Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 29 Ogos 2010

MALAM KE 16 TAZKIRAH

Malam ke enambelas diteruskan dengan program Tazkirah lepas Solat Tarawikh yang dipimpin Oleh Ust Zaharuddin sendiri.

TAZKIRAH MALAM KE 15

Disampaikan oleh ustaz Ustaz Hafis Sabree iaitu exco Pemuda Pas Perak merangkap pegawai khas kepada Pesuruhjaya Pas Perak. Menceritakan tentang perkara-perkara penting yang berlaku dalam Bulan Ramadhan ini. Antara perkara yang berlaku dalam bulan ini ialah Turunnya Al-Quran, Peperangan Badar, Perjanjian Hudaibiyah dan persiapan peperangan Tabuq. Beliau mengingatkan kepada semua Jemaah supaya dibulan Ramadhan ini agar dapat meningkatkan semangat juang dalam menghadapi ancaman dari Yahudi dan golongan Munafik yang menghentam Islam serata pelusuk dunia. Semoga memberi semangat kepada setiap jemaah.

TAZKIRAH RAMADHAN MALAM KE14

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Lokman yang banyak mengkisahkan berkenaan balasan bagi mereka yang tidak mahu mengikut apa yang terkandung didalam Alquran. Banyak contoh-contoh yang diberi yang mana menyamai binatang bagi orang yang tAhu Hukum Agama tetapi tidak melaksanakannya.

Rabu, 25 Ogos 2010

MALAM KETIGA BELAS RAMADHAN

Tazkirah disampaikan oleh Ketua Cawangan Iaitu Ustaz Zaharuddin. Menceritakan antara hikmah-hikmah puasa yang dipetik dari Kitab Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Ust Ismail kamus. Antara isi kandungannya ialah:
1) Amalan puasa melahirkan jiwa Insan yang taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
2) dari segi kesihatan perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
3) Terdapat lailatul  Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah.
Inilah antara pengisian yang dapat kita sama-sama ambil pengetahuan daripadanya.

TAZKIRAH MALAM KE DUA BELAS

Tazkirah pada malam ini disampaikan oleh Ust Zaki tetapi tak dapat ambil gambar kerana saya berada di luar kawasan pada malam tersebut. Banyak kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang diceritakkan pada malam tersebut. Ini mengikut cerita sahabat yang ada pada masa Kuliah

Ahad, 22 Ogos 2010

UMNO YANG POLITIKKAN MASJID

            
Pada 20/8/2010 sesuatu perkara yang tak sepatutnya berlaku telahpun berlaku di KDAS 3 nie apabila kain Banner yang dipasang oleh Pas Cawangan tiba-tiba tercabut satu bahagian sedangkan pada petang itu tak ada hujan atau ribut disini. saya agak terkejut bila pulang dari tempat kerja apabila melihat kejadian ini berlaku tanpa mengsyaki apa-apa dan beranggapan bahawa tercabut sendiri. Waktu tu jam 5.30 petang. Saya terus pulang kerumah dan berehat sebelum keluar pada jam 6.00 untuk kerumah emak. Jiran sebelah rumah emak telah memberitahu bahawa Pemuda UmNo ada buat program kat masjid. Saya saja ronda kemasjid dan melihat begitu ramai Pemuda Umno bahagian la kot yang hadir.

Lepas dari itu baru lah saya terfikir berkenaan dengan Banner yang terjatuh td mungkin Banner itu takut kehadiran ramai pimpinan pemuda UMno sehingga dia menjatuhkan dirinya sendiri sebagai tanda hormat. Kebetulan tempat Banner itu jaraknya 50 meter dari masjid dan itu adalah laluan utama untuk kemasjid. Itu satu persoalan lah...

Yang menjadi tanda tanya disini adakah puak-puak UMnO nie tak tahu atau buat tak tahu dengan Titah Ucapan Seri Paduka Sultan Perak supaya jangan Politikkan Masjid. Terang-terang gunakan masjid untuk aktiviti Umno itu sendiri. Bila kita nak guna untuk Tazkirah pun tak boleh katanya kerana ini akan mempolitikkan masjid tetapi hakikatnya merekalah yang terang-terang politikkan masjid. Sedangkan kalau Tazkirah tak ada pun nak sebut nama Pas dalam isi kandungan Tazkirah tersebut, tapi bila dengar perkataan Tazkirah mereka akan kata ini Politik. Ish..Ish...Ish..janggal sungguh pemikiran mereka.

