Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 30 Oktober 2011

Ust Azhar Idrus : Rambut batang nyapu, Muka gelebeknyeng

Mantapkan tarbiah, menangi pilihan raya

Audit 2010: Bukan tiris, dah bocor -Azizan

Strategi Umno jahilkan Melayu

GOMBAK,30 Okt: Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.

21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.

Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial.

Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil.

"Itulah strategi Umno yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu, Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus menyokongnya.

"Fokus kita pula adalah dakwah. Tapi bagaimana nak buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat," katanya pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, semalam.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.

Forom tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.

Menurut beliau, walaupun begitu, PAS mesti terus bangkit untuk mengatasi masalah itu demi mendaulatkan Islam di tanah air dan bagi kepentingan seluruh akyat negara ini.

Katanya, matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara ini sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan Islam, manakala perjuangan PAS pula menerusi dakwah dan politik.

"Gerakan dakwah PAS adalah untuk membawa orang ramai khususnya yang bukan Islam mengenali tauhid, manakala kepada sesama umat Islam pula supaya mengenali syariat Islam," katanya.

Usaha tersebut, tegasnya, mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mempedulikan segala halangan yang dibuat oleh Umno BN bagi menyekat perkembangan Islam di negara ini.

Menurutnya, sehubungan itu, PAS perlu menyusun strategi tersendiri untuk mengatasi segala halangan itu seiringan dengan perjuangan politiknya termasuk dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Pihak mmusuh tidak akan berhenti untuk melemahkan gerakan Islam. Gerakan kita mestilah ada pertimbangan untuk menghadapi segala tekanannya," katanya.

Jika PAS, tegasnya, hanya memfokuskan kepada gerakan dakwah sahaja seperti yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain sama ada di tanah air dan di seluruh dunia, ia pasti tidak berkesan.

"Sekiranya kita hanya memfokuskan kepada gerakan politik sahaja seperti juga yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain di tanah air dan di seluruh dinia serta hanya bersendirian, nasib kita nanti samalah seperti Taliban," katanya.

Pembangunan: Penduduk mesti diutamakan

Isnin, 17 Oktober 2011

Pemuda PAS Perak himpun jentera PRU-13


IPOH, 16 Okt: Bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada bila-bila masa, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengadakan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 pada 27 November ini.
Himpunan yang akan diadakan di Parit Buntar itu akan mengumpulkan seluruh jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak seluruh negeri yang bertemakan 'Gelombang Kuning' bagi menyediakan petugas Pemuda PAS kelak.
Untuk persiapan rapi, Pemuda PAS Perak telah melancarkan Tabung Khas Dana HEMPAP 2011 yang telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Ustaz Shuib Din, di dalam program Liqa' Fikri Pemuda PAS Perak hari ini.
Hadir sama bagi melancarkan tabung khas ini ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Khairie Jamaludin dan Setiausaha Pemuda PAS Perak yang juga Pengarah HEMPAP 2011, Salman Saleh.
Himpunan besar ini mensasarkan peserta lebih 10,000 orang Pemuda PAS Perak yang turut dihadiri pimpinan tertinggi parti.
Sebarang sumbangan untuk HEMPAP 2011 ini bagi meringankan kos bagi himpunan tersebut, boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama 'Perak Care' no akuan 5580 1500 1720.

