Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 30 Ogos 2009

BADAR KUBRO BERSAMA PRESIDEN PAS

MENDORONG KHUSUK DALAM SOLAT

Mendorong Khusyuk Dalam Solat AgamaYa Allah..tunjukkan kami jalan yang lurus,iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya,bukan jalan yang Engkau murkai,dan bukan pula jalan mereka yang sesat..Tetapkan imanku ya Allah,Untukku terus mencari cintaMu.
Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, (selain sujud sahwi..)

1. Berdoa

Terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah ‘azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan ‘inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut:

2. 'Tinggalkan dunia'

Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu kita mestilah mempunyai kesedaran, bahawa kita bersembahyang, kita mengadap dan menyembah Allah yang Maha Besar.
Kosongkan hati dari mengingati urusan-urusan dunia. Ingat bahawa urusan-urusan itu tidak dapat dilakukan sama sekali masa kita sembahyang. Oleh itu, tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Tiada guna difikirkan masa sembahyang, hanya akan merosakkan sembahyang kita.

3. Usaha hati

Hati hendaklah sentiasa mengingati. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke maqam Ihsan.

Maqam Ihsan bermaksud beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya. Walaupun pada hakikatnya anda tidak dapat melihat-Nya (dengan mata kasar), sesungguhnya Allah melihat anda.

4. Tanam Rasa Cinta Pada ALLAH

Tanamkan rasa cinta kasih yang mendalam tanpa berbelah bahagi terhadap Allah. Perasaan ini tidak akan timbul kecuali kita kenal Allah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

5. Perasaan takzim kepada ALLAH

Menaruh perasaan takzim (agung, besar, tinggi, suci) kepada Allah yang sedang kita hadap dan sembah.

6.Perasaan al-haibatu wal khauf

Menaruh perasaan al-haibatu wal khauf (gerun, takut, bimbang) kiranya sembahyang kita tidak diterima Allah, bahkan dimurkai-Nya.

Allah berfirman di dalam surah Faatir ayat ke-28 yang bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama.

7. Menaruh harapan

Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapan para sufi yang bermaksud:

Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku.

8. Malu pada ALLAH

Berasa malu kepada Allah, takut cacat cela, ada kekurangan, kelalaian yang berlaku dalam sembahyang sama ada daripada segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyukan hati terhadap Allah yang sedang kita sembah.

9. Memahami bacaan solat

Memahami dan mengerti bacaan dalam sembahyang, sekurang-kurangnya tahu maksud-maksud dan tujuan-tujuannya.

10. Hindar situasi gangguan

Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.

11. Mendengar cerita orang yang khusyuk

Mendengar cerita orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang seperti sahabat nabi.

Sabtu, 29 Ogos 2009

FIKIRKAN SEJENAK

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak.....


"Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
Garisan-garisandi tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor2 dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, danmerejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu maran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Khamis, 27 Ogos 2009

MURID ENGGAN SERAH 50 SEN DITOREH KEMALUAN

ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin.


Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter.
Ketika negara kita sedang hebat dilanda wabak H1N1 yang bagi saya tidak ubah seperti yang pernah diucapkan oleh lidah mulia Nabi Muhammad SAW mengenainya:


” Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”


Baginda Nabi SAW juga merangkaikan hadis tersebut antara kejadian yang saling berkait bagi mereka yang berfikir dan mahu menjadikan Islam sebagai panduan dan aturan hidup; Muslim baik dan non-Muslim baik.

Sesungguhnya kerosakan yang berlaku di dunia hari ini samada di darat dan di laut segalanya adalah disebabkan oleh kerakusan manusia yang diberi kesempatan untuk memimpin dunia dan urusan mereka.

Ayat 41, surah Ar-Ruum menyatakan; “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; …

Telah Allah SWT bertanyakan kepada malaikat di saat ingin diciptakan Nabi Adam A.S:

Surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud
                        “Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Lalu para malaikat bertanya, ‘Apakah Engkau hendak menjadi di muka bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau?’ Allah menjelaskan; ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Hari ini kebejatan yang telah dinaqalkan (dari hadis Nabi SAW di atas)…. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil) – dapat kita lihat kebenarannya.

Hari ini 1Malaysia dicanang dan digemparkan dengan siri-siri dasar dan approach pemimpin yang bukan setakat tidak mesra rakyat malah yang paling malang ialah tidak mesra Islam- yang dengannya kita akan selamat. Selamat dari petaka yang ditimpakan kepada rakyat darihal kejahilan pemimpin.

Jujur sebagai manusia yang dengan segala kelemahan kita rakyat yang di bawah teramat letih untuk membentuk generasi beriman dan berakhlak sedang dalam masa yang sama pemimpin di atas sana masih dengan jahil-dungu masing-masing.


Kalaulah kami tidak difahamkan dengan janji-janji Allah dan kemurahan-keredhaan Allah SWT kepada kami yang ingin berjuang dijalan-Nya, sudah tentu kami tinggalkan saja kerja-kerja membaiki ummah ini. tetapi sunnah Nabi Yunus tidak mengajar kami bersikap sebegitu.

Selain berjihad menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia ini, kami tidak akan lupa dan juga tidak akan putus-putus berdoa dan berharap sepertimana al-Quran menyebut bahawa Allah SWT akan memberikan pemerintahan dan kekuasaan kepada orang-orang yang beriman dan beramal kebaikan:

‘Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, bahawa Ia akan memberikan khalifah (menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka’

ISU SEBAT - JAWAPAN USTAZ ZAHARUDIN UNTUK TUN MAHATHIR

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

(Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut :-

الخمر أم الخبائث

Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1) Hadis Nabi :

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم

Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi :

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين

Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi

كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أرب
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]

4. Hadis Nabi :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين

Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat

قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ

Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال

Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-

a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.

c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.

2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]

*Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.

*Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.

*Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.

*Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.

Kelima

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.

* DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

* DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

* DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

* DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

* DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

* DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

SIFIR MUDAH PENGAMPU UNTUK UNDI PERMATANG PASIR



Undi PAS merosot 1386. umNO merosot 504. Majoriti 2008 merosot 982. Pengundi merosot hampir 10 %. PAS mendapat undi 9618 manakala umNO mendapat 5067. Itu angka yang tak berubah dan tak boleh diubah..dengan mengenepikan undi yang ditolak, bermakna kedua parti kehilangan 1890 undi. keseluruhan jumlah undi yang diterima ialah 14,865.




Ulasan kononnya analisis, darii umNo menggunakan peratusan undi kepada umNO yang semakin meningkat sebagai bukti umNo telah diterima

majoriti 2009 dalam carta sebenarnya 4551 bukan 4451.


PAS — —– —9618 undi


Barisan Nasional —– 5067 undi


Majoriti — – — –4551 undi
Peratusan Mengundi — 73.1%
Dalam Pilihanraya Umum 2008, PAS telah memenangi kawasan Permatang Pasir ini dengan majoriti 5433 undi dan Barisan Nasional hanya berjaya memperolehi 33.6% dari keseluruhan undi yang sah dikira.

Memandangkan calon PAS dalam PRK kali ini bukan penyandang kerusi, mengikut perkiraan kami, undi majoriti kemenangan PAS sepatutnya merosot kepada 4633 undi sahaja, sekiranya faktor faktor lain tidak berubah. Angka undi majoriti 4633 ini boleh dijadikan tanda aras bagi menunjuk arus pengundian samaada menuju kearah Barisan Nasional atau sebaliknya kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil ini.

Untuk mengatasi tanda aras ini Barisan Nasional perlu melebihi 33.6% daripada keseluruhan undi yang sah dikira pada pilihanraya tahun 2008.

Dengan keputusan pengundian yang kini menunjukkan majoriti PAS hanya sejumlah 4551 undi sahaja, Barisan Nasional telah memperolehi 34.5% daripada keseluruhan undi yang sah dikira. Ini menunjukkan satu peningkatan, sekaligus membuktikan arus pengundian di Kawasan ini sedikit berubah kearah Barisan Nasional, sungguhpun dengan seorang calon yang hebat dipertikaikan.

Dengan keputusan yang dicapai di Manek Urai, ini merupakan tanda cukup kukuh bahawa sikap pengundi di Semenanjung Malaysia mulai berubah dan mulai kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional."" (ANALISIS DARI SATU BLOG)

Hakikat kemenangan milik PAS . Mengambil kira peratus undi umNO berbanding dulu dan peratus undi PAS dulu tanpa Faktor lain seperti keyakinan pengundi PAS yang merasakan tentu menang dan tak balik mengundi kerana hari bekerja seolah langsung tak diambil kira. Nampaknya pemimimpin umNO kali ini lebih rasional kerana mengakui kekalahan berbanding Manek Urai yang mereka anggap berjaya. Mahfuz mengulangi ungkapan Tun Mahathir " kalau satu pun tetap menang". Sememangnya gelanggang pilihanraya kecil adalah medan umNO kerana seluruh jentera dihalakan dengan sepenuhnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat antara yang dihalau SPR dalam kempen umNo kali ini!

