Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 27 Mac 2011


Program yang diadakan pada 22 March yang lalu iaitu Program 2 Tahun " Deme Tanya Pak Ngah Jawab" yang diadakan di Dataran bandaraya Ipoh. Yang menghairankan saya ialah, kenapa mesti Baju yang dibekalkan oleh pihak penganjur mesti meletakkan Lambang BN seperti yang bertanda bulat merah diatas.
Pada sepanjang program diarahkanlah setiap Agensi Kerajaan Untuk membuat Pameran dalam program tersebut sehngga Agensi Kerajaan yang beruniformpun tak pakai uniform Rasmi mereka tetapi sebaliknya terpaksa memakai baju yang di bekalkan oleh pihak penganjur. Apakan program ini untuk kempen BN di Perak ini sehingga terpaksa mambuat perkara yang tidak sepatutnya.
Mereka yang mengeluarkan kenyataan kepada Pegawai Kerajaan jangan berpolitik tetapi punya hapraknya BN pada hari ini yang meletakkan Lambang BN dibaju yang dibekalkan oleh mereka kepada pegawai kerajaan dan program pulak dijalankan diwaktu kerja iaitu hari Selasa. Ini menunjukkan BN sudah kehabisan modal untuk berkempen sehingga tergamak menggunakan khidmat Pegawai Kerajaan untu berkempen bagi Parti mereka yang kian lemah dan akan musnah pada bila-bila masa sahaja. Semoga Rakyat Perak dapat membuat penilaian terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN Perak pada masa sekarang ini. Jom Ubah kita tukar Kerajaan BN dalam PRU 13 nanti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ahad, 6 Mac 2011

PENGUNDIAN ESOK PENENTU SEGALANYA

Pilihanraya esok merupakan penentuan bagi penduduk di Dun Kerdau Dan Merlimau untuk membuat pilihan siapah yang akan menjadi wakil mereka di dalam Dewan bagi negeri masing-masing. Sepanjang tempoh berkempen rasanya rakyat bijak untuk menilai siapakan yang akan mereka Undi esok sama ada Calon pas ataupun Calon BN. Dalam keadaan yang agak perit sedikit bagi rakyat di Malaysia ini kerana kenaikan harga barang yang begitu sekali mendadak, isu saman ekor dan penyelewengan yang dilakukan oleh Pihak kerajaan BN, pengundi seharusnya 100% menolak calon BN dalam PRK ini bagi menyatakan protes mereka kepada Pemerintah yang ada pada hari ini. 


Semoga Kerdau dan Merlimau menjadi titik tolak bagi rakyat untuk Menolak calon BN dalam PRU ke 13 nanti. Pemimpin yang gagal untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat perlu disingkirkan dalam PRU 13 nanti demi untuk Kesejahteraan rakyat dan Kearah Membentuk Malaysia Baru di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti. Jikan kita terus membiarkan BN menerajui negara ini yakin dan percayalah banyak kerosakan dan kecelaruan yang akan berlaku kepada kita pada masa akan datang. Ingat setiap undi Kepada BN akan membawa Padah kepada kita semua. Jom Tolak BN. Tak Nak BN. Bn musuh kami. Hidup pakatan rakyat.....

Mesyuarat Agong Cawangan KDAS 3

Mesyuarat Agong pas Cawangan Kdas 3 pada 26/2/2011 yang telah diadakan di Markas pas Cawangan. Majlis perasmian Mesyuarat pada kali telah disempurnakan oleh Sdr Zairul Azrun iaitu ketua Pemuda Pas Kawasan. 
Dalam ucapan beliau mengingatkan kepada setiap Ahli supaya melaksanakan segala arahan yang telah diarahkan oleh Pas Kawasan dan membuang sifat penntingkan diri sendiri yang mana ia akan merugikan Parti itu sendiri. Beliau menekan mengenai daftar pemilih yang mana mesti diperhebatkan demi untuk mendaftar seberapa banyak pengundi bagi menghadapai PRU ke 13 nanti. Mesyuarat juga telah malantik beberapa AJK aru pas Cawangan iaitu bagi sesi 2011-2013. Semoga memberi lebih semangat kepada bagi kerja keras dan bersungguh bagi merealisasikan hasrat iaitu menawan Dun Manjoi, Negeri Perak dan seterusnya Malaysia insyaallah. Allahuakbar.

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN SG KATI


Pas Cawangan kampung Sungai Kati telah mengadakan Mesyuarat Agong mereka pada bulan Januari yang lalu. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Sdr Jalalus yang merupakan Ketua Peneranga Pas Kawasan Tambun.
Sebelum majlis ucapan perasmian, semua ahli telah menjamu selera yang disediakan oleh pas cawangan. Setelah selesai ucapan Perasmian UPU Sg kati telah membuat satu Program iaitu memberi sedikit cenderamata kepada Ahli yang telah berjasa kepada Cawangan Sg Kati dan KDAS 3 menurut AJK pemilihan  yang dilantik sepanjang penubuhan cawangan bagi UPU ini.
Majlis penyampaian telah disempurnakan sendiri oleh perasmi iaitu sdr Jalalus. Dalam ucapan Sdr Jalalus menyeru setiap dari ahli bekerja lebih keras dan berusaha bersungguh-sungguh demi untuk memenangkan Pas Dan Pakatan Rakyat Khususnya di Dun Manjoi, Negeri Perak dan Memerintah Malaysia dalam PRU ke 13 nanti. Semoga mesyuarat Agong ini akan memberikan lebih semangat kepada Ahli untuk maju kehadapan demi untuk memenangkan Islam dinegara kita. Semoga mendapat rahmat dari allah. Allahuakbar.