Adakah Pengerusi masjid tak tahu yang ini adalah program Parti politik, dengan jelas Banner yang kita nampak menyebut nama UMno. Banner Umno ini pun diletakkan sekitar 6.15 dan dibuka lepas solat Isyak, nyarisla petugas pemuda yang cekap sempat juga ambil gambar nie sebagai bukti yang memang Umno yang suka Politikkan Institusi masjid bukannya Pas. jarang kita dengar beri sumbangan pada bulan Ramadhan nie kepada org muda, biasanya kepada Fakir miskin dan Ibu tunggal atau anak-anak yatim, apa tujuan tak tahu la... sama-sama la kita pikirkan.

Semoga dengan pendedahan ini akan terbuka minda Pengundi-pengundi UPU Sg Kati untuk berfikir dan membuat pertimbangan siapa yang Mempolitikkan masjid. Marilah kita sama-sama membuat perubahan untuk menolak Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti Insyaallah.

MALAM KESEBELAS RAMADHAN

Tazkirah malam kesebelas disampaikan oleh Pas Salleh HMS yang berdakwah menggunakan Puisi, sajak dan pantun. Walau sudah agak berumur tetapi masih tetap nak meneruskan tugas-tugas dakwah kepada masyarakat. Demi untuk menghancurkan kezaliman yang ada di Malaysia yang didalangi oleh Pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Jumaat, 20 Ogos 2010

ANTARA BENTUK PENYELEWANGAN FELDA

                         
1) Bekalan baja Keiserite tidak mematuhi specifikasi.
2) Penyelewangan pemberian Tolerable Variance Weight bekalan baja Helmas dan Kemira.
3) Syarikat pembekal baja (Helms) tidak ikut syarat bayaran.
4) Pembelian estet di Sabah seluas 20,000 hektar.
5) Pelaburan dan pembelian bon berjumlah RM 17 juta yang tidah mendapat kelulusan.
6) Kegagalan kontrak pertanian am Felcra Jemoreng Sarawak bernilai RM 14.8 juta.
7) Penyelewangan di Special business Unit (SBU) Felcra Bhd.
8) Penyelewangan di Koperasi Peserta-peserta Felcra Berhad.
9) Penyelewangan keatas pembelian Syarikat Hose and Hose berjumlah RM4.5 juta.
10) Penubuhan kelab Golf Felcra Berhad menjadi alat melobi.
11) Dokumen-dokumen palsu bagi kerja-kerja pertanioan am adi Sabah.
12) Penyelewangan di dalam pembelian syarikat di bawah tanggungan atau muflis iaitu Atlantik Rank (M)     Sdn. Bhd.
13) Penyelewangan dan salah guna lembu ternakan anak syarikat Felcra Agro Industri Sdn Bhd.
14) Salah urus pengambilan tenaga kerja asing hingga menjejaskan produktiviti.
15) Penyelewangan dan penipuan di dalam perancangandari perlaksanaan projek pembangunan Pulau Banggi, Sabah.
16) Penyelewengan keatas penyewaan tanah Jalan Semarak Kuala Lumpur.
17) Penyelewangan keatas pembelian kilang padi "Satu Cita Sdn Bhd".
18) Keraguan projek mengemukakan lembu Bio Valley Seberang Perak dengan peruntukan RM 18 juta.
19) Keraguan perancangan projek ternakan lembu berskala besar di 17 kandang milik Felcra seluruh negara membabitkan anggaran kos ratusan juta.
20) Kegagalan Felcra Bhd menguruskan tanah peserta Felcra Gugusan Kledang Sayong Kuala Kangsar.
21) Rampasan tanah peserta Felcra Kg Perlis Bagan Serai berjumlah 300 ekar.
22) Penyelewangan pembangunan ladang dan penipuan agihan terhadap peserta Felcra Sekijang Segamat.

Sumber dari Harakah.

Marilah kita sama-sama fikirkan perkara diatas, semoga mendapat petunjuk untuk merubah Kerajaan Pasa PRU 13 nanti.

