Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 31 Oktober 2010

Piala Malaysia: Hadiah sempena 20 tahun Kerajaan PAS

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
 merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan yang
memenangi Piala Malaysia 2010 malam tadi.
Ustaz Hadi berkata, kemenangan itu merupakan hadiah kepada rakyat Kelantan
sempena 20 tahun pemerintahan Islam di negeri itu.
"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan
kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2010.
"Jadikanlah ia sebagai hadiah sempena perayaan 20 tahun Kelantan Membangun
Bersama Islam," tulis beliau di laman sosial facebooknya pagi tadi.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang telah
 menunjukkan permainan yang cemerlang dan semangat berpasukan  sepanjang
perlawanan berlangsung.
"Syabas untuk Negeri Sembilan yang bertungkus-lumus untuk mempertahankan
kejuaraan," katanya lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut mengucapkan
tahniah kepada The Red Warriors  berharap kemenangan itu turut dibawa ke Galas
 dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini.
"Tahniah kepada Kelantan juarai Piala Malaysia. Galas Piala Malaysia lepas ni Galas
 untuk PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Kemenangan Kelantan di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi menebus kehampaan
tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga
 Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali
pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali
sebagai Piala H.M.S Malaya.
Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan
penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.
Kelantan memperoleh gol penyamaan pada separuh masa kedua apabila hantaran
luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan ketua pasukan, Hairuddin Omar yang
 menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.
Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik
 Mohd Norfarhan Muhamad.
Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, menggembirakan sekurang-kurangnya
 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.
Turut mengucapkan tahniah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
"Tahniah daripada DPPP Kelantan bawa pulang trofi Piala Malaysia. Ia jadi hadiah
untuk pemerintahan Tok Guru Nik Aziz dan juga Sultan baru," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji
 akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan
 peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini.

Rabu, 27 Oktober 2010

Lawan PAS mainkan sentimen agama di Galas




GUA MUSANG, 27 Okt: Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari
 ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti
Islam itu dengan isu agama.


Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein 
memberikan amaran agar juru  kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu
 agama dan kaum dalam kempen mereka.



Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan
 sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan 
masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang
 Hishamudin dari dipermainkan.



Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang 
dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu 
wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".



Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP 
yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).

Komen PAS
Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi
 mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke
atas bahan kempen seumpama ini.


Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang
 tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.



"SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya 
(PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini.
 Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen 
sebegini," kata Nasir.



Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. 
Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik
 oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.



Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya
 tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa
 tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.



Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada 
bahan kempen tersebut. 



Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang 
nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.

Komen DAP
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan
 apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang
dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.



Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada 
etika dan tiada kelas langsung.



"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya.

Umno Bn "Kalah" Di Galas?



GUA MUSANG: Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah di N045 Galas dari segi sokongan moralnya apabila jumlah para penyokongnya jauh lebih kecil berbanding dengan sokongan terhadap PAS pada hari penamaan calonnya.


Tinjauan Buletin Skuad di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang mendapati ‘lautan manusia’ di pihak PAS berbanding dengan Umno-BN. (lihat foto)

Berikutan itu, berlaku sedikit ketegangan apabila calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad menghadapi kesukaran ke pusat penamaan calon kerana sekatan polis.

Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

Selitar jam 9.23 pagi, Dr Zulkefli Mohamad berjaya melepasi sekatan polis dan beliau diiringi oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi DAP Malaysia, Lim Kit Siang.

9.30 pagi, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan bagi menyerahkan boring pencalonannya kepada pihak Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jam 9.44 pagi, kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP serta membuat ucapan ringkas dihadapan para penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau menyarankan agar jenetera parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon PAS-PR pada 4 November ini.

Manakala, Pegawai Pengurus Pilihan Raya (SPR), Wan Mustafa Wan Abdul Hamid yang bertugas turut membuat pengumuman hanya dua calon yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN. Mereka adalah Dr Zulkifli Mohamad dari PAS dan Abdul Aziz Yusof (BN).

10.14 pagi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas ‘membakar’ semangat dan disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

‘Pelik bin Ajaib’ terdapat di kalangan penyokong PR bukan Islam seperti orang Cina dan India turut melaungkan ‘takbir, takbir, takbir!!’ menang PAS.

Sementara itu, di sebelah penyokong Umno-BN pula membalas dengan paluan gendang, nyanyian 
Arahan serta undang-undang SPR bahawa membuat ucapan politik dengan pembesar suara serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, tetapi paluan gendang daripada penyokong Umno-BN dibiarkan terus bergema.