Ahad, 16 Oktober 2011

Kad kredit: Tidak pelik anak muda berstatus muflis


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Penggunaan kad kredit di kalangan masyarakat umum ketika ini bukan lagi dilihat sebagai satu kebanggaan atau satu gaya hidup akan tetapi sudah menjadi suatu kemestian dalam mengharungi zaman kenaikan harga barang dan taraf hidup yang semakin tinggi.
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan lain di dalam mengharungi hidup terutama di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
“Namun adakah ini jalan penyelesaian yang terbaik dalam hendak memastikan diri dan keluarga ‘berdaya saing’ demi untuk meneruskan kehidupan,” soalnya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, katanya media pernah melaporkan bahawa 449 muflis kerana kad kredit.
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dikumpulkan oleh pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.
Ini, ujarnya satu angka yang mesti diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Tambahnya, walaupun jumlah muflis akibat gagal membayar hutang kad kredit hanya mencatatkan 4,417 kes dalam tempoh lima tahun hingga Mei 2010 yang lalu, situasi penggunaan serta pengeluaran kad yang dilihat tidak terkawal dianggap membimbangkan serta boleh memusnahkan masa depan generasi muda.
Beliau menambah, statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 juga menunjukkan bahawa pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan.
Katanya, pengiraan secara statistik menunjukkan sekiranya seseorang itu berhutang RM1,000 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum lima peratus setiap bulan, dia mengambil masa lima tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah.
Kajian juga, katanya menunjukkan pengguna kad kredit cenderung untuk berbelanja 17 peratus lebih daripada individu yang berurusan menggunakan wang tunai.
Menurutnya, antara sebab-sebab yang membawa kepada ‘maslahah’ ini adalah faktor kadar faedah yang tinggi, kawalan kelulusan pengeluaran kad kredit terlalu longgar, sikap institusi kewangan yang hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat kepada kesan sosioekonomi dalam jangka masa yang panjang.
“Ditambah dengan sikap segelintir pengguna yang tidak berhemah dikenal pasti punca kenapa ramai yang jatuh muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit,” katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.
Pihak kerajaan, tambah beliau perlu melihat kepada isu dengan lebih mendalam dan perlu mengambil tanggungjawab dan bukannya dengan mudah menyalahkan rakyat serta menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
Ianya, kata beliau perlu dilihat juga dari segi harga kereta dan harga rumah di negara ini.
“Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah yang mana harganya semakin hari semakin meningkat yang mana menyebabkan harga rumah juga terus meningkat.
“Di dalam keadaan begini menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis,” katanya.
Beliau berkata, bebanan yang ditanggung oleh rakyat perlu diambil kira sekiranya slogan ‘Rakyat Didahulukan’ dilaksanakan dan bukan sekadar retorik semata-mata.
Kalau dilihat secara teliti, katanya Bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini juga tidak banyak membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah bebanan kenaikan harga barang.
Malah, katanya faktor inflasi dan kenaikan harga barang  juga turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang mana akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.
“Maka tidak pelik kalau satu hari nanti Malaysia akan dipenuhi oleh anak-anak muda yang umur belum mencecah 25 tahun tetapi sudah berstatus muflis,” katanya.

Sabtu, 15 Oktober 2011

PR diberi MyKad: PAS tuntut penjelasan KDN

Utusan diarah bayar Khalid Samad RM60,000


KUALA LUMPUR, 14 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan akhbar Umno, Utusan Malaysia membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah ahli parlimen Shah Alam itu.

Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin (kanan), yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan.

"Mahkamah arahkan Utusan membayar RM60,000 kepada Khalid Samad sebagai gantirugi kerana memfitnah.

"Utusan juga kena bayar kos yang jumlahnya akan ditaksir kemudian," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Hakim juga memberi tempoh satu bulan kepada Utusan untuk mengemukakan rayuan.

Utusan pada 11 Oktober lalu melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.'

Di dalam samannya sebelum ini Khalid (kiri) menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut.

Beliau menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, sebagai defenden dalam saman tersebut.

Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim pada perbicaraan 30 September lalu, bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Pada 11 Oktober lalu, mahkamah telah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.

Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan.

Khamis, 13 Oktober 2011

Nota Mudah Memahami Hukum Hudud (siri 1)


Nasrudin Hassan at Tantawi   
بحسم الله الرمن الرحيم
الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير   و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ
 الدينيةو معرفة الأحكام  و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة
 و نصح الأمة و جاهدفي الله حق جهاده و على أصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه
Muqaddimah.



1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 :



وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينً
ا


maksudnya :


"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."



2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّن النَّاسِ لَفَاسِقُونَ


maksudnya :


"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."


3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.


تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya  adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ



"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung


SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa(gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.



"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok.