KESILAPAN BULAN DI RAMADHAN

► Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam) Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur ia dilarang untuk makan dan minum atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

► Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

► Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

► Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang.

► Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

► Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

► Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah ketika berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

► Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
dipetik daripada zaharuddin.net

Khamis, 19 Ogos 2010

MALAM KE SEMBILAN RAMADHAN

Sekali lagi Tazkirah Ramadhan di Markas Kdas 3 diteruskan dengan jayanya dengan penceramah jemputan Ustaz Zarin dari Bukit Gantang yang telah datang pada minggu lepas. Sesungguhnya Tazkirah amat berguna untuk umat Islam bagi memperbaiki setiap amalan dan Ibadat yang dilakukan demi untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t.
Ini adalah kerana setiap Ibadat yang hendak dilakukan mestilah mempunyai Ilmu mengenainya, jika tidak ia akan menjadi sia-sia bahkan boleh menyebabkan kita berdosa. Marilah kita bersama-sama menghadiri Majlis-majlis ilmu terutamanya dalam bulan Puasa ini kerana ganjarannya adalah bergana.
Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang di Rezekikan oleh Allah kepada kita sama ada tanah, rumah, harta, anak-pinak dan sebagainya kerana ini semua adalah pemberian Allah dan bukannya pemberian dari UMNO dan Barisan Nasional. Siapa yang menyatakan semua ini pemberian Umno dan Barisan Nasional maka rosaklah iman mereka.

Rabu, 18 Ogos 2010

MALAM KE 8 RAMADHAN



Tazkirah malam kelapan Ramadhan disampaikan oleh Af Ustaz Hambali Kasim iaitu boleh digolongkan Ustaz Otai (Lama) dalam mendidik masyarakat terutamanya permasalahan bab Fekah. Walau agak sedikit keuzuran tetapi beliau tetap bersemangat untuk menyampaikan Ilmu agamanya kepada sidang Jemaah.
Beliau menekankan masalah untuk meningkatkan amalan di Bulan Ramadhan ini dengan menghadirkan diri untuk Solat Jemaah dan Berbuka puasa secara berjemaah. Beliau juga menyeru Jemaah semua agar sentiasa mengamalkan ajaran Islam dan buat apa yang disuruh oleh Allah s.w.t. Walaupun hujan lebat malam itu tetapi kehadiran jemaah adalah seperti biasa memenuhi ruang solat Markas ini.
Bila melihat Ustaz ini teringat ana berkenaan satu cerita mengenai Tazkirah Ramadhan dalam tiga empat tahun dahulu. Pada mulanya kami berjumpa dengan beberapa AJK Masjid dan mereka bersetuju untuk memberikan ruang kepada Ustaz untuk bertazkirah tetapi malang disaat akhir iaitu apabila lagi 2 minit azan Isyak, dikala kami semua sudah masuk ke paerkarangan Masjid dan Ustaz pun sudah sampai, dengan selamba AJK masjid berkata Tazkirah tidak dapat dijalankan kerana ada sebab-sebab yang tertentu.
Biasala itu kan alasan semata2. Sepertimana yang kita semua sedia maklum sekarang, masih ramai lagi Umat ISlam dan ahli Agama sendiri tidak berapa setuju dengan Tazkirah, sedangkan Ini adalah pennting dan sebahagian daripada ajaran islam. Atas sebab di reject oleh AJK masjid, kami terus membawa ustaz terus ke Markas untuk memberikan Tazkirah. Itulah jika Masjid diurus oleh yang bukan Ahlinya kita lihat sendiri kehancuran didalamnya. Dan tujuan menghalang Tazkirah ini memang kerja jahat UMNO yang gunakan Institusi Agama Untuk menyekatnya. Apa la hapraknya UNMO nie. Memang akan membuatkan orang ramai akan berubah untuk menyokong Islam yang dibawa oleh PAS jika Tazkirah diadakan jadi langkah selamat bagi Pimpinan Umno ialah menghalang Tazkirah diadakan.
Nampak tak kita semua bahawa UMNO lah yang merosakkan sistem pentadbiran dinegara Malaysia yang kita cintai ini . Marilah kita bersama menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya yang akan datang.

