Grab the widget  IWeb Gator

Isnin, 21 Mei 2012

Petikan Sesi Menjawab Kemusykilan Agama 1 oleh Ustaz Azhar Idrus

KEBAKARAN RUMAH DI KG SUNGAI KATI


Kampung Sungai kati : Pada 19.05.2012 Jam 9.45 malam satu kebakaran rumah telah berlaku di Jalan delima Kg Sungai Kati. Dalam kejadian tersebut sebuah rumah hangus terbakar dan sebuah rumah disebelahnya berjaya diselamatkan dengan kehadiran Pihak Bomba 10 minit selepas rumah pertama terbakar. Dengan kecekapan Pihak Bomba telah beryaa mengawal kebakaran dari merebak ke rumah sebelah. Selain Bomba petugas dari Unit Amal Pemuda Pas Tambun turut berada ditempat kejadian selepas api dipadamkan oleh pihak Bomba. Turut hadir selepas itu ialah Tn Haji Asmuni, AJK Pas Pusat. Berikut sedikit gambar ketika api sedang marak.

                                                          Ketika Api mula Marak

                                                 Sebahagian Rumah Habis Terbakar

                                    Kehadiran Bomba Megawal api dari merebak ke rumah sebelah

                                                   Petugas Bomba Standby di Atas Jalan

                                  Selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya. tahniah pasukan Bomba

Selasa, 15 Mei 2012

UMNO Memang Pembela Bangsa Melayu ??


 Memang Umno Pembela Bangsa Melayu Kat Malaysia Nie.. Nak Bukti Ini dia Buktinya :


1. 200 ekar tanah rezab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.) - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!
2. Masa UMNO berkuasa di Selangor 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!
3. Tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!
4. Tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!
5. Seluas 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!
5. Seluas 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!
6. Tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!
7. Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!
8. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP

Ayuh kita sokong UMNO kerana hanya UMNO sajalah yang membela orang-orang Melayu didalam negara ini, orang lain tak akan bela orang Melayu punya. - HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!

TEMASYA "ANAKMUDA GENG KITA"

 
Semua Pemuda yang berada disekitar Dun Manjoi di jemput hadir pada Hari Sabtu dan Ahad ini bagi sama-sama menjayakan program ini. Pelbagai acara dijalankan sepanjang Program ini. Jemput Hadir Semua


Isnin, 14 Mei 2012

DS Nizar Hadir Ceramah Umno Malam Tadi

 
Bila diyanya kepada DS Nizar mengapakah dia hadir ke Ceramah Umno, Ini lah Jawapannya"Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Sabtu, 12 Mei 2012

Orang MELAYU Islam Kata Tok Guru Kafir - Cikgu Lau Chin Chua

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia

Rakyat pada hari ini menuntut perubahan dalam sistem Pilihanraya Malaysia pada masa kini. Ini dapat dibuktikan dengan Ratusan Ribu Rakyat Malaysia mengikuti Duduh Dan Bantah (Bersih) di Kuala Lumpur pada 28 April yang lalu. Perkembangan ini telah menggusarkan Pimpinan Umno dan Barisan Nasional yang memegang tampuk Pemerintahan Negara Pada masa kini.
Dalam keadaan Negara yang semakin Gawat dengan Pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat ditambah dengan Kezaliman pemimpin Negara dengan pengalahgunaan kuasa, Rasuah dan Penyelewengan wang Rakyat oleh Rejim Barisan Nasional yang dikuasai oleh Umno di Negara Ini.

Rakyat yang mula menyedari segala penyelewengan Rejim Umno ini telah mula membuka langkah baru dengan berani untuk membuat perubahan di Negara Ini. Majoriti rakyat di Negara ini telah mula Menolak kepimpinan Umno dan Barisan Nasional. Segala penipuan yang telah dilakukan oleh pimpinan Kerajaan sudah dibongkar oleh Pimpinan Pakatan Rakyat beserta dengan Bukti-bukti yang nyata. Segala hujah Umno telah tidak berdaya lagi untuk membohongi rakyat tetapi sebaliknya Rakyat sudah semakin Matang menilai siapakah dianya Umno dan Bn yang sebenarnya.

Wajah jahat Umno semakin terserlah dari hari kehari. Antara penyelewengan wang rakyat yang nyata ialah Kes NFC (Lembu Shahrizat) yang menggunakan wang Rakyat hampir lebih RM 250 juta. PTPTN dibebankan oleh kerajaan kepada pelajar-pelajar Universiti sedangkan Hutang Tajuddin Ramli sebanyak RM 50 juta di hapuskira oleh kerajaan dengan Arahan Najib selaku PM Malaysia. Untuk menutup semua cerita ini Najib yang telah mendapat nasihat dari Apco telah memberikan Bantuan kepada rakyat Malaysia dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500.00 dan pelancaran Saham Satu Malaysia oleh Najib. Walau bagaimanapun segala wayang ini dapat dibaca oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Sangkaan Najib bahawa dengan adanya program ini akan memulihkan sokongan rakyat kepada Bn tapi segala sangkaan mereke Meleset sama sekali. Semakin hari semakin luntur keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional ini.

Keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat terserlah dengan melihat pelaburan yang dibawa pentadbiran negeri dibawah PR seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Kelantan Kedah Pulau Pinang dan Selangor bukanlah sempurna tetapi laporan audit menunjukkan negeri PR lebih jauh menjaga kewangan negeri berbanding Pentadbiran Umno-BN. Datuk Idris Jala mengingatkan bahawa Malaysia mungkin bankrap tahun 2019, ada ahli ekonomi lain menyatakan mungkin bankrap 2015, katalah Umno BN menang tahun nie, PRU 14 nanti pada 2016 sedangkan 2015 Malaysia sudah Bankrap dan pentadbiran pula akan diserahkan kepada Pakatan Rakyat dan BN tidak bertanding pada mwaktu tu, bagaimana nak selesaikan Masalah ini. Kerana itulah Slogan Kita sekarang "Selamatkan Malaysia" daripada bankrap dibawah Umno-BN . Disaat rakyat menunggu bilakah Tarikh Parlimen dibubarkan, Kerakusan Pimpinan Umno dan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi sehingga memaksa kita semua supaya Umno dan Barisan Nasional Ditumbangkan dalam PRU 13 Nanti. Tumbang, Tumbang, Tumbang BN, Hidup, Hidup, Hidup Pakatan.

MESYUARAT UPU SUNGAI KATI PAS & PKR

Mesyuarat UPU Sungai Kati akan diadakan Malam ini di markas Pas Cawangan Kdas 3 Jam 9.00 Malam. Mesyuarat akan membincangkan gerak kerja pilihanraya bagi Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Mesyuarat bersama antara Pas Dan PKR ini akan mengukuhkan lagi Saf perjuangan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno dan Bn dalam Pilihanraya nanti. Semoga dengan adanya perbincangan ini akan dapat menjatuhkan Rejim jahat Umno dan Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti.

Pasca Bersih 3.0 Saifuddin Nasution Batu Caves

Pasca Bersih 3.0 Anwar Ibrahim Batu Caves