Rabu, 12 Oktober 2011

Pakatan mahu bawa isu Kg Baru kepada Agong

RM1 juta untuk PM ke Kazakhstan

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kerajaan membelanjakan RM1,072,213.22 untuk lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan Jun lalu.
Dalam satu jawapan bertulis hari ni, kerajaan memaklumkan lawatan 5 dan 6 Jun itu di atas jemputan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazabayev.
Najib kemudiannya juga mengetuai deligasi negara ke Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-7 di Astana pada 7 hingga 9 Jun.
"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Kazakhstan adalah sebanyak RM1,072,213.22," jawapan itu dipetik.
Penjelasan itu diberikan kerajaan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan Menteri Luar Negeri, apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu.
Dalam jawapan itu juga turut menjelaskan Perdana Menteri juga turut ke Turkmenistan pada 11 hingga 12 Julai 2011 juga atas jemputan presiden negara itu.
Untuk lawatan itu pula, kerajaan memaklumkan telah membelanjakan RM323,268.19.

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman


KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu. 
Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. 
Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian. Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. 
Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.
"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

 "Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam. 
"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya. Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu. Bob yang juga penulis lirik lagu kesukaan ramai 'Isabella' diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan. Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan. gulas perkara itu, Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan suatu tindakan yang tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang."Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya. 
Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan. "Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah."Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya. Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati. Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN. 
"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah. "Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah. "Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau. 
Ketika diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat tengah hari ini, Bob Lokman turut sibuk ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah atas undangan pihak tertentu.Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno terlibat dalam pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu.
Antara jam 9.45 hingga 12 malam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jais bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, No 2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sementara itu, Adun Meru yang Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad telah ditarik balik tauliah oleh Jais.

Selasa, 11 Oktober 2011

DS NIZAR: SIAPA YG DISEKSA PENJAJAH? UMNO ATAU PEJUANG KIRI?

8 Tuntutan Bersih,170,000 K/P klon: DPPP gerakkan bersih 3.0

Bajet 2012 terus pinggir SAR


KUANTAN, 10 Okt: PAS Pahang kesal Sekolah Agama Rakyat (SAR) dipinggirkan dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.
 Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad berkata, sedangkan entiti tersebut perlukan peruntukan demi kesinambungan pendidikan yang ternyata selama ini memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam ehwal Islam. “Najib mengumumkan peruntukan besar sektor pendidikan iaitu sebanyak RM50.2 bilion tetapi satu sen pun tidak diagihkan kepada SAR, sedangkan institusi tersebut amat memerlukannya dan semua pelajarnya anak-anak orang Melayu yang beragama Islam. “Walhal peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). “Kita tak tahu sama ada najib terlepas pandang tentang perkara ini atau secara tak sengaja untuk mendera mereka,” katanya kepada Harakahdaily. Menurut Suhaimi, berdasarkan sejarah, SAR sejak zaman penjajahan telah berperanan mempertahankan akidah umat Islam selain menyebarkan pengajaran Islam untuk orang Melayu di negara ini. Bahkan, guru-guru SAR antara yang bertungkus-lumus mengajar semula anak-anak orang Melayu yang telah buta bacaan jawi. Beliau tidak menafikan SAR pernah mendapat bantuan daripada pihak kerajaan pada masa-masa lampau. “Malangnya SAR telah menerima cabaran besar apabila dihentikan bantuan per kapita oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2001 dan difitnah sebagai tapak sarang pengganas pada 2003. “Daripada kedua peristiwa itulah yang menyebabkan SAR mulai berkurangan pelajar sehingga satu demi satu terpaksa ditutup,” tambahnya. Tambah Suhaimi, di Pahang pada asalnya terdapat 18 SAR tetapi selepas dua peristiwa tersebut empat daripadanya ditutup dan empat lagi menjadi SABK iaitu menyerahkan urusan pentadbiran kepada kerajaan. “Pada masa ini hanya ada 10 SAR di Pahang yang boleh dikatakan hidup segan mati tak mahu kerana sumber kewangannya hanya melalui sumbangan orang ramai. Kita kena bayangkan dalam masa guru-guru sekolah mendapat durian runtuh, guru-guru SAR pula ada yang terpaksa mengajar sukarela. “Sebab itu jika kerajaan bercakap soal pendidikan Islam, generasi Al-Quran, membentuk akhlak remaja, modal insan dan sebagainya maka SAR tidak harus diketepikan kerana ternyata pelajar lepasannyalah yang menjadi pembimbing masyarakat dan mengurangkan angka indeks jenayah selama ini,” jelasnya.

