Grab the widget  IWeb Gator

Isnin, 26 April 2010

BN Menang Parlimen Hulu Selangor

KUALA KUBU BARU: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008lalu.

BN yang diwakili P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam ini di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.
Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.
Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak.
Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu.
Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empat penggal.mStar/-

Ahad, 25 April 2010

PR supporters jam packed KKB Stadium

Langsung : Hari Pengundian PRK Hulu Selangor

3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera.SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.
Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.
Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.

3.25 pm : Peratus keluar mengundi hingga jam 3 petang adalah 67.18 peratus bersamaan 43,333 pengundi.

3.00 pm : Seorang budak Iskandar Hanafiah, 12 tahun mengaku dibayar RM2 untuk membawa bendera BN dengan basikal bersama rakan-rakannya.
"Umno bagi RM2 sahaja, yang lain Umno dia masih belum bayar lagi," katanya kepada wartawan Harakahdaily.


2.45 pm : Di Sek. Keb Taman Bunga Raya (1), keadaan pengundi yang datang mula lengang kembali.
Penyelia pusat mengundi, Hamidah Nipah berkata di sini saluran 2 mencatat bilangan pengundi paling tinggi iaitu 263 dari keseluhan jumlah pengundi 940.

2.35 pm : Peratus keluar mengundi sehingga jam 2 petang adalah 63.74 peratus iaitu 41,112 pengundi.


1.45 pm : Sekali lagi pergaduhan hampir berlaku antara sukarelawan India dari Pakatan Rakyat dengan petugas India BN ekoran berebut memberi perkhidmatan kepada para pengundi India di SJK (T) Sungai Choh.

1.40 pm : Di Pusat Pembuangan undi SJK (T) Sungai Choh, Taman Bukit Teratai- Panyokong Pakatan semakin ramai menjelang sesi pengundian sebelah petang.
Sukarelawan PKR yang bertugas dibarong panas meluahkan rasa yakin, Zaid mendahului melihat kepada sambutan pengundi yang datang ke barong PKR sejak pagi tadi berbanding barong BN.
Dari 1,410 pengundi berdaftar di sini, kurang 100 pengundi sahaja lagi yang belum menunaikan tanggungjawab.

1.00 pm : Kekecohan berlaku, kini di Sek. Keb. Sg. Rasa. Bermula apabila penyokong BN merentap bendera Keadilan selepas tidak berpuas hati dengan sorakan penyokong Pakatan Rakyat.
Pergaduhan kecil juga berlaku, namun suasana bagaimanapun kembali tenang selepas dileraikan pihak polis.

12.50 pm : Norasyikin Zakaria, 35, antara pengundi terawal pagi tadi memaklumkan berlaku kekecohan di tempat beliau mengundi di Sek Keb Bandar Baru Batang Kali, selepas seorang pengundi sebelumnya tidak berpuas hati kerana namanya hilang dari buku daftar pemilih.
Dalam semakan online sebelum itu, pengundi itu mendakwa namanya ada ada dalam daftar pemilih.
Dia kemudian berang, apabila aduannya didakwa tidak dilayan petugas SPR.

12.40 pm : Di Sek. Keb. Serendah, petugas sukarelawan PKR sangsi dengan penempatan berpuluh FRU dan anggota Polis di sini kerana sejak pagi tadi tiada suasana tegang tercetus di sini.
Mereka mendakwa kemungkinan kawalan ketat tersebut mempunyai agenda tertentu

12. 20 pm : Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata "Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)"


12.10 pm : Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.1 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.

11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

11.45 am : P Kamalanathan tiba Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru. Beliau diusung penyokong BN tetapi disambut dengan laungan 'Apco' dan 'yahudi' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

11. 30 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.
Manakala ada juga SMS mengatakan PKR akan tewas jika hanya 60 peratus sahaja pengundi keluar mengundi. Namun jika Peratus keluar mengundi lebih 61 peratus, PKR dijangka menang besar.

11.25 am : SPR memaklumkan Peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi adalah 24,645 iaitu 38.21 peratus.

11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat

11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.

11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".
Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.

11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.

10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.

10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:30 am : Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.
Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.

10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10:15 am: 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.
Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.

9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.
9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.

8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.

8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

(Hulu Selangor By-Election) Anwar Ibrahim: Our Struggle Is About Dignity

(Hulu Selangor By-Election) Anwar Ibrahim: We Support Zaid Ibrahim Becau...

Zentrum: Pakatan terus mendahului BN

Zentrum: Pakatan terus mendahului BN

Nik Aziz: Islam is not only for Malays

Nik Aziz: Islam is not only for Malays: "Nik Aziz addresses the Hulu Selangor Chinese community and tells them that Islam is not just for Malays, but is for everyone."

Sabtu, 24 April 2010

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.
Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.
Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

16 tuduhan rasuah
Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar
Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Kapal Scorpene: Najib diminta cuti

Nik Aziz goes all out to defend Zaid

Ahad, 18 April 2010

Perutusan dari Mekah - Bahaya pemikiran Umno

Ketika keberadaan Mursyidul Am PAS selaku Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang beribadat di depan Kaabah, dan dengan lapang dada yang disegari iman sejati, atas sifat seorang pejuang agama Allah, beliau juga mengambil kesempatan menelefon saya (siang tadi, Sabtu 3 Jamadilawal/17 April)bagi menyatakan kebenaran Islam. Tuan Guru Nik Aziz sempat mengemukakan pandangan kudus bersaksikan kiblat umat Islam bertujuan mengingatkan kita semua betapa besarnya amanah menyampaikan kebenaran Islam walau di mana kita berada. Lebih-lebih lagi, natijah kenyataan itu adalah untuk menerangkan tentang bahayanya pemikiran Umno yang menguasai tampuk politik Negara hari ini.
Ikutilah curahan ilmu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menggapai tempoh 20 tahun memacu negeri dan rakyat Kelantan, Membangun Bersama Islam berpandukan ajaran Islam yang syumul. Tolaklah perjuangan Umno, terimalah kebenaran Islam

Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),

Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada Islam. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid – rumah Allah. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup muslim sejati berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (LilLahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya – terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat.

