Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 28 Mac 2010

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN KDAS 3

Pada 20/03/2010 Pas Cawangan telah memenuhi hasrat parti iaitu mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 13. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat Kawasan Tambun iaitu Puan Juhairah. Mesyuarat tersebut telh berakhir jam 12.00 tengah malam. tahniah diucapkan kepada semua ahli yang telah menghadirkan diri pada malam tersebut dan semoga mendapat rahmat dari Allah swt.Dibawah sedikit gambar kenangan sepangjang musyuarat dilangsungkan.

Pengerusi sementara mempengerusikan majlis Perasmian
mesyuarat Agong Cawangan KDAS 3.

Antara Muslimat yang hadir pada Mesyuarat tersebut.

Notis Mesyuarat Agong...Maaf la terbalik pulak.

Ucapan penuh semangat dari Perasmi iaitu Pn Juhairah.

Jamuan selepas Perasmian. Jamuan ringan sahaja

Berselera nampak Peserta Mesyuarat menjamah sedikit
makanan untuk lapik perut sepanjang musyuarat,

Ketua cawangan KDAS 3 Ust Zaharuddin.

Pn Juhairah Ketua Muslimat Kawasan Tambun

Pengerusi tetap sedang menunggu ahli mesyuarat
mengambil tempat.

Sabtu, 20 Mac 2010

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN KDAS

SEMUA AHLI CAWANGAN DIWAJIBKAN HADIR PADA HARI DAN TARIKH YANG BERIKUT :

                              TARIKH : 20/03/2010
                              TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN KDAS 3
                              MASA     : JAM 9.30 MALAM.

SEMUA AHLI JEMAAH DIJEMPUT HADIR.

SILA BAWA DUIT YURAN DAN SUMBANGAN DERMA UNTUK DANA PENDIDIKAN PAS KAWASAN. SEKIAN TERIMA KASIH.



KULIAH POLITIK BULANAN PAS KDAS 3

Pada 9/3/2010 buat kali ketiganya Pas Cawangan telah berjaya untuk mengadakan program bulanan iaitu Kuliah Politik sepertimana dua bulan yang lepas. Tahniah kepada setiap petugas-petugas yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Terima Kasih juga kepada Tuan rumah iaitu Sdr Hassan Sezali semoga mendapat ganjaran dari pada Allah. Penceramah pada malam tersebut ialah Ustaz Azlan yang telah memberikan ucapan hampir satu jam dengan penuh semangat dan mudah-mudahan memberi kefahaman kepada hadirin yang hadir pada malam tersebut.
Berikut sedikit gambar semasa program tersebut.

Wakil PKR Cabang Tambun memberi penerangan tentang
Pakatan Rakyat, Semoga orang melayu pun turut serta macam
Saudara Thanimalai.

Ustaz Azlan Memeberikan ceramah tentang Maulidur Rasul dan
Kuliah Politik Islam.

Antara Hadirin yang Mendengar Ceramah.

Kelihatan saudara Tanzizi. Ketua Cawangan Sg Kati.
Lepas ni Insyaallah Sungai Kati pun boleh buat.

Kehadiran kira meningkat la dari yang lepas.

Ketua Pemuda Cawangan.

Biasa la lepas Ceramah mesti ada makan punya. Syabas
Tuan Rumah Yang Menyediakan  Makanan kepada Semua.

Ketua Cawangan sedang menyatakan sesuatu kepada Ustaz Azlan

Huh.. kenyang rasanya ... kalau cam ni hari-hari ada Kuliah
Politik pun tak apa...

Jumaat, 5 Mac 2010

Mohsin hadapi solat hajat 7 hari 7 malam

Semalam saya menghubungi Ust. Ahmad Awang beberapa minit setelah saya mendapat makluman MP Bagan Serai, Mohsin keluar PKR dan masuk bebas. Bermula dari situ kami berbalas talifon sehingga yang terakhir sebelum Maghrib dan Ustaz mengatakan dia akan menghubungi wartawan malaysiakini yang sering dia hubungi bernama Jimadie untuk memberikan kenyaraan rasminya. Berikut ini adalah petikan kenyataan beliau yang telah diterbitkan oleh malaysiakini hari ini.
Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.
Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.
“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.
“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.
Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.
Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.
Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.
Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.
Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.
Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.
Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.
“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.
“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.
Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.
Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.
“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad. malaysiakini/-
Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi tadi , saya bersama dengan sekitar 500 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 2:20 PM