setiap tahun. Solat sunat telah diimamkan oleh Ketua Cawangan sendiri iaitu Ust Zaharuddin yang mana khutbahnya menyentuh tentang isu semasa dan mengajak semua jemaah mengikut ajaran islam sepenuhnya tanpa ada sebarang pengecualian. Gambar dibawah adalah sekitar program ziarah dari rumah-kerumah. Ini adalah sebagai kenang-kenangan kepada kami. TAKBIR....


Di rumah ismail, sedang menunggu juadah yang disediakan.
Antara jemaah yang menyertai program ziarah di pagi raya.


Ketua penerangan Pas Cawangan, saudara Tanzizi (baju biru),
sedang asyik berbual dengan AJK cawangan.


Berjalan penuh semangat kerumah Jemaah yang lain,
nampak macam kenyang je semua. Boleh lagi ke.


Ini dia ketua rombongan Abg md Zain, mantan ketua
cawangan. Semangat nye die.


Kami menziarahi Pak Ya, veteran UMNO yang masuk PAS,
sudah mencecah umur 85 tp semangat perjuangan tk penah
luntur, walau beliau sangat uzur sekarang.


Jemaah bersalaman dengan Pak Ya.


Suasana rumah PAk Ya.


Ini rumah bekas Ketua Penerangan Umno, yang meluat
kat UMNO dan masuk Pas. Teruskan perjuangan.


Ini dia orangnya, muda dan hensem lagi orangnye.

Rabu, 23 September 2009

PROGRAM MALAM RAYA PAS CAW KDAS3

Pada seperti biasa setiap tahun Pas Cawangan akan mengadakan program Takbir Raya dari rumah ke rumah untuk ahli-ahli dan penyokong. Program akan disertai oleh ahli2 serta para penyokong yang hadir solat isyak di pusat tarbiyah Pas KDAS3. Di bawah adalah gambar kenangan sekitar program.


Gambar dirumah saudara Ibrahim, Timb Ketua Cawangan PAS KDAS 3.


Tuan Rumah berbaju kelabu.

Bendahari Pas Cawangan


Ketua Pemuda turut serta dalam Program tersebut. Baju Oren.

S/U bersama Keua Cawangan dirumah S/U yang berbaju ungu.

Gambar jelas Ketua Cawangan dan S/U. Yang berserban tu Ust Din.
 Dia la ketua cawangan kami.

Yang sedang melihat kamera, mantan ketua Cawangan Sdr Mohd Zain,
Walau uzur tetap semangat untuk mengikut rombongan program. Contohilah
semangat yang beliau tunjukkan.

Di rumah ahli cawangan iaitu saudara Umar. Rumah pun hijau,
ini kuat ni pas nya.

Antara jemaah yang mengikuti program. Pemuda turut serta dalam program tersebut.
Semoga mendapat rahmat dari allah. Doa kami semua semoga DUN PERAK DIBUBARKAN.
Takbir.

Khamis, 17 September 2009

PROGRAM BERBUKA PUASA PAS CAW KDAS 3

Majlis diadakan pada 13/9/2009 di rumah salah seorang ahli jemaah iaitu saudara Ibrahim Ahmad Mansor. Program telah mandapat sambutan menggalakkan dari ahli dan jiran ahli serta para penyokong pas. Majlis dimulai dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Termizi sekitar setengah jam. selepas  itu Tahlil ringkas dan berbuka puasa. Turut dijalankan solat Maghrib berjemaah di halaman rumah Sdr Ibrahim. Jamuan disediakan oleh Muslimat Cawangan. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut. Untuk pengetahuan semua majlis adalah anjuran Dewan Ulamak Pas Tambun bersama MTD. Berikut adalah sekitar gambar sepanjang program diadakan.

Sedang berbual ketika menungggu kehadiran tetamu.
Antara yang datang awal pada program tersebut
Persiapan tempat solat dan jamuan berbuka telah siap diatur.
 Kawasan yang strategik untuk adakan program pada masa akan datang

Susunan kerusi yang kemas  dan teratur.
Kelihatan Tuan rumah (berbaju kuning) sedang memotong bawang.
Turut bersama Veteren Pas (Berbaju ungu).
Setia menunggu walau masih awal.
Tazkirah Dari penceramah terkenal merangkap Ketua Dewan Ulamak Pas Tambun.
Ustaz Wan Ahmad Termizi. Antara jemaah yang hadir. Boleh la.
Ucapan Ustaz Wan yang bersemangat sebelum berbuka puasa.
Muslimat sibuk menyediakan juadah berbuka. Nampak macam sedap je...
Antara AJK MTD yang turut hadir Cikgu Manap sedang menjamu
selera bersama ahli cawangan.
Jemaah sedang menjamu selera. Nampak Meriah je.
Bagi saya program ini dianggap berjaya walau kehadiran hanyalah dikalangan ahli dan sedikit penyokong serta masyarakat setempat. Allahuakbar

Ahad, 6 September 2009

AKIBAT KRISIS DALAMAN BN,NAJIB BERSEORANGAN LAWAN PAKATAN

ANALISIS


Pelbagai isu yang melanda Umno dan Barisan Nasional daripada usaha untuk menapis internet sehinggalah kepada perpecahan parti komponen utama BN, menunjukkan Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini terpaksa berseorangan dalam berhadapan dengan Pakatan Rakyat.

Sebaik sahaja mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan pada April lalu, Najib menggambarkan dirinya sebagai seorang reformis.
Bahasa reformis yang digunakan Pakatan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diterimapakai sebagai sebahagian agendanya.

Daripada hasrat meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hinggalah kepada usaha-usaha liberalisasi ekonomi, Najib mengenengahkan imej seorang pemimpin yang responsif kepada kehendak rakyat.

Kemuncak usaha-usaha Najib membina imej baharu ini adalah kejayaannya meraih populariti sehingga 65 peratus, menurut kajian firma tinjauan pendapat Merdeka Centre yang diumumkan awal Julai lalu.

Bagai seorang negarawan, beliau mengelak daripada membincangkan isu remeh-temeh apabila ditanya wartawan.

Walau bagaimanapun, usaha-usaha beliau dalam mengembalikan sokongan rakyat kepada BN ini tidak mendapat sambutan baik dari dalam partinya sendiri.

Anggota kabinetnya ada yang berminat dengan usaha untuk menapis internet, kononnya untuk mengelakkan rakyat daripada menonton pornografi.

Namun beberapa jam selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengesahkan usaha menapis internet itu, Najib dengan tegas menafikannya, sambil mengatakan ia bertentangan dengan kehendak awam dan mustahil untuk dilakukan.

Dan tidak lama selepas berita popularitinya yang semakin meningkat itu diketahui umum juga, pemimpin-pemimpin Umno semakin agresif pula menyerang Anwar, memanggilnya sebagai pengkhianat Melayu.

Dengan diketuai timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pemimpin parti lain turut menyahut serangan kepada Anwar ini dengan ceramah yang berbaur perkauman untuk menguatkan sokongan kalangan orang Melayu.

Pada pertengahan Ogos lalu, pemuda Umno mengadakan ceramah di Shah Alam juga berbaur perkauman, menuduh kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan telah menindas orang Melayu dan mungkin menyebabkan babi dijual secara terbuka di Shah Alam.

Dan minggu lalu satu perarakan telah diadakan dekat bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah pembinaan kuil.

Para penunjuk perasaan turut membawa bersama kepala lembu yang masih berdarah � tindakan yang dilihat menghina penganut agama Hindu.

Namun yang menjejaskan imej parti itu dalam hal protes ini adalah tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang cuba mempertahankan para penunjuk perasaan selepas satu pertemuan dengan mereka.

Atas desakan daripada awam dan pemimpin Pakatan, naib presiden Umno itu mengubah pendiriannya dan kini mahu mereka yang membawa kepala lembu dikenakan tindakan.

Kesemua insiden-insiden ini membawa kesan buruk kepada gagasan 1 Malaysia � untuk menggalakkan perpaduan negara � yang cuba dipromosikan Najib.