Selasa, 17 Ogos 2010

MALAM KE 7 RAMADHAN


Malam ketujuh Ramadhan diimarahkan lagi dengan kedatangan Ustaz Zarin dari bukit Gantang yang banyak membicarakan perkara keutamaan dalam Agama dan jangan kita membuat perkara yang tidak ada dalam agama sehingga meninggalkan perkara yang tersangat penting seperti mengikut Islam seluruhnya serta mengikut Hukum Islam. Umat Islam hari ini banyak mengikut perkara yang di buat oleh nenek moyang mereka yang mereka mengangapkan perkara itu Ibadat tetapi mereka terlupa yang mereka lakukan itu hanyalah adat semata-mata.
Sehingga berlaku pertelingkahan diantara umat Islam berkenaan masalah Furuk' atau cabang dalam agama, contohnya Masalah Tahlil, Tarawikh Talkin dan sebagainya. Walaupun perkara ini telah lama diputuskan oleh Alim Ulama tersohor dunia tetapi kita masih membincangkan perkara ini sehingga kita terlupa untuk membincangkan perkara asas dalam agama. Adakah kita beranggapan bahawa kita lebih alim dari Ulama-ulama yang diiktiraf tetapi ia menjadi sebaliknya.
Kerana salah paham dalam agama ini, ramai masyarakat di Malaysia khasnya tidak boleh menerima politik islam yang dibawa oleh Parti Islam (PAS) sehingga ada yang beranggapan bahawa Pas adalah ajaran sesat dan berbagai tuduhan lain yang dilemparkan kepada Pimpinan PAS. Dan yang sepatutnya di tentang Politik UMNO yang berpandukan kepada Kebangsaan dan Melayu semata-mata tanpa mengira halal dan haram dalam menentukan Dasar negara. Sedangkan apa yang kita sedia maklum bahawa Agama dan Islam tidak boleh dipisahkan demi untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan umat sejagat.
Banyak peringatan dan bala dari Allah yang terhidang didepan mata kita, contohnya kes pembuangan bayi, banjir kilat, kemerosotan ekonomi dan peningkatan kadar jenayah yang begitu dasyat dalam masyarakat kita ini. Marilah kita sama-sama menghisab diri untuk membuat perubahan dalam Bulan Ramadhan ini kerana ini masa yang terbaik untuk kita membuat perubahan. marilah kita menyokong Parti Yang berlandaskan kepada Islam dan Marilah kita menolak Parti yang Kebangsaan ini. Semoga kita mendapat taufiq dan Hidayah kepada kita semua. Tolak, tolak, tolak UMNO.

coretan merdeka bodoh...




ketika gemersik kicauan burung bernyanyi sayu,
bagai memberitahu alam suatu berita duka,
melayari hari-hari bebas manusia,
apa yang jadi perhitungan,
meraikan sebuah kemenangan yang sudah lama terbuku dalam kotak minda,
kemenangan yang mengundang sia-sia,

kita mencapai sebuah pengakhiran,
saat mata dunia tidak lagi sedar,
tarian tubuh membatasi nurani,
naluri tidak lagi dapat memujukkan hati,
saat itu tiada lagi ruang,
pandangan mulai kabur,
nurani mulai sempit,

kebebasan yang dicari memakan diri,
apa guna sejarah?
sedang ia buat kita alpa,
pandangan tidak buta hanya melihat manusia semakin gila,
di luar penuh noda dan dosa,
seolah sakit itu tiada penawarnya,

aku benci memandang jijik kotor diri,
dihiasi oleh manusia durja,
penuh titik hitam yang membawa manusia bersama,
apa ada dalam kepala mereka,
perlumbaan kebiadaan seolah perkara biasa,
natijah tidak pernah di ambil kisah,
hanya mahu hidup kaya, korban sebuah kesucian cinta,

hei kamu! apa kamu buta?,
bumi sudah hampir melampiaskan kebencian,
tunggu masa mengusir isi alam,
namun itu tidak menjadi alasan,
untuk penakhluk kejam mengabdikan sisa,
membawa setiap dosa agar tidak tinggal cebis,
mahu sahaja dikaup penuh sarakah,
itu dia orang bodoh, yang buruk dan laknat itu pencarian utama,

