Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 26 Jun 2011

SEKITAR PROGRAM KULIAH MAGHRIB BERSAMA BOB LOKMAN

Program diadakan pada 24/06/2011 yang lalu di Markas Pas KDAS 3, Banyak nasihat dan peringatan telah disampaikan oleh Bob lokman pada malam tersebut kepada semua hadirin yng hadir. Semoga akan datang dapat menjalankan lebih banyak program seperti ini bagi memberi penerangan kepada Masyarakat umum terutamanya kepada penyokong UMNO dan BN yang menetap di sini...Sedikit gambar sekitar program.

Antara Hadirin Yang hadir

Di Bahagian Luar Markas 

Buku Khas Mengenai Sejarah kehidupan Bob lokman.

Penceramah terkenal (BOB LOKMAN)

Rabu, 22 Jun 2011

KULIAH MAGHRIB BERSAMA BOB LOKMAN

JEMPUTAN KE PROGRAM KULIAH MAGHRIB BERSAMA BOB LOKMAN PADA 23/06/2011 JAM 7.30 MALAM BERTEMPAT DI MARKAS PAS CAWANGAN KDAS 3. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 18 Jun 2011

Rakyat berhak tahu kerugian Felda

Kita lawan sistem p’raya kotor, bukan polis


JASIN, 17 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar)menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia.
"Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis.
Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi.
Begitu juga, katanya di negara-negara Eropah yang mana hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman dan pihak polis memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut.
Baginya, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dilaporkan berkata, pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
"Pihak polis memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor," ujarnya.
Beliau berkata, penganjur himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan gentar dengan ugutan dan amaran pihak polis yang jelas tidak peka kepada hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus, bersih dan adil.
Menurutnya, PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada 9 Julai ini.
Turut berceramah pada program tersebut termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ketua Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah dan Yang Dipertua PAS Jasin, Kamarudin Sidek.

Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Sekali lagi dianggap menghina syariat Islam dengan menyiarkan Satu Kartun di Dalam Akhbar tersebut. Lakaran kartun yang disiarkan Utusan cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi.
Manakala ketika wanita sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima.
Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks didakwa mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Jelas sekarang betapa takutnya Umno pada masa ini sehingga terpaksa Membuat pelbagai fitnah bahkan sanggup menghina Syariat islam demi untuk menndapat sokongan. Jelaslah sekarang kepada kita semua pada hari ini siapakah yang peralatkan islam seperti mana yang tertulis dibelakang kenderaan " Jangan Memperalatkan Islam" yang mana stiker ini dikeluarkan Oleh Puhak yang sebenarnya merekalah yang memperalatkan Islam di Negara kita ini.
Jom sama-sama kita menumbangkan Umno dan Barisan nasional yang nampak semakin menzalimi Hak Rakyat dari masa-kesemasa. Semoga Pilihanraya akan datang akan memberikan kemenangan kepada Pas Dan Pakatan Rakyat untuk memerintah malaysia pada masa akan datang demi masa depan yang gemilang untuk Malaysia. 

Selasa, 14 Jun 2011

Negara Berkebajikan: Umno tidak lena tidur

PAS akan teruskan himpunan Bersih

Nelayan Mogok = Harga Ikan Akan Naik

   
Langkah Kerajaan memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada nelayan telah menyebabkan lebih 500 nelayan dan pengusaha bot tunggal engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini. 
Langkah kurang bijak kerajaan ini akan menyebabkan harga ikan dan makanan laut akan meningkat berikutan Nelayan terpaksa menampung kos yang lebih untuk turun kelaut bagi menangkap ikan. Ini sekaligus akan mendatangkan bebanan hidup kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli ikan dan makanan laut untuk keperluan harian mereka. Bagi Pimpinan tertinggi UMNO dan kroni-kroninya, kenaikan harga ini tidak akan dirasakan oleh mereka kerana mereka terdiri daripada golongan yang berpendapatan tinggi. 
Cuba kita bayangkan bagi penduduk yang tinggal di Kampung-kampung seperti di Gugusan Manjoi khasnya di Kg Dato Ahmad Said Tambahan 3 ini yang kebanyakannya adalah pekerja kilang. Apakah ini Negara Kebajikan yang dilaungkan oleh UMNO selama ini. Semoga penduduk disini paham dengan situasi ini dan mengundi Pas dan Pakatan rakyat dalam PRU ke 13 nanti bagi menjamin masa depan yang gemilang untuk Malaysia.

Sabtu, 11 Jun 2011

Persepsi 10/6/2011: Kabinet Pilihan Raya (Hard Talk bersama Mohamad Sabu)

Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

"Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook.

Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno.

Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno.

"Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya.

Persepsi 10/6/2011: Kabinet Pilihan Raya (Hard Talk bersama Mohamad Sabu)

Persepsi 10/6/2011: Kabinet Pilihan Raya (Hard Talk bersama Mohamad Sabu)

Jumaat, 10 Jun 2011

Mengapa Umno menggelupor dengan negara kebajikan


TEMERLOH, 8 Jun: Mengapa Umno menggelupor dengan ‘negara kebajikan’? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat  di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.
(Gambar: Presiden PAS berucap ketika membentangkan gagasan negara kebajikan di Muktamar PAS ke 57)
“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah ‘negara kebajikan’ ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim (gambar).

Istilah ‘negara kebajikan’ yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya ‘rakyat dahulu’ menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah ‘negara kebajikan’, Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan ‘Umno kecewa PAS tolak perpaduan’ dan sebagainya,” terang beliau.