Nampaknya pendokong umNO masih menggunakan sifir mudah dan bukan sifir politik bagi mengesahkan dan menyejukkan hati mereka. Pemimpin umNO telah mula tunduk, rupanya pencacai masih belum tahu bahawa pemimpin mereka pun dah tunduk malu. Inilah susahnya bila hidup dalam budaya mengampu... orang dah mula menangis kerana cerita sedih, dia masih nak ketawa kerana tengok orang bersedih yang disangka satu lawakkkkk!


MUNGKIN BUKTI SEMUA UPU MENOLAK UMNO MAMPU MENDIAMKAN MEREKA!

Peti undi PAS BN MAJORITI

Samagagah 1397 594 803

Pmtg Ara 1397 1075 322

Pmtg Pauh 875 354 521

Bkt.Indera Muda 1302 862 440

Kg Pelet 738 546 192

Kubang Semang 773 275 498

Tanah Liat 971 500 471

Cross Street 938 300 638

Pmtg Tengah 1225 555 570

Selasa, 25 Ogos 2009

Pemuda Umno pertama langgar peraturan SPR

Ditulis oleh Te@M I.T
TUESDAY, 25 AUGUST 2009 07:29


PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Sejak awal pagi hari mengundi lagi, Pemuda Umno-BN hari ini sebagai individu pemula yang melanggar peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR.
"BN-Umno lah yang memulakan bangsal panas dan kaunter semakan pemilih ni,
"Penyokong Umno juga dilaporkan memakai unifom rasmi parti BN yang membawa lambang Umno," jelas petugas Pakatan Rakyat, Zakaria Abd Rahman yang berada di UPU Cross Street.
Sepanjang pemantauan, wartawan TE@M IT mendapati terdapat 3 buah bangsal panas Umno di dirikan sekitar Bukit Indera Muda yang berhampiran pusat pembuangan undi di Sek. Keb. Bukit Indera Muda.
Malah tegahan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf yang melarang memasang logo, lambang dan bendera pada kenderaan... sama ada yang kecil ataupun besar, tidak



Selain dari melanggar peraturan membina bangsal panas mereka juga dilihat telah melanggar beberapa lagi peraturan yang ditetapkan SPR dengan memakai pakaian parti secara berunifom antaranya:

1. T-shirt Merah yang bertuliskan perkataan UMNO

2. T-shirt biru tua yang bertulis Kesatria Pemuda UMNO Malaysia

3. T-shirt Kuning yang bertulis Pemuda UMNO Kepala batas

4. T-shirt Merah jambu yang bertuliskan Puteri UMNO

Keempat-empat jenis pemakaian t-shirt ini membuktikan UMNO dan BN melanggar peraturan yang telah dicipta oleh mereka sendiri.
Apa yang jelas sekarang ini, BN-Umno lah yang mula-mula cuba melanggar keputusan SPR, namun tiada pula tindakan dari pihak berkuasa dikenakan kepada mereka. Ini menunjukkan seolah-olah SPR tidak menggunakan kuasa dengan sewajarnya.
Usaha suruhanjaya itu untuk mengawal perbuatan berkempen sebaik sahaja tempoh berkempen rasmi berakhir 12 tengah malam tadi dilihat gagal diuruskan sebaiknya.
Bukti-bukti ini akan didedahkan dari masa ke semasa untuk paparan umum.