Situasi bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong Umno-BN mula keletihan dan paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti.

Manakala, para penyokong PAS-PR terus bersemangat dengan laungan takbir dan berselawat bagi menyatakan kekuatan parti.

Dianggarkan oleh pihak risikan, polis, SB, wartawan dan pakar politik jumlah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat melebihi 20,000 orang berbanding dengan Umno-BN sekitar 2,000 hingga 3,000 orang sahaja.

Sebab itu, tepat jam 10.00 pagi kelihatan Ahli Parliem Gua Musang, yang juga Pengarah Pilihan Raya N.45 Galas, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Sabry Chik telah keluar dari kawasan Pusat Penamaan Calon tersebut.

Jam 11.00 pagi, pula kelihatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Utama, Dr Rais Yatim pula keluar.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. I

Sekitar jam 12.00 tengahari, Wan Mustafa (Pengurus Pilihan Raya) mengumumkan nama kedua-dua calon iaitu Dr Zulkifli Mohamad (PAS-PR) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun, terdapat satu bantahan namun ia ditolak oleh Wan Mustapha dan pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

Ahad, 24 Oktober 2010

PROGRAM LUJNAH KEBAJIKAN PAS TAMBUN BERSAMA CAWANGAN KDAS 3


Pada 24/10/2010 Lujnah Ekonomi Pas Kawasan Tambun Beserta Pas Cawangan telah menadakan satu program Kebajikan Untuk Kaum India Yang Berada di Kampung ini dan Kg Razak, Program yang bermula pada Jam 9 Pagi dihadiri oleh Ustaz Wan Ahmad Termizi selaku Pengarah MTD Manjoi dan Sdr Syed Pengerusi Lujnah Kebajikan Pas Tambun.  Semua sumbangan disampaikan oleh Ustaz Wan Dan Ketua Cawangan Ustaz Zaharuddin.
Program sebegini adalah merupakan Program berkala yang dilakukan oleh Pas Cawangan dari semasa kesemasa demi memenuhi tuntutan untuk berkhidmat kepada Masyarakat tidak mengira kaum Agama dan pahaman Politik.
Semoga segala Usaha akan mendapat Ganjaran dari Allah s.w.t. Ini juga adalah usaha untuk mendekatkan pengundi kepada Pakatan rakyat khusunya di DUN Manjoi. Marilah kita sama-sama menyokong Pakatan rakyat dan menolak UMNO dan Bn dalam PRU ke 13 Nanti. Allahuakbar.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Galas: Pengalaman lebih dua tahun beri kelebihan

GUA MUSANG, 22 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu adalah platfom baik buat PAS dalam menghadapi semula PRK itu 4 November nanti.

Menurutnya, kemenangan lalu itu memberikan kelebihan pada PAS untuk lebih mengenali masyarakat di kawasan itu dan tahu selok belok permasalahan mereka.

Kelebihan itu penting katanya, kerana PAS bukan saja berdepan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi juga berdepan dengan jentera Kerajaan Persekutuan.

“Tidak syak lagi mereka itu menggunakan jentera-jentera kerajaan.

“Oleh sebab itu kita terpaksa bekerja lebih kuat,” katanya kepada media selepas majlis perisytiharan calon malam tadi.
PAS meletakkan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon mereka.

Perisytiharan calon itu dibuat sempena ceramah sambutan 20 tahun Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Selain Mursyidul Am PAS, turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham dan kepimpinan Pakatan Rakyat lain.

“Umno sudah tidak ada kelebihan, berada pada peringkat bertahan dan itu faktor untuk Umno yang bersifat ‘basuh tangan’ terhadap kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan selama ini.

“Mengenai isu-isu yang  dibawa PAS pada PRK Galas, itu terpulang kepada ‘gendang yang dipalu’ Umno-BN, namun kita tidak terikat dengan gendang mereka,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa  tidak nampak pengundi di Dun Galas akan terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan Umno-BN.

“Bahkan isu yang ditonjolkan Umno BN  itu akan memberi kesan yang negatif kepada mereka sendiri, ini kerana mereka mengulangi kesilapan-kesilapan yang lama di samping mendepani masalah yang belum dapat diselesaikan,” katanya.

Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

abimAntaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

“Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.

azlan“Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas,” kata naib presiden Helwa, Fadhlina Siddiq dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam dan ia bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.

Dipesta-pestakan

“Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar,” katanya lagi.

NONEGabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) juga menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim yang didakwanya jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri. 

"GAMIS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

NONE"Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark.
"Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya" katanya.

Turut membidas penganjuran Festival Busana Muslim itu adalah Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak yang menyatakan ia tidak wajar dilaksanakan kerana unsur dan konsep fesyen Islam yang dianjurkan oleh Rosmah tidak diperhalusi setiap tindakan yang dibuat.
Nasihat mufti?

“Adakah pesta ini telah dirujuk atau mendapat nasihat daripada mufti-mufti atau penasihat agama?

“Persoalan yang timbul seterusnya pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini turut serta atau tidak dalam memastikan pesta yang dianjurkan ini benar-benar mengikut landasan yang digariskan oleh syarak,” kata presidennya Mohd Syahid Mohd Zaini.

Menurut beliau, pesta fesyen yang secara zahirnya yang dianggap nampak Islamik tetapi fesyen pakaian yang dikenakan oleh isteri perdana menteri tidak mengikut cara Islam semasa merasmikan IFF tersebut.

“Kami di peringkat mahasiswa menuntut penjelasan daripada isteri perdana menteri berkenaan perkara ini dan sehubungan itu pihak NGO Islam juga mesti selidik secara terperinci akan hal ini,” kata mmahasiswa Universiti Malaya itu.
NONETurut membidas tindakan Rosmah, selaku penaung festival busana itu adalah Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam).
Ilman: Jangan jadi 'syaitan bisu'
Dalam satu kenyataan, presidennya, Mohd Azizul Hisham Zulkifli berkata seluruh umat Islam perlu membantah dan mencela IFF ini dan tidak menjadi 'syaitan bisu'.

“Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam? 

“Ilman melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.,” katanya dalam satu kenyataan

Katanya, Ilman juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini. 

Semalam, dewan pemuda PAS pusat mengumumkan akan berhimpun secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara, hari ini selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan Rosmah didakwa menghina syariat Islamitu.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Selasa, 19 Oktober 2010

BAJET ROSMAH DAN BONUS KERAJAAN

Bonus untuk Kakitangan Kerajaan hanyalah saguhati sempena Pembukaan sekolah sahaja. Kemanakah Peruntukan ini dibelanjakan oleh Kerajaan malaysia yang dipimpin oleh Umno Dan Barisan Nasional. Bajet yang banyak menguntunhkan krono-kroni dikalangan mereka sahaja.

Dalam masa yang sama, fokus kerajaan juga terus tersasar di atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, umpamanya peruntukan untuk program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM100 juta untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Apa yang penting ialah bukannya jumlah angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan perkapita meningkat sebanyak 6.1% kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5%; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini! Inilah hakikatnya. Kita katakan bahawa kerajaan Umno BN lah sebenarnya yang menjadi “saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan” bahkan mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Projek-projek pelaburan juga dilihat gagal dalam melakukan anjakan terhadap taraf hidup rakyat luar bandar yang miskin dan memerlukan.

Kerajaan juga nampaknya tidak cuba belajar dari kesilapan lalu dengan mengimpikan projek pembangunan Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat beserta kemudahannya yang bakal menelan belanja asas RM5 billion, sedangkan projek koridor yang sepatutnya lebih memberi manafaat kepada rakyat hanyalah menerima secebis peruntukan sahaja. Contohnya peruntukan untuk East Coast Economic Region (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno BN.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Polis Trafik Oh Trafik

Pada 14 Oktober 2010 Tercatatlah Sejarah Di Manjoi apabila hampir 10 Pegawai Polis Trafik Raja Di Malaysia telah mengadakan satu program besar-besaran disini apabila mengadakan Sekatan Jalanraya Berhadapan Kedai Aun dedat dengan simpang ke Sekolah Manjoi. Banyak juga kot yang Masuk hari nie. Rasanya berpuluh-puluh saman atau ratus kot dikeluarkan pada pagi nie.. maklumlah orang disekitar Kampung Manjoi dah biasa melalui jalan tersebut tanpa ada sekatan Jalanraya hampir puluhan tahun..Agaknya ada Polis trafik lebih kot kat Ipoh pagi nie, tu yang datang Manjoi boleh juga nak tambah pendapatan Negara dengan menyaman Orang-orang Kat Manjoi. Nasib la sapa yang kena kan..
Ish..Ish.Ish..Apa la cerdiknya Polis nak buat Road Blok kat Manjoi nie kan.. Dah la bebanan harga barangan yang tinggi, terpaksa pulak nak kena bayar saman, nasib-nasib. Nape la Depa tak pegi buat Road Block Kat Pekan-pekan yang lebih sesuai di buat Road Block. Tapi heran yek, nape la depa semua nak buat kat Manjoi Juga.. Mesti ada sesuatu yang tak kena.. Tak Tahulah saya, sama-sama kita pikirkan. Mungkin esok ada lagi kot. Entah la Yop dan yong sekalian.. harap-harap tak ada dah lepas nie... Menyusahkan orang je Polis Nie. Nak habiskan Surat saman kot? Maklumlah dah nak hujung bulan la katakan. Sabar aje la Penduduk-penduduk Manjoi yang kena saman. Semoga Allah meringankan bebanan yang kita alami hari nie.. Wassalam..