DAP tidak setuju burukkan hudud

Pakatan setuju tarik balik kenaikan elaun MP

Ahad, 9 Oktober 2011

Ustaz Azhar Idrus - Hudud Bagi Bukan Islam

PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH JABATAN AMAL TAMBUN




                                                                                       TARIKH                                                                
                                                                          13 NOV 2011 (AHAD)                                                    

                                                                                          MASA                                                                 
                                                                                          8 PAGI                                                                
                                                                                         TEMPAT                                                             
                                                                    PADANG KG TENGKU HUSSEIN                                          

                                                                              YURAN PENYERTAAN                                                
                                                                         RM170.00 SATU PASUKAN                                           
                                                  Satu pasukan akan dikecualikan yuran setelah di undi              

                                                                                       HADIAH                                                                
                                                                           PERTAMA RM1000                                                       
                                                                            KEDUA RM700.00                                                        
                                                                 KETIGA & KEEMPAT RM350                                                

                                                      BORANG PERCUMA BOLEH DIAMBIL DI                                      
                                                            WARONG SHAM SOYA (MANJOI)                                            
                                                  KEDAI AL-QASWA TAMAN HIBURAN (ULU KINTA)                        



                               TARIKH TUTUP DAN UNDIAN PERLAWANAN11 NOV 2011 (JUMAAT)         
                          DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN MENUTUP AURAT 

Ceramah Mat Sabu @ Dwn KUIZM Melewar- Sempena Konvensyen Malaysia Negara...

Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS

TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.
Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.
Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.
"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.
Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.
Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.
"Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.
"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Yb Saifuddin Nasution - Helah Kenaikan Cukai Prabayar

TUAN GURU NIK AZIZ VS HARUSSANI Laungan TAkbir Disalah Erti

Yb Husam Musa - Telaga Minyak Digali Lagi Di Kelantan

Mat Sabu - professor KongKang

RAKYAT KELANTAN SOKONG HUDUD........

Yb Nik Mohd Amar - Tiada Asas Agama

Bajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan.Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya."Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang."Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini,"jelasnya.Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan PR yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat."PR melihat tekanan yang dihadapi oleh Najib adalah tentang hasrat PR yang telah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu."Tetapi persoalan yang jelas ingin PR utarakan bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sendiri bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya.Persoalan besarDalam pada itu beliau menjelaskan Najib hanya menumpukan perbelanjaan kepada pembangunan tetapi tidak menyatakan secara khusus bagaimanakah kerajaan ingin menambah pendapatan negara."Bajet sebelum ini kita melihat kerajaan akan mengumumkan penambahan pendapatan sumber negara akan dikutip melalui cukai-cukai tetapi pada kali ini ia tidak dinyatakan dan ini menjadi persoalan besar kepada kita bagaimanakah kerajaan ingin berbelanja sedangkan tidak pasti sumber pendapatannya."Najib terus membuat perbelanjaan besar dalam projek mega yang jelas mempunyai risiko tinggi di saat negara berdepan dengan ekonomi global yang muram dan secara jelas ekonomi negara berada pada tahap bahaya jika perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab ini diteruskan tanpa pengkajian yang khusus," sambungnya lagi.Beliau memberitahu pada kali ini Najib cuba mengelak dari memberi komitmen kepada rakyat terutamanya pekerja awam dan juga swasta malah dalam pada itu Najib juga tidak berlaku adil terhadap pekerja swasta yang sentiasa ketinggalan setiap kali bajet diumumkan."Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta."Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telah menganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut."Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini," ulasnya lagi.Cedok bajet PakatanBeliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini."Bajet dari PR lebih mesra kepada rakyat dibawah jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh Najib tadi dan kita tahu rakyat tidak akan selesa dengan apa yang diberitahu kerana mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki," sambungnya lagi.Sebelum itu bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu juga tidak meletakkan sumbangan wanita dan juga warga emas yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara, selain itu juga bebanan diberikan kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dengan meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri."Kenaikan ini dilihat tidak seimbang kerana tiada sasaran gaji minimum dinyatakan oleh kerajaan dan secara jelas akan melihat rakyat terus terbeban dengan kos tambahan dan bebanan hutang," kata Dr Dzulkifly lagi.