MAJORITI LEBIH 65 UNDI SATU KEMENANGAN BESAR,KAMARUDDIN JAAFAR

PERMATANG PAUH, 25 Ogos: AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, berdasarkan serangan BN ke kawasan pengundian Permatang Pasir sekarang, menang dengan melebihi 65 undi majoriti sudah menang besar untuk PAS.65 undi adalah majoriti undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai. Ia dicapai selepas serangan bertubi-tubi BN dengan pelbagai cara."Jika PAS boleh menang lebih 65 undi, saya anggap dan isytiharkan ini satu kemenangan besar apatah lagi kalau menang dengan majoriti beribu-ribu," kata Kamarudin, AJK PAS Pusat.Kamarudin dihubungi ketika dalam perjalanan pulang dari Permatang Pasir ketika dihubungi petang ini.Sementara itu, pilihanraya kecil N.11 Dun Permatang Pasir berjalan dengan lancar walaupun terdapat kesesakan teruk di beberapa lokasi pusat pengundian.Lapan lokasi tersebut ialah Sekolah Rendah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang Semang,Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lay Keow, Pekan Permatang Pauh.Calon PAS, Mohd Salleh Man yang ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Sama Gagah berkata beliau yakin akan memenangi pilihan raya kecil kali ini walaupun terdapat usaha daripada Barisan Nasional dan Umno untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.Manakala calon daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman yang ditemui di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan(C)Lay Keow, Pekan Permatang Pauh berkata beliau juga pasti mahukan kemenangan berpihak kepadanya.Ronnie Liu, Exco kerajaan negeri Selangor yang ditemui berharap PAS akan memenangi pilihan raya kecil ini dengan majoriti yang lebih besar daripada keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu.Di perkarangan SJK(C)Lay Keow berlaku sedikit ketegangan apabila penyokong-penyokong daripada Barisan Nasional membawa bendera parti yang besar sehinggakan menimbulkan perasaan tidak puas hati penyokong PAS yang berada bertentangan apabila mereka dilarang berbuat demikian oleh pihak polis.Namun begitu tindakan segera SPR dan anggota polis yang bertugas berjaya meredakan keadaan.Manakala di hadapan SM Sama Gagah berlaku ketegangan yang teruk apabila kedua-dua penyokong yang berada bertentangan terpaksa berasak-asak dalam kawasan yang sempit sehingga menimbulkan kesesakan melalui Jalan Sama Gagah.Keadaan yang sama juga berlaku di SK Permatang Pauh dan SK Seri Penanti yang bertentangan antara satu sama lain.

PERTAHAN KEMENANGAN


Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas Mohammad Radzhi Salleh keluar dari Pakatan Rakyat tidak akan menjejaskan sokongan pengundi di Dun N11 Permatang Pasir kepada calon Pas Salleh Man Mat Aji.Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan berkenaan memperlihatkan dengan jelas berlakunya proses pembersihan ke atas Pakatan Rakyat untuk memastikan wakil rakyat yang ada ikhlas memperjuangkan masa depan rakyat.Katanya, Radzhi perlu melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas untuk membolehkan pengundi menentukan wakil rakyat mereka kerana beliau yakin pengundi masih memerlukan Adun dari Pakatan Rakyat.“Saya tidak nampak ia akan memberi kesan terhadap keputusan Adun Lunas isytihar keluar Pakatan Rakyatdan menjadi Adun bebas. Saya paling gembira kerana kita terlepas dari satu bebanan yang terpaksa ditanggung dengan Adun yang tidak mempunyai integriti seperti Rohaizat.“Tapi beliau harus ingat yang memberi undi adalah pengundi di Lunas. Oleh itu beliau harus ambil tanggungjawab kerana pengundi masih mahu wakil rakyat dari Pakatan Rakyat,” katanya.Menurutnya, Umno-BN menggunakan taktik yang sama dilakukan ke atas beberapa Adun di Perak yang bertindak keluar dari Pakatan Rakyat. Beliau yakin tiada wakil rakyat yang akan mengikuti jejak Radzhi.Mahfuz berkata, Umno-BN sebaliknya akan hilang kerusi di Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh apabila Adunnya gagal menghadiri sindang Dun.Dalam perkembangan lain beliau berkata, beliau kesal dengan tindakan calon Umno-BN Rohaizat Othaman dan pimpinan Umno khususnya Ketua Penerangannya Ahmad Maslan yang sehingga sekarang tidak membuat permohonan maaf kerana memfitnah dan mengkambing hitamkan rakan kongsinya Yusri Isahak.Menurutnya, Rohaizat juga gagal menjelaskan kes pecah amanah dan kes pembelian dan penjualan tanah melibatkan 16 pengundi di Dun Permatang Pasir yang masih belum selesai sehingga kini.Mahfuz turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Yusri diperalat Pas untuk tujuan politik.“Kita tidak pernah memperalat sesiapa, dia yang minta ruang dari kita untuk membersihkan nama baik dia, keluarga, isteri dan anak-anak,” katanya.Dalam sidang media yang sama, beliau enggan mendedahkan peratusan tsasaran undi yang bakal diperolehi Pas dalam pilihanraya esok bagi mengelakkan Umno-BN menggunakan maklumat yang ada untuk menyerang kubu yang telah dikenal pasti.“Sasaran saya cukup pada satu undi walaupun saya tahu berapa sebenarnya yang akan kami perolehi dan berapa yang akan diperoleh Rohaizat. Tapi kami hanya memerlukan satu undi,” katanya.