Khamis, 14 Oktober 2010

Ucapan Nizar Majlis Makan Malam & Dailog Part 2.wmv

Ucapan Nizar Makan Malam & Dailong 8 Okt Part 1.wmv

KERJA KERAS PASTIKAN GALAS MENANG: NIZAR


http://buletinonline.net/images/stories/berita35/nizar.jpg 
Pakatan Rakyat (PR) akan bekerja keras dalam memastikan kemenangan calon pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November nanti. 

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemenangan akan dipastikan milik calon yang dipilih PR kerana di kawasan itu terdapat lebih 20 peratus pengundi Cina selain 11 peratus Orang Asli. 

“Hasrat ini dijangka tercapai kerana kita tidak gentar dengan calon yang bakal diletakkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Galas nanti. 

“Saya menyatakan sedemikian kerana kemenangan di Sibu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 Mei lalu memang di luar jangkaan dan menunjukkan penduduk di situ sudah muak dengan politik BN," katanya. 

Sehubungan itu katanya, tidak mustahil penduduk di kawasan Galas boleh terus mengekalkan kerusi milik Pas daripada jatuh ke tangan BN walaupun pelbagai agenda politik bakal dimainkan sepanjang kempen pilihan raya akan datang. 

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan sesi dialog sempena dana pilihan raya di Hotel Permai, Kuala Terengganu. 

Sementara itu, Nizar berkata, desas-desus menyatakan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi calon di Galas hanya tawaran daripada pucuk pimpinan UMNO, namun belum ada kata putus. 

“Kemungkinan beliau (Ku Li) akan menolak tawaran itu dan perkara ini telah pun dinyatakan dalam Parlimen oleh beliau sendiri. 

“Sekarang, PR menunggu siapa calon yang bakal diletakkan oleh BN di sana dan kita yakin tidak memberi masalah kepada jentera PR untuk meyakinkan penduduk di kawasan itu," katanya. 

Apa yang penting katanya, setiap calon yang dipilih PR akan disokong dan cuba membantu sedaya upaya agar kemenangan terus berpihak kepada calon mereka. 

“Hasrat ini penting bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR bukanlah satu parti yang mensia-siakan rakyat, tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum di Malaysia,” katanya - SinarHarian