Perkara kedua yang dibuat oleh Umno adalah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi pun dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari telah menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi. Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno. Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi!

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik sudah tidak berdosa lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak melayu dengan hak bikan-Melayu, dikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno dengan negeri diperintah PAS. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Adam AS.

Oleh itu kembalilah kita kepada ajaran Islam, sesunguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

Sebenanrya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Penghujung catatan

Demikianlah, catatan yang sempat saya olah untuk bacaan dan cedukan demi mengukuhkan keyakinan kita semua kepada perjuangan Islam. Bersesuaian pula dengan musim kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, kerana di sananya pengaruh pemikiran Umno dikatakan begitu pekat. Disokong lagi dengan sekian lama pengundi di sana dipengaruhi kuasa kerajaan Umno, maka sewajarnya pengundi Hulu Selangor dapat memahami isi kandungan ilmu Tuan Guru Nik Aziz, lantas mengambil iktibar atas ilmunya itu. Semoga pengundi yang bakal mengundi 25 April nanti tidak terus terbelenggu dengan kempen kotor pihak Umno dan kuncu-kuncunya.

Dicatat oleh:
Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
Sabtu, 3 Jamadilawal 1431/17 April 2010.

Sekitar Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

Sabtu, 17 April 2010

PENAMAAN CALON HULU SELANGOR

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Mereka ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Demikian sepertiyang diumumkan oleh Pegawai pengurus Pilihanraya selepas tamat masa bantahan sebentar tadi.

Calon bersama pimpinan Pakatan Rakyat

Antara banner UMNO.

Kelihatan Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi.

Siva kumar, Nizar, dan Lim Kit Siang turut memberi sokongan

Tuan Guru dan Penyokong Pakatan Rakyat.

Turut memberi sokongan.

Sdr. Salehuddin Ayub

Ust. Nasarudin Mat Isa dan penyokong.

Gambar diambil dari Blog Cina ISlam.

Ucapan Anwar Ibrahim - Pengumuman calon PRK Hulu Selangor

Cinta untuk Nabi lah....(Ustaz Radzi)

Saifuddin Dedah Bukti Kerajaan lantik APCO (4)

Tamatkan segera khidmat APCO - DPPWP

Khamis, 15 April 2010

PROGRAM MALAM REMAJA BERBAHASA

Pada 10/4/2010 satu sejarah baru telah tercatat di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3 apabila buat julung kalinya satu program khas untuk orang muda telah diadakan disini. Program yang dinamakan Malam Pemuda Berbahasa ini adalah cetusan idea dari Pemuda Pas Kawasan Tambun iaitu sdr. Jalalus. Antara pengisian program ialah acara berpantun, Berpuisi, Live band, Karaoke nasyid dan ada beberapa acara lain. Kehadiran hampir 60 orang muda dan segelintar orang lama telah memeriahkan Malam tersebut. Majlis yang bermula dari jam 9.15 berakhir jam 11.15 malam. Antara yang hadir juga ialah AJK Pemuda Pas Kawasan. Semoga dapat membuat program seperti ini masa akan datang. Amin. di bawah sedikit gambar sebagai kenangan kepada peserta program.

Persiapan pentas sebelum acara bermula.

Antara pemuda yang hadir.

Penyampaian bola oleh Ketau pemuda kawasan (Zairul azrun)

Persembahan dari Kumpulan White Green.
Kira best la persembahan

Antara yang berjaya membawa pulang hamper.

Sedap nampak Ketua Pemuda bersama Ketua penerangan
sedang menjamu selera. class tak KDAS 3.

Ada gua gambar sebab persembahan best giler...

Aik,,Abg Taza pun hadir. Terima Kasih beri sokongan.

Ha, tengok otai pun turun gak...sekali sekala ok je...

Persembahan Nasyid Oleh Azmeer... boleh tahan suara.

Tengah baca puisi, dia la punya sound system..
nak sewa bolehh.

Nyanyi lagu pun dia . Hey nak jadi artis ke ntah...

Ust Latip and the junior.

Acara bercerita bersama iringan gitar kapok... cantekk..

Ini la tuan rumah, terima kasih bagi guna rumah..

Inilah pengerusi yang paling hebat yang penah jumpa,
boleh buat sajak cara spontan je... perh menyusuk kalbu tu..

Ini la harapan nanti kalau nak pilihanraya...

Aik deme pun ada persembahan...ye la orang mude geng kite
baru la betul....

SU pemuda kawasan senyum je...trima kasih sudi hadir.

Tengah kemas tempat, maklumlah umah orang, nanti tak dapat
lagi nak buat program. Setel mlm tu juga..

Ni la ketua pemuda (baju oren) lepas habis berkemas.
Post moterm ke abang.