Grab the widget  IWeb Gator

Rabu, 21 Oktober 2009

HARAM GREEN SOYA BEEN FROM YEO'S AND FANTA APPLE

Awas semua muslimin dan muslimah!
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.



Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.



Cuba lihat dekat-dekat........


Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:29 PM

Selasa, 20 Oktober 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA PAS PERAK

Pada 18/10/2009 kami Pemuda Pas Cawangan KDAS 3, telah mengikuti satu program Berkonvoi motosikal anjuran Pemuda Pas Kawasan ke Majlis Jamuan Pas Negeri Perak yang diadakan di Arena Square Batu Gajah, Perak.Seramai hampir 25 biji motosikal menyertai konvoi tersebut. Bagi kami Pemuda cawangan ini merupakan satu Program yang sangat baik bagi kami dan Ahli jemaah yang lain. Kami bertolak dari Kg Tengku Hussin pada jam lebih kurang 11.15 dan sampai dengan selamat ke destinasi tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini pada jam 12.00 tengah hari. Marshall pada konvoi tersebut ialah anggota Unit Amal yang sangat berpengalaman. Terima Kasih Unit Amal Tambun.

Setibanya disana kami amat terkejut kerana yang pertama kami tengok disana adalah satu kelompok motosikal berkuasa tinggi hampir 20 biji. Dan kami masuk kedalam Arena Square dan kami dapati lautan manusia telah memenuhi setiap pelusuk tempat di dalam perkarangan tempat majlis. Makanan yang disedikan oleh pihak Pas Perak juga agak memuaskan hati kami kerana banyak gerai-gerai disediakan.

Turut diadakan juga ucapan dari pimpinan Pas Negeri dan pelancaran "Orang Muda Geng Kita"oleh Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Bakar Husin. Semoga dengan pelancaran ini akan meramaikan lagi para pemuda khususnya di negeri Perak dapat bersama gerakan dakwah Pas. Dan ahkirnya akan merealisasikan hasrat pimpinan untuk tawan semula perak pada Pilihanraya akan datang.

Sedikit gambar yang sempat diambil:


Gambaran Para tetamu ditempat jamuan.


Bukti sambutan yang diterima oleh Pas Perak. Tahniah


Barisan AJK Pemuda Pas Perak.


Kaum cina turut hadir pada program tersebut.


Majlis pelancaran akan dimulakan.


Ust. Bakar Husin sedang menarik reben tanda pelancaran.


Inilah Logo pelancaran Orang Muda Geng Kita. Takbir...

Ahad, 18 Oktober 2009

Terima Kasih Yang Telah Menjayakan Program Mesra Aidilfitri

Kami bagi pihak Jawatankuasa Program dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah menjayakan Program Mesra Aidilfitri pada hari sabtu 17.10.2009 lalu. Kehadiran yang agak memberangsangkan daripada ahli-ahli penyokong dan penduduk setempat. Kami berharap ia adalah merupakan batu loncatan kepada kami Pas cawangan untuk terus mendekati pengundi bagi merealisasikan hasrat kami iaitu untuk menawan Dun Manjoi pada piliharanraya akan datang.

Dengan kehadiran daripada YDP Kawasan dan AJK kawasan memeriahkan lagi sambutan Program pada hari tersebut. Terima Kasih diucapkan kepada Dr Khairuddin yang sudi hadir dan memberi sedikit ucapan pada hari tersebut. Antara program lain yang turut serta pada hari tersebut ialah pertunjukan Seni Silat yang mendapat perhatian semua muslimim dan muslimat yang hadir.

Semoga program sebegini akan dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Terima kasih.
Dibawah ada sedikit gambar sebagai kenang-kenangan kepada semua. Allahuakbar.


Banner Ucapan Hari Raya Pas.


Bannaer jemputan kepada semua muslimin dan muslimat


Suasana awal di Khemah tetamu


Para jemputan sedang menjamu selera


Ucapan dari Ketua Cawangan Pas Sg Kati


Tn Syed sedang menjamu selera bersama hamid.


Antara Muslimat yang hadir.


Ketua Cawangan KDAS 3 sebagai pengerusi majlis.


Tiga beradik yang memperagakan baju yang sama warnanya
khas untuk jamuan pada hari ini.


Bendahari pas cawangan.


Antara pemuda yang hadir.


Ucapan Syed Hisyam bekas penyelia Dun.


Pemuda Kampung KDAS 3 sedang menjamu selera.


Suasana di pertengahan program.


Acara silat turut serta dan mendapat perhatian dari hadirin.


Penuh Aksi.


Ucapan dari YDP Kawasan Dr Khairuddin.


Dua veteran dari manjoi dan KDAS 3 rancak bersembang


Tetamu dari Chepor turut hadir.


Pimpinan Pas Cawangan.


Pimpinan Muslimat Cawangan

Ahad, 11 Oktober 2009

MESRA AIDILFITRI PAS KDAS & KDAS 3

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI.
SAYA MEWAKILI PAS CAWANGAN INI INGIN MENJEMPUT
SEMUA MUSLIMIN / MUSLIMAT PENDUDUK KAMPUNG
KDAS, KDAS 1 & 3 UNTUK MENGHADIRI MAJLIS MESRA
AIDILFITRI YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT

TARIKH : 17 OKTOBER 2009
MASA     : 5-7 PETANG
TEMPAT: JALAN INTAN, KG SUNGAI KATI

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

PAS UNTUK SEMUA.

Sabtu, 10 Oktober 2009

LANCAR 1 MALAYSIA: NAJIB HINA RAKYAT PERAK

Kenyataan Media (8 Oktober 2009)


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan pemilihan Perak sebagai tempat pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan oleh Kerajaan Persekutuan yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai sesuatu perkara yang pelik dan menunjukkan bahawa UMNO / Barisan Nasional (BN) telah tertekan dengan suasana yang telah berlaku di Perak ini sehingga terdesak untuk mengajurkan apa jua program besar di Perak bagi mendapat simpati dan ehsan rakyat.

DPPN Pk melihat usaha Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa awal Februari yang lalu sebagai satu penghinaan kepada seluruh rakyat Perak kerana pelancaran sambutan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada 18 Oktober ini sebagai satu penipuan terhadap slogan rakyat diutamakan.

DPPN Pk merasakan slogan Datuk Seri Mohd Najib benar-benar mengguris hati rakyat Perak kerana UMNO / BN tatkala ketika beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO tidak memberikan keutamaan kepada rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun lepas serta menafikan demokrasi yang menyebabkan seluruh rakyat sudah pasti akan menolak UMNO / BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

DPPN Pk menjangkakan dengan pelancaran 1Malaysia oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan memilih Perak adalah merupakan satu kesilapan kerana ingatan rakyat Perak masih segar dengan rampasan kuasa yang paling tidak bermaruah UMNO / BN, dan semestinya rakyat Perak akan bangkit untuk menegakkan demokrasi dan juga pencabulan hak mereka di dalam menentukan siapakah sebenar yang telah di beri kuasa memerintah Kerajaan Negeri Perak ini.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

JAMUAN HARI RAYA PAS PERAK