Cemburunya UMNO Dengan Keputusan Muktamar Pas


KUALA LUMPUR, 7 Jun: Para pemimpin Umno benar-benar terpukul dengan apa yang dicapai dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, ia dibayangkan dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin bawahan Umno yang agak tahu agama termasuk Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.
"Ketika pemimpin bawahan mereka meminta Umno mencontohi sikap yang ditunjukan PAS dalam muktamar baru- baru ini, pemimpin atasan Umno cuba melaga-lagakan PAS dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga dalaman PAS sendiri.

"Inilah sebenarnya permasalahan dalam Umno. Apabila mereka jengkel dan cemburu dengan pencapaian PAS, mereka cuba melagakan kita pula," kata Dr Dzulkefly mengulas kenyataan Datuk Seri Najib, Datuk Seri Nazri Aziz serta Tun Dr Mahathir yang cuba melagakan antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
Bagi beliau, Umno tahu, team yang dibentuk oleh perwakilan muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini adalah pasukan yang bakal menghancurkan penguasaan Umno.

"Mainan jahat media Umno ini nyata semuanya helah untuk akui PAS telah lakukan tranformasi yang diperlukan semua rakyat negara ini," kata beliau.

Perkara ini berlaku ketika wajah Umno menjadi begitu hodoh apabila cuba menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya.

"Sikap dan tindakan Umno menghasilkan Islam itu bersifat eksklusif untuk umat Islam sahaja, ekstrem, takutkan orang dengan kepala lembu, orang lain tidak boleh baca al Quran dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly (gambar).

Beliau juga mendakwa, tindakan Umno melalui agen-agennya seperti Perkasa telah menyebabkan para penganut agama lain rasa tidak senang dan takut kepada Islam.

"Malam tadi saya sertai satu program dialog dengan pemimpin agama lain dan Pakatan. Jelas mereka menyambut baik apa yang berlaku dalam muktamar PAS baru-baru ini," kata beliau.

Turut serta dalam dialog itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siti Mariah Mahmod, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS.

"Apa yang dibangkitkan para pemimpin Umno bukan isu sebenarnya tetapi akibat dari mereka rasa terpukul dengan apa yang berlaku dalam muktamar baru-baru ini.

"Muktamar telah memberikan nafas baru kepada PAS yang dilihat sangat berintergriti, bernafas baru dan memberikan harapan baru kepada rakyat.

"Bagi saya, Umno bimbang, pasukan ini bakal meraih kemenangan yang lebih besar dari pilihan raya umum 2008 lalu," katanya lagi.

Harakahdaily/-

Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Kesemua mereka akan menerajui kepimpinan PAS bersama Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

Khutbah Berkenaan Isu Judi

Pada 3/6/2011 khatib yang bertugas membacakan khutbah pada hari ini telah menyentuh berkenaan isu JUDI yang semakin berleluasa di dalam negara kita pada masa kini. Banyak pengajaran yang boleh diambil hasil dari penyampaian Khutbah tersebut;
Antaranya ialah Judi merupakan satu daripada gejala maksiat atau perbuatan mungkar serta haram disisi Islam. Sudah barang tentulah ianya tidak sepatutnya berada dalam Negara yang telah diakui oleh pimpinan Negara. Secara logiknya, jika ianya adalah haram, sudah tentu orang atau pihak yang mengeluarkan lesen judi kepada syarikat-syarikat judi juga adalah haram. Sudah tentulah yang mengeluarkan lesen-lesen judi ini adalah pihak kerajaan. kita sebagai rakyat wajib menentang Kerajaan yang mempunyai sikap yang sedemikan kerana ia juga boleh mendatang Kemudaratan kepada Negara ini sendiri seperti Bala bencana yang akan diturunkan oleh Allah kepada seluruh penduduk negara itu.
Jadi, kita adalah bertanggungjawab untuk menukar Kerajaan yang ada sekarang ini pada PRU yang ke 13 nanti. Marilah kita bersama membuat perubahan dengan menukar Kerajaan BN pada hari ini kepada Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Semoga ini dapat mengubah sedikit demi sedikit segala permasalahan yang berlaku di Negara kita ini. khutbah juga banyak menceritakan tentang keburukan kepada Tahi judi ini, Walaupun Khutbah yang diguna pakai adalah teks tahun 2010 yang menfokuskan kepada judi Bolasepak Piala Dunia, tetapi ia sedikit dapata memberi Keinsafan kepada Setiap jemaah yang hadir Solat Jumaat Pada Tengahari tadi.
Semoga akan ada perkara-perkara yang penting lagi akan disampaikan oleh Khatib yang berkhutbah pada Minggu hadapan demi untuk masa depan Islam Yang Gemilang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Gambar) dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.
Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.
Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss  Raja Yaakob


Ahli Jawatankuasa:

1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Elektrik: BN main silap mata dengan rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menganggap kerajaan BN bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif elektrik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, sedangkan pada 25 Mei lalu kabinet memutuskan petrol RON 95  tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat.
Tiba-tiba, katanya rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif elektrik 7.12% bermula 1 Jun (esok).
Katanya, menjadi kebiasaan akhbar Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj".
“Inilah  kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat.
“Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan korporat Umno untuk diberi percuma sahaja,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.
Katanya lagi, menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan.
Ketika menaikan tarif elektrik, tambahnya pemimpin BN berhujah 75% isi rumah  rakyat Malaysia tidak terjejas.
“Mereka cuba menyembunyikan kepada  rakyat ‘kesan berantai’ kerana kenaikan tarif elektrik,” ujarnya.
Beliau berkata, hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik.
Tambahnya, hujah yang sama juga penerangan Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan.
Menurutnya, mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol.
“Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka,” katanya.
Menurut Ketua Ekonomis Ratings Agency Malaysia, Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana  industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
Menurutnya, walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"
Kemungkinan tarif elektrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.