Sabtu, 22 Ogos 2009

PROGRAM MALAM RAMADHAN

Ahli jemaah sedang menjamu makanan yang disediakan.
Semoga mendapat keberkatan dari Allah.
Jamuan makan selepas Tazkirah. Kelihatan Pak Salleh
sedang rancak bercerita sambil diperhatikan oleh ahli jemaah lain.


Pak Salleh sedang memberi tazkirah kepada jemaah.
Walaupun uzur Pak Salleh tetap bersemangat untuk memberi Tazkirah
ditempat kami, semoga Allah memanjangkan umur Pak Salleh untuk terus
berdahwah demi untuk menjatuhkan UMNO dan BARISAN NASIONAL.
Malam pertama solat terawikh dan tazkirah di markas KDAS 3.
Tazkirah disampaikan oleh Pas Salleh iaitu Pencipta
Sajak dan pantun terkenal di Ipoh.

Jumaat, 21 Ogos 2009







ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. SAYA INGIN MENGUCAPKAN BERBANYAK RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA. KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT DI BULAN YG MULIA DAN PENUH KEBERKATAN INI. PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN DI MARKAS KDAS 3 AKAN DIJALANKAN SEPERTI BIASA. KEPADA PENYUMBANG UNTUK PROGRAM SEPANJANAG PROGRAM BOLEH SERAHKAN KEPADA AJK CAWANGAN. GAMBAR DIAATAS ADALAH SEKITAR CERAMAH DIAMBANG RAMADHAN YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MISBAHUL MUNIR IAITU SETIAUSAHA KEPADA MB PAKATAN RAKYAT PERAK.

Rabu, 19 Ogos 2009

JAMUAN KESYUKURAN











Gambar jamuan Makan Malam Pemuda Pas KDAS 3 bersama Pasukan bolasepak bawah 21 tahun dan Kelab Sukan & Rekreasi KDAS 3 di Gerai Tom Yam manjoi. Ini adalah jamuan kesyukuran kerana telah berjaya menyertai 3 pertandingan pada tahun ini iaitu tahun 2009. Semoga akan kekal bersama dan membuat perubahan dalam menentukan wadah perjuangan pada masa akan datang. Pemuda Harapan Bangsa.

KULIAH DI MARKAS




Untuk pengetahuan pembaca gambar diatas adalah Kuliah Maghrib yang disampai oleh penceramah jemputan yang diadakan di markad Pas KDAS 3 pada setiap bulan. Ada lebih 15 orang penceramah pada setiap bulan dan ini adalah satu daripada kuliah tersebut. Rayuan Sumbangan untuk penceramah boleh dimasukkan ke Akaun Bendahari pas Cawangan. No Akaun Maybank 158015137171. Segala sumbangan diucapkan terima kasih

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MARKAS







Gambar sekitar majlis gotong -royong di Markas Pas KDAS 3 pada hari Ahad 16/8/09 yang lalu. Jutaan Terima Kasih dan tahniah kepada yang hadir pada hari tersebut. Semoga Allah membalas apa yang anda lakukan.

Sabtu, 15 Ogos 2009

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN MARKAS PAS KDAS 3 PADA 16/8/2009. SEMUA AHLI DAN JEMAAH DIJEMPT HADIR BAGI MENYEMARAKKAN LAGI KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK. TERIMA KASIH. TAKBIR

HIMPUNAN PEMUDA




Himpunan Pemuda sempena kempen pembubaran DUN PERAK yang diadakan di Bagan Serai. Lebih 5000 Pemuda di setiap kawasan menyertai Program tersebut. Gambar sekitar Program.

Khamis, 13 Ogos 2009

solat hajat dan munajat serta ceramah kesihatan berkenaan H1N1 diadakan sebentar tadi di tapak letak kereta Pejabat Tanah si sungai Tapah. Lebih 200 org menghadiri ceramah tersebut. Turut serta dalam program tersebut ialah ustaz zulkarnain Ibrahim bekas calon Dun manjoi. Takbir

Ahad, 9 Ogos 2009




Pada 8/8/2009 pemuda pas bersama kelab sukan dan rekreasi telah menghantar satu pasukan bolasepak bawah 21 tahun menyertai pesta bola persatuan bolasepak ipoh. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain anak muda amat memberangsangkan. Walaubagaimana pun mereka tewas pada suku akhir melalui sepakan penalti 4-3. Tahniah diucapkan kepada pemain dan cuba lagi pada tahun hadapan.