Grab the widget  IWeb Gator

Rabu, 25 Januari 2012

KENAPA NAJIB SERING TURUN KE PERAK

Kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno turut ke Perak sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuk adakah BN negeri itu sedang menghadapi masalah besar. 

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu malah menambah ianya juga mungkin kerana BN tidak yakin pada PRU-13 nanti rakyat Perak akan bersama mereka. Menurut Salman, umum maklum bahawa pada 13 Januari yang lalu, Najib telah pun berada di Perak dalam satu program khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN seluruh negara yang berkampung di Perak ketika itu. Kini, selang dua minggu pula, Najib akan sekali lagi turun di Perak sempenan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pada 28 Januari ini di Setiawan, tambahnya lagi. 
Malah jadual Naib dikhabarkan begitu padat dalam tempoh terdekat untuk turun ke Perak dalam tempoh dua bulan yang akan datang. "Adakah ianya juga ada kaitan dengan kajian UM tentang prestasi BN Perak yang juga dilaporkan baru-baru ini? "Malah, kami juga melihat kenyataan terbaru Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang terus menafikan berlaku masalah menentukan kerusi bagi BN Perak turut menyumbang kehadiran Datuk Sri Najib ke negeri Perak sekali lagi," ujarnya. 

Keyakinan itu juga jelasnya dapat dilihat dengan kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin ke Perak pada 23 Januari yang lalu. Menurutnya, kehadiran Khairy itu memberikan gambaran jelas bahawa Umno BN Perak berada dalam keadaan terdesak untuk memastikan BN mendapat kembali mandat rakyat Perak di dalam Pilihan Raya Umum ke –13 yang akan datang. Harap-harap BN akan tumbang sekali lagi di Perak dengan berkat usaha dan doa para pendokong kebenaran dan penentang kezaliman sekalian. Allahuakbar..

Selasa, 24 Januari 2012

Nik Aziz sedia isytihar harta, Najib bagaimana

Kesedian TN Nik Aziz untuk mengishtharkan harta telah menjadi impak kepada Pimpinan Umno Bn adakah mereka juga berani untuk mengishtiharkan harta, Sudah pasti pimpinan Unmo tak sanggup untuk mengishtiharkan harta mereka masing-masing kerana tahu akan menjerat diri mereka sendiri. Dengan menjadi pimpinan Umno dalam tempoh amsa yang sekejap sudah mampu untuk menyimpan dan mengumpul nilai jutaan ringgit jika dihitung harta mereka. Dari amnakah mereka dapat untuk mengumpulkan harta dengan begitu cepat, sedang kan gaji dan pendapatan mereka tidaklah memungkinkan mereka untuk dapat mengumpulkan harta dengan begitu banyak. Jawapannya sudah pasti dengan penyelewengan dan salah guna kuasa seperti yang terbukti dilakukan oleh Pimpina Wanita mereka iaitu Sharizat Jalil. Apakah tindakan yang dikenakan oleh Umno kepada mereka yang melakukan kesalahan? sudah tentu jawapannya tidak kerana Umno sendiri memang parti yang sedemikian iaitu Parti yang sering mengamalkan Politik rasuah dan salah guna kuasa. Sewajarnya kita sebagai Rakyat Malaysia yang cintakan tanahair untuk kita dengan tegasnya menolak Umno dan Barisan Nasional demi masa depan Malaysia yang gemilang dan untuk menjaga Malaysia daripada manjadi bankrup. Marilah kita dalam PRU 13 nanti sama-sama menyokong Pakatan Rakyat. Berilah Undi kepada Pakatan Rakyat demi Untuk Negara Yang tercinta. Allahuakbar.

Isnin, 2 Januari 2012

Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 Di UPSI



Inilah kerja Polis yang hanya berani menangkap Mahasiswa sahaja. Kenapa masih ramai penjenayah, Perogol, samseng jalanan pengedar-pengedar dadah masih bebas dalam negara, kemana perginya integriti pasukan polis sehingga melakukan mahasiswa seperti binatang, disepak terajang sehingga cedera, ini yang menyebabkan orang hilang keyakinan kepada polis terutamanya aku, Semoga semua polis2 ini mendapat hidayah dan akan menerima balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan.