Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 19 Disember 2010

Pakatan: Gagasan terbaik untuk negara

Intipati ucapan Presiden PAS sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember 2010
pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insya Allah.
Ketetapan Konvensyen Pertama
Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.
Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.
Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka.  Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.
Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.
PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.
PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.
Firman Allah SWT, maksudnya:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Surah al-Hujurat: 13]
Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.
Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.
Persidangan Shah Alam 2010
Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.
Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi diberikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.
Masa Bergerak Ke Depan
Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita  dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.
Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut.  Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.
Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme songsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.
Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.
Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.
Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.
Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya dijadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.
Perlu muhasabah
Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.
Asas perubahan
PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.
Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.
Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.
Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.
Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.
Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat ‘defensive’ untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.
Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.
Persediaan Pilihan Raya
Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.
Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insya Allah.
Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.
Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.
Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

Adakah ini bukan gambar Zamry Kadir?

mohammad nizar jamaluddin
Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan mufti negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat, lapor Harakahdaily.


Nizar berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.


"Yang saya bangkitkan dalam sidang DUN baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.


"Tak kisah la letak ancak ke, renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya semasa dihubungi, hari ini.


Harussani ZakariaBiarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakatMelayu dan tidak bercanggah dengan syarak.


Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.


"Semasa saya bangkitkan dalam sidang DUN itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.


Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu berkenaan kemudiannya dipanjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.


Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.
NONE

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.


Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.


"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.


"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.


"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.
azlan
Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan DUN yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana membangkitkan perkara itu.


Sumber dari Malaysiakini

Khamis, 9 Disember 2010

Wasilah Menghampirkan diri Kepada Allah Swt Dan Mencapai cinta-nya

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : “Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya.”
 
(Al-Bukhari)



 
Huraian
1) Wali adalah hamba-hamba Allah yang ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah SWT semata-mata kerana Allah SWT. Ini tersebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan dalam kehidupan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Yunus: 62-64)
2) Apabila hati penuh dengan kebesaran Allah SWT maka dihapuskan apa yang selain darinya. Dia tidak akan berbicara melainkan dengan zikir kepada Allah, tidak mendengar melainkan tentang Allah SWT, tidak melihat melainkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
3) Setiap orang yang menyakiti wali Allah, contohnya seorang yang fasik memusuhi wali disebabkan sentiasa menegahnya daripada melakukan kejahatan dan maksiat, maka Allah SWT akan memusuhinya. Ini disebabkan seorang wali merupakan mereka yang benar-benar mencintai Allah dan sentiasa menghampirkan diri pada-Nya maka sebagai balasannya Allah akan memeliharanya dan mengawasinya daripada segala ancaman yang tidak baik kerana ia seolah-olah telah menyakiti Allah juga.
4) Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah mengerjakan perintah-perintahnya dan menjauhi larangannya serta banyak mengerjakan amalan-amalan sunat dan kebajikan. Antara doa yang selalu dibaca oleh untuk menjadikan diri kita dekat kepada Allah ialah sebagaimana doa Rasulullah SAW yang bermaksud:” Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hati ku, cahaya di dalam penglihatan ku dan cahaya di dalam pendengaran ku.” Sesungguhnya doa seorang wali adalah mustajab.
5) Golongan wali-wali yang paling utama di sisi Allah SWT ialah para Nabi dan Rasul yang maksum disusuli pula oleh para sahabat dan mereka yang datang selepasnya.

Sabtu, 27 November 2010

Majlis Qurban Pas Cawangan Tahun 2010


Sambutan Hari Raya Aidil Adha Di Disini Dimulakan dengan bertakbir Raya, Solat AidilAdha  diikuti Khutbah Raya Dan Diakhiri dengan aktiviti Penyembelihan Qurban Dan Jamuan. 
Sebanyak 2 Ekor Kerbau dan Seekor Lembu telah di Qurbankan. Kesemua Sembelihan telah disempurnakan oleh Af Ustaz Latif. Kerja Gotong Royong dijalankan melibatkan Ahli, Penyokong dan penduduk setempat. Hampir 50 Orang telah bertungkus lumus menjayakan Program pada Hari Raya Tersebut. daging Qurban juga turut diagihkan kepada semua.
Kami dari pihak Pas Cawangan mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada semua yang terlibat. Segala kekurangan dan kelemahan di pihak kami harap dapat teguran melalui emel paskdas3@yahoo.com atau terus berjumpa dengan AJK Cawangan dan Kami memohon maaf atas segala Kekurangan dan kelemahan. Gambar diatas diambil sepanjang program.

Isnin, 22 November 2010

Kuliah Politik Bulan November 2010


Pada 13/11/2010 Kuliah Politik Islam yang telah hampir 2 bulan bercuti, kini Program tersebut diteruskan Pada Hari Sabtu Yang mana Penceramah jemputan dari Kuala Kangsar iaitu Timb. ketua Urusan Ulama' Pas Kuala. Program dijalankan Di Jalan Intan Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3. Oleh kerana Hujan yang turun dengan lebat Program terpaksa dihentikan sekitar jam 10.30 malam. Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Rumah sekeluarga kerana membenarkan Pas Cawangan membuat Program rumah beliau. Semoga mendapat rahmat dari Ilahi. Program akan diteruskan pada Bulan Disember nanti yang mana akan diberitahu Kelak. Allahuakbar.

Sabtu, 13 November 2010

10 KELEBIHAN COCA COLA ?

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa  
cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..


DIPETIK DARI FACEBOOK.

Jumaat, 5 November 2010

Mengapa PAS tewas di Galas ? Wajib baca !

"..Hari ini ribuan blog yang dikatakan pro pakatan pembangkang akan membuat ulasan mengikut pandangan mereka yang mereka perolehi selepas enak dilamun mimpi setiap malam, datang sebagai pelancong politik, menulis dengan penuh emosi, beriman dan naik saksi bahawa tulisan RPK lebih hebat dari al-Quran.."

Terima kasih untuk blogger FZT yang pantas menulis. Pantas menangkis dolah dalih kekalahan PAS untuk Galas. 'Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul perjuangan di GALAS'. Artikel WAJIB baca untuk tahu butir perkara mengapa PAS tumbang kepada BN di padang tempur yang jelas langsung tidak 'rata'

Hujan lebat dengan petir menyambut kepulangan seorang pertugas yang sudah lama berkampung di penjuru Gua Musang.Hhujan amat lebat menyukarkan perjalanan pulang ke Terengganu.Kkembali dengan semangat yang luntur akibat kekalahan yang sudah diduga sejak awal lagi. Hanya maruah perlu dipertahankan. Islam tak pernah mengajar kita undur walaupun selangkah kebelakang. Biar beribu musuh menyerang. Apakah kita mencari kemuliaan selain kemuliaan islam?

Sebelum berundur dari Galas, Pas sudah tahu ia akan menggalas satu bebanan baru dan akan menerima cemuhan dari ahli pas yang membayar yuran dan tidak membayar yuran. Hujan rahmat Allah terus mencurah ke bumi Terengganu bersama airmata yang juga laju menuruni mata. Menahan sebak dimalam pulang bertugas bukan kerana tak biasa dengan kekalahan tapi kita kalah hanya disaat akhir garisan. Hanya beberapa meter Pas tumbang dengan majoriti 1190. Cukup sebak, sedih dan pilu hanya selawat penyejuk hati

Hari ini ribuan blog yang dikatakan pro pakatan pembangkang akan membuat ulasan mengikut pandangan mereka yang mereka perolehi selepas enak dilamun mimpi setiap malam, datang sebagai pelancong politik, menulis dengan penuh emosi, beriman dan naik saksi bahawa tulisan RPK lebih hebat dari al-Quran. Pakar pakar strategi akan menulis dan mengaris strategi baru iaitu membuang benda benda lama dalam Pas, menukar dan membuang mana mana pemimpin yang sudah lama berbulu dimata mereka. 

Pas kalah bermakna peluang mereka menulis untuk menjatuhkan mana mana pemimpin lebih cerah dan mereka inilah yang berdoa siang malam untuk Pas kalah di Galas. Hebatnya penulis tak turun ke Galas tapi tahu dan sumber maklumat hanya diperolehi dengan menalifon kawan, apa yg diceritakan oleh kawan di Kelantan akan ditulis dan akan ada tulisan dibelakang, saya berharap apa maklumat yang ditulis disini tidak benar. Berharap tidak benar tapi dah tulis, apakah ikhlas dalam dada mereka menyokong islam? 

Biarlah orang Pas nak tuduh saya yahudi ke israel ke fasiq ke saya terima, saya menulis untuk memperbetulkan pas, membiarkan orang menuduh kita yahudi fasiq itulah adalah dikira doa, kalau ahli Pas ada sejuta dan hanya separuh menuduh penulis ini yahudi fasiq apakah lama kelamaan penulis tak akan bertukar menjadi betul betul yahudi dan fasiq.?

Kekuatan UMNO
Sejak awal lagi Pas menyedari ada satu kekuatan umno jika bertanding kawasan jajahan Gua Musang, jangan jadi bodoh le greenboc yang memang diketahui bodoh bebal sampai hari ini, hanya perlu duduk depan komputer dan menulis dengan hanya mengutip berita dari lidah umno dan membaca beberapa blog yang menulis benda benda khayal di Galas. Ku li telah beraja di Gua Musang sejak berzaman lagi. Kawasan parlimen Gua Musang menjadi satu kubu kuat umno yang amat kuat hatta jika diletakkan calon itu hanya songkok kuli pun umno boleh menang. 

Siapa yang berani menidakkan faktor ku li disini. Arahan ku li ibarat arahan dewa. Umno boleh bersenang lenang disini kerana tidak perlu bersusah payah berkempen. Nama ku li dijual dengan mudah. Pas menyedari hakikat ini dan segala usaha telah digembelingkan dan kawasan hitam umno dapat dikelabukanbiarpun sedikit. 

Pemimpin Pas berkampung disini dan penulis blog berkampung di dalam alam maya untuk mengutuk apa saja tindakan pemimpin Pas. Pelbagai gelaran diberikan. sms bertebaran setiap hari mengutuk pemimpin Pas pusat dan kelantan. Pas berhadapan dengan dua situasi dulu hanya perlu berhadapan dengan umno yang telah diketahui licik jahat dan kejam. Tapi semenjak muktahir ini pas berhadapan pula dengan satu puak baru yang ada dalam diri pas sendiri. Membocorkan maklumat kepada musuh pas yang mana nampak seperti menyokong pas.Malu menulis sendiri dan diberi kepada musuh Pas.

Punching bag untuk PAS
Umno berjaya membina satu target baru, batang tubuh tok guru nik aziz dijadikan punching bag, gambar tok guru nik aziz memberi wang kepada saudara baru islam berjaya digunakan sepenuhnya oleh umno dalam usaha menjahanamkan imej tok guru dan Pas. Pas lembap dalam isu disini. Umno amat kedepan dalam isu ini dan berjaya merobohkan satu fahaman dan membina fahaman baru bahawa tok guru juga mengamalkan rasuah dalam pilihanraya.  Idea jahat dicetuskan oleh deris jusoh sebagai makhluk yang amat benci kepada ulamak, deris jusoh bijak memanupulasikan isu ini dengan baik dan pihak  Pas gagal membalas balik. Inilah yang dinamakan kalah diatas garisan akhir, bukan kalah kerana ustaz abdul halim tak bijak merencanakan strategi disaat permulaan. Betapa bangangnya penulis menulis benda khayal di Galas.

Khidmat agensi menjawab isu untuk Umno
Kali ini SPR berjaya menghalang apa saja tekanan kepada umno, isu rasuah wang berjaya ditangani dengan baik oleh SPR. SPR menyerap tekanan kepada Umno lebih dari separuh.  Ini memudahkan umno menjalankan propaganda dan isu rasuah,  Umno tak akan menjawab isu rasuah dan SPR yang akan menjawab. Umno dah boleh cuci tangan dalam isu rasuah. SPR dan Sprm berjaya membersihkan umno kali ini. Isu rasuah pilihanraya dapat didiamkan dari terus digunakan untuk menyerang Umno. Semua agensi kerajaan bertugas dengan baik dalam menanangani apa saja isu yang dibuat oleh Pas. Umno hanya perlu nampak baik dan alim. Dan semua isu agensi kerajaan akan menjawab bagi pihak Umno. 

Jika minyak petrol dikatakan mahal mail sabri akan memberikan subsidi secepat kilat diwaktu hari berkempen. Orang asli berjaya membeli minyak dengan harga pasaran bukan harga biasa. Jadi soal dan isu yang ditimbulkan akan diselesaikan dihari yang sama. Jadi umno nampak boleh menyelesaikan apa saja masalah rakyat dalam sekelip mata. 

Ada nampak kelemahan Umno?  Sebut aje apa masalah akan diselesaikan segera. Dan Pas tak ada semua ini kenapa ? Kerana Pas bermain secara adil, Pas bukan menggunakan harta kerajaan menentang  Umno di Galas. Pas gunakan harta sendiri. Walaupun kalah Pas masih mempunyai maruah, yang tidak bermaruh hanya penulis blog yang hanya tahu mengutuk dan menulis benda khayal.