Fikir Untuk Memilih Pemimpin


Pemimpin Harus Rampas Harta Rakyat Menurut Islam ?
Setiap individu Islam yang beraqal waras dan sihat wajib memikir dengan bersungguh untuk mengenali pimpinan mereka dan juga setiap bakal pemimpin. Wajib juga mereka membuat segala usaha termampu untuk mengetahui sikap, kecenderungan, track record dan kekuatan para pemimpin yang INGIN dipilih khususnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan perlantikan melalui proses pilihanraya, atau juga melalui proses perlantikan khusus.
Ada yang mengajukan pertanyaan kepada saya sama ada di dalam Islam seorang pemimpin boleh mengambil hak milik individu seseorang sama ada hak kebebasannya, hak hartanya atau lainnya. Benarkah jawapannya adalah HARUS ? dan adakah asas di dalam Islam yang membenarkannya?.
SEJARAH PANDUAN
Khalifah Umar al-Khattab pernah menunaikan umrah ada bulan Rejab tahun 17 Hijrah. Masjid al-haram di zaman Nabi s.a.w dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq tidak mempunyai sebarang pagar yang mengelilingi masjid, yang ada hanya ruang halaman untuk tawaf. Namun apabila bilangan umat Islam bertambah, halaman yang dahulunya selesa sudah menjadi sempit sehingga boleh memudaratkan para tetamu Allah.
Keadaan ini menyebabkan Umar r.a berfikir untuk memperluaskan halaman tawaf. Untuk tujuan tersebut Umar r.a membeli beberapa buah rumah di sekitar masjid, seterusnya diruntuhkan dan ditukar menjadi ruang halaman tawaf. Namun demikian, beberapa pemilik rumah di sekitar Masjid Al-Haram  enggan menjualkan rumah mereka kepada kerajaan, walaupun telah ditawarkan dengan harga yang munasabah lagi adil.
Akhirnya, Khalifah umar mengambil keputusan merampas dan meruntuhkan rumah-rumah tersebut dan meletakkan bayaran pampasan yang adil dan mencukupi di Baitul Mal bagi diambil kemudiannya oleh pemilik-pemilik rumah. Ia diletakkan di Baitul Mal kerana pemilik rumah berdegil enggan berurusan. Akhirnya, mereka pergi juga mengambil wang pampasan mereka.
Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika khalifah Umar r.a inigin memperbesarkan masjid Nabawi. [1]Khalifah Uthman r.a turut melakukan hal yang sama ketika masjidil haram memerlukan lagi pembesaran dan turut berhadapan dengan beberapa pemilik rumah yang enggan, lalu dirampas dan diberikan pampasan yang adil dan sesuai.
Memang benar, semua tindakan ini jelas harus di dalam Islam, ia merupakan sebuah kuasa khusus diiktiraf oleh hukum Islam, khusus diberikan kepada sang pemimpin yang amanah mendahulukan keutamaan awam. Namun demikian, tentunya ia bersyarat, antara syaratnya seperti :-
1)      Mestilah dilakukan permohonan kepada pemilik terlebih dahulu.
2)      Rayuan dan rundingan bersama  pemilik.
3)      Memberikan harga pampasan yang adil lagi saksama.
4)      Rampasan benar-benar dilakukan HANYA untuk tujuan dan maslahat umum, tiada kaitan dengan pula dengan keuntungan peribadi sang pemimpin. Tidak juga memberikan sebarang keuntungan kewangan peribadi kepada pemimpin.
Tatkala syarat ini dipenuhi, rampasan dan pencerobohan hak individu dianggap harus dan tergolong di dalam kaedah Fiqh yang menegaskan :-
يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
Ertinya :"Kemudaratan yang bersifat khusus (kepada individu) terpaksa ditanggung demi menolak kemudaratan umum"
SEBAB ITULAH ....
Memang benar, keredhaan menjadi antara syarat utama dalam sebuah proses jual beli biasa, namun demikian sebuah paksaan boleh dijatuh dan ditentukan oleh SANG PEMIMPIN demi menjaga kebaikan umum, Peruntukan kuasa yang diijktiraf oleh islam ini menjadikan pemilihan dan perlantikan seseorang pemimpin menjadi amat penting buat setiap individu masyaratkat.
Ini kerana di dalam sistem pilihanraya berparlimen, rakyat patut faham, tiada siapa yang boleh melepaskan diri dari tanggungjawab memilih yang terbaik kerana kelak, pimpinan yang naik itu punyai peruntukan untuk merampas hak milik individunya HANYA DENGAN alasan kepnetingan dan kemaslahatan awam yang DITENTU DAN DINILAIKAN SENDIRI oleh pemimpin tersebut. Jika korup dan buruk iman pimpinan itu, buruklah pula penilaian ‘kepentingan awamnya'.
MALANGLAH...
Justeru itu, amat malanglah jika seorang pemimpin buruk budi pekerti terpilih lalu kelak nanti mereka akan menggunakan kuasa yang diiktiraf Islam ini, BUKAN LAGI atas penilaian yang adil dan saksama serta kepentingan umum yang disyaratkan Islam, tetapi diubah dan dihalalkan bagi menjayakan nafsu dan kepentingan peribadinya. Kepentingan peribadinya dianggap kepentingan umum. Tatkala itu, siapa yang ingin dipersalah?
Atas kefahaman ini, TIDAK BOLEH seorang pengundi yang waras AQALNYA, lagi mampu tubuhnya melarikan diri dari tanggungjawab mengundi, mengasingkan diri dari pemilihan dan tidak memberikan pandangan dalam perlantikan pengundian dan lainnya.
Jika masih malas dan berdegil tunggulah nanti hak peribadi di rampas atas nama kepentingan umum yang palsu. Tatkala itu, menyesal sudah tidak lagi beerti. Fikirkanlah sebaik dan sewarasnya.(Dipetik dari zaharuddin.net)
 Sekian
 Zaharuddin Abd Rahman