Tidak cukup dengan tindakan daripada dalam parti sendiri yang menjejaskan usaha menarik sokongan bukan Melayu, komponen kedua terbesar yang sepatutnya menjaga sokongan orang Cina terhadap BN, MCA, kini berpecah dua.

Timbalan presidennya Datuk Dr Chua Soi Lek baru sahaja dipecat atas penglibatan dalam video seks dan penyokongnya dan juga presiden Datuk Seri Dr Ong Tee Keat masing-masing sedang berusaha memanggil mesyuarat agung khas, yang satu untuk mengguling Ong dan satu lagi untuk mengesahkan tindakan memecat Chua.

Dengan krisis terbaharu ini MCA kini menjadi liabiliti buat BN dan tidak mampu menarik sokongan Cina yang telah meninggalkan parti pemerintah itu pada 8 Mac tahun lalu.

Kini Najib bukan sahaja tidak boleh bergantung kepada partinya Umno untuk melaksanakan agenda perubahannya, parti komponen seperti MCA juga menjadi batu penghalang dalam usaha beliau menyekat kemaraan Pakatan.

Tanpa sokongan dan bantuan rakan-rakannya, Najib kini terpaksa berseorangan berhadapan dengan Pakatan. _

SEKITAR PROGRAM TUAN GURU PRESIDEN DI JALAN PEMIMPIN KG MANJOI


Program bersama presiden pada sebelah petang di surau Al-Ikhlasiah Manjoi.


Program dengan pemuda negeri Perak bermula jam 4 petang. disambung selepas itu dengan program dengan perhubungan negeri Perak


Berbuka puasa di surau jalan pemimpin bersama penduduk dan hadirin

Tg Hj Hadi mengakhiri ceramah malam dengan munajat kepada Allah

Ketua Pemuda Tambun menyantuni Ust Misbah dalam jamuan meraikan para petugas.






mendoakan Ummah dalam keaadan sejahtera dan aman,


Tuan Guru Haji Hadi Awang Presiden PAS menyampaikan cermah beliau berkenaan dengan Badr Al-Kubro


Para pimpinan kelihatan pengerusi majlis Ust Misbahul Masduki Setiuasaha perhubungan PAS Negeri Perak

Ceramah TGHH, kelihatan antara puluhan ribu yang hadir.

Selepas solat Tarawih, mendoakan kesejahteraan Ummah dan Negeri Perak.
Tugas yang digemari oleh para Ulama' dan para nabi iaitu mentahniqkan bayi. Kelihatan TGHH mentahniqkan seorang bayi di rumah pengerusi surau Cikgu Mat Anjang.

Makan dalam saf.. ok jugak kan


Di antara wakil non-muslim dan kelab penyokong PAS yang turut sama berbuka dan merasai suasana berbuka puasa.

Tempat jamuan para VVIP, biasa sahaja.

Dikatakan mamat ini adalah informer UMNO Manjoi, (ehmm.. ok le)

 Persiapan Iftor sedang disiapkam oleh para petugas. Team Helmi.

Sidang media TGHH dan YB Dato' Seri Nizar selepas program taujihad pemuda. "Kita positif untuk masuk bertanding Bagan Pinang" kata TGHH

Ini ialah banner yang kedua, selepas banner yang pertama telah di curi oleh musuh yang tersangat benci kepada pengajian Ilmu agama.

Jumaat, 4 September 2009

SEKITAR LAWATAN PESURUHJAYA PAS PERAK KE KAWASAN TAMBUN


Tn Hj Jamaluddin, Dr Khairuddin, Ust Bakar Hussin, Ust Misbahul Munir dan AF Ust LoqmanulHakim




AF Ust LoqmanulHakim menyerah dokumen penubuhan cawangan baru UK Raya



AF Ust Bakar Husin, PesuruhJaya PAS Negeri Perak menyampaikan ucapan.



Kehadiran AJK Pas Cawangan-cawangan Tambun yang hadir.


AF Ust Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Perak.