artikel dipetik dari tulisan blogger Freezone Terangganu For Rakyat

Ahad, 31 Oktober 2010

Piala Malaysia: Hadiah sempena 20 tahun Kerajaan PAS

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
 merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan yang
memenangi Piala Malaysia 2010 malam tadi.
Ustaz Hadi berkata, kemenangan itu merupakan hadiah kepada rakyat Kelantan
sempena 20 tahun pemerintahan Islam di negeri itu.
"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan
kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2010.
"Jadikanlah ia sebagai hadiah sempena perayaan 20 tahun Kelantan Membangun
Bersama Islam," tulis beliau di laman sosial facebooknya pagi tadi.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang telah
 menunjukkan permainan yang cemerlang dan semangat berpasukan  sepanjang
perlawanan berlangsung.
"Syabas untuk Negeri Sembilan yang bertungkus-lumus untuk mempertahankan
kejuaraan," katanya lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut mengucapkan
tahniah kepada The Red Warriors  berharap kemenangan itu turut dibawa ke Galas
 dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini.
"Tahniah kepada Kelantan juarai Piala Malaysia. Galas Piala Malaysia lepas ni Galas
 untuk PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Kemenangan Kelantan di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi menebus kehampaan
tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga
 Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali
pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali
sebagai Piala H.M.S Malaya.
Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan
penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.
Kelantan memperoleh gol penyamaan pada separuh masa kedua apabila hantaran
luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan ketua pasukan, Hairuddin Omar yang
 menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.
Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik
 Mohd Norfarhan Muhamad.
Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, menggembirakan sekurang-kurangnya
 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.
Turut mengucapkan tahniah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
"Tahniah daripada DPPP Kelantan bawa pulang trofi Piala Malaysia. Ia jadi hadiah
untuk pemerintahan Tok Guru Nik Aziz dan juga Sultan baru," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji
 akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan
 peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini.

Rabu, 27 Oktober 2010

Lawan PAS mainkan sentimen agama di Galas




GUA MUSANG, 27 Okt: Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari
 ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti
Islam itu dengan isu agama.


Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein 
memberikan amaran agar juru  kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu
 agama dan kaum dalam kempen mereka.



Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan
 sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan 
masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang
 Hishamudin dari dipermainkan.



Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang 
dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu 
wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".



Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP 
yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).

Komen PAS
Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi
 mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke
atas bahan kempen seumpama ini.


Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang
 tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.



"SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya 
(PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini.
 Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen 
sebegini," kata Nasir.



Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. 
Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik
 oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.



Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya
 tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa
 tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.



Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada 
bahan kempen tersebut. 



Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang 
nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.

Komen DAP
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan
 apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang
dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.



Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada 
etika dan tiada kelas langsung.



"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya.

Umno Bn "Kalah" Di Galas?



GUA MUSANG: Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah di N045 Galas dari segi sokongan moralnya apabila jumlah para penyokongnya jauh lebih kecil berbanding dengan sokongan terhadap PAS pada hari penamaan calonnya.


Tinjauan Buletin Skuad di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang mendapati ‘lautan manusia’ di pihak PAS berbanding dengan Umno-BN. (lihat foto)

Berikutan itu, berlaku sedikit ketegangan apabila calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad menghadapi kesukaran ke pusat penamaan calon kerana sekatan polis.

Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

Selitar jam 9.23 pagi, Dr Zulkefli Mohamad berjaya melepasi sekatan polis dan beliau diiringi oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi DAP Malaysia, Lim Kit Siang.

9.30 pagi, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan bagi menyerahkan boring pencalonannya kepada pihak Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jam 9.44 pagi, kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP serta membuat ucapan ringkas dihadapan para penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau menyarankan agar jenetera parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon PAS-PR pada 4 November ini.

Manakala, Pegawai Pengurus Pilihan Raya (SPR), Wan Mustafa Wan Abdul Hamid yang bertugas turut membuat pengumuman hanya dua calon yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN. Mereka adalah Dr Zulkifli Mohamad dari PAS dan Abdul Aziz Yusof (BN).

10.14 pagi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas ‘membakar’ semangat dan disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

‘Pelik bin Ajaib’ terdapat di kalangan penyokong PR bukan Islam seperti orang Cina dan India turut melaungkan ‘takbir, takbir, takbir!!’ menang PAS.

Sementara itu, di sebelah penyokong Umno-BN pula membalas dengan paluan gendang, nyanyian 
Arahan serta undang-undang SPR bahawa membuat ucapan politik dengan pembesar suara serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, tetapi paluan gendang daripada penyokong Umno-BN dibiarkan terus bergema.

Situasi bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong Umno-BN mula keletihan dan paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti.

Manakala, para penyokong PAS-PR terus bersemangat dengan laungan takbir dan berselawat bagi menyatakan kekuatan parti.

Dianggarkan oleh pihak risikan, polis, SB, wartawan dan pakar politik jumlah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat melebihi 20,000 orang berbanding dengan Umno-BN sekitar 2,000 hingga 3,000 orang sahaja.

Sebab itu, tepat jam 10.00 pagi kelihatan Ahli Parliem Gua Musang, yang juga Pengarah Pilihan Raya N.45 Galas, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Sabry Chik telah keluar dari kawasan Pusat Penamaan Calon tersebut.

Jam 11.00 pagi, pula kelihatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Utama, Dr Rais Yatim pula keluar.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. I

Sekitar jam 12.00 tengahari, Wan Mustafa (Pengurus Pilihan Raya) mengumumkan nama kedua-dua calon iaitu Dr Zulkifli Mohamad (PAS-PR) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun, terdapat satu bantahan namun ia ditolak oleh Wan Mustapha dan pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.