lahirlah pandangan nurani tulus,
lahirlah keinsafan memandang pencipta,
jangan kamu kufur segala nikmat,
carilah ia dimana,
fahamilah ia selagi terbuka pintu syurga,
ego tidak dapat berbuat apa-apa,
ilmu dunia tidak terus bertakhta,
sampai ketika matahari lupa tempat munculnya,
saat itu tiada guna menangisi,
biarpun darah dan nanah tumpah ke bumi,

baru sedar bahawa pencipta itu ada,
baru sedar diri siapa,
bumi mula tersenyum puas,
dendam sudah terbalas,
yang sedar bahawa tidak pernah akan pernah dapat menakhluki dunia,
saat itu tidak berguna,
buat manusia yang gila dan buta...

Isnin, 16 Ogos 2010

TAZKIRAH MALAM KE ENAM



Malam keenam di Markas KDAS 3 diteruskan dengan aktiviti biasa iaitu Solat Tarawikh dan Tazkirah Ramadhan. Malam nie Ustaz jemputan adalah daripada Taman Meru 2B Iaitu Ustaz Firdaus. Tazkirah yang baik disampaikan iaitumengkaitkan Fadhilat atau kelebihan puasa dengan Sains. Kebetulan beliau ialah seorang Graduan yang mengambil bidang Kejururawatan. Banyak contoh contoh yang telah diberikan berkenaan puasa dan sains. Tazkirah yang berakhir jam 10.35 Malam diikuti dengan Jamuan More oleh jemaah. Dan selepas itu Tadarus Al-Quran pulak dijalankan. Semoga akan lebih bertambah keimanan dan mendapatkan Taqwa di hujung Puasa nanti. Insyaallah.

Ahad, 15 Ogos 2010

BANTUAN BULAN RAMADHAN

Pada 15 Ogos bersamaan 5 Ramadhan Pas Cawangan KDAS 3 dan Sungai kati telah menyampaikan bantuan yang mana mereka yang tidak hadir pada program Malam 14 Ogos yang diadakan di Jalan Orkid. Atas dasar keadilan untuk semua, pas cawangan telah mengambil anisiatif untuk menghantar bantuan tersebut kerumah-rumah mereka yang tidak hadir pada program tersebut.

Program yang bermula jam 9.30 pagi itu berakhir jam 12.00 T/hari. Seramai 6 orang Muslimin dan 1 muslimat telah menyertai rombongan tersebut. Pergi kesetiap rumah dan mereka menyatakan setinggi penghargaan terhadap rombongan kami. Kami juga bertanyakan khabar kepada mereka demi untuk merapatkan lagi hubungan ukhuwah sesama Islam. Ini adalah sebahagian saranan daripada Pas kawasan supaya mendekati masyarakat bukan hanya masa Pilihanraya tetapi pada setiap masa. Semoga segala sumbangan yang tidak seberapa ini dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh Penerima-penerima bantuan semua.

Rupa-rupanya masih ada lagi penduduk di kawasan ini yang berada di tahap miskin tegar dan perlukan bantuan dari kita semua. kepada sesiapa yang ingin membuat sebarang sumbangan bolehlah berhubung dengan Pas Cawangan ini dengan alamat emel paskdas3@yahoo.com atau melalui talian bendahari cawangan 019-5753026. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna kepada semua mereka yang memerlukan bantuan tersebut. Disini kami ingin mengucapkan Selamat Manjalani Ibadah Puasa dan semoga mendapat Taqwa diakhir puasa nanti.

TAZKIRAH MALAM KELIMA



Pada malam kelima Ramadhan tazkiraj di Markas pas KDAS 3 seperti biasa diteruskan dengan penceramah jemputan dan malam nie penceramah ialah Ust Sabran yang didatangkan khas dari Kuala Kangsar. Beliau menyampaikan Tzkirah sekitar 30 minit dan menerangkan antara perkara-perkara sunat yang mesti dilakukan oleh jemaah terutamanya di bulan Ramadhan nie.

Para hadirin juga nampaknya menumpukan penuh minat Tazkirah yang disampaikan oleh Uztaz. Semoga kehadiran jemaah adalah tidak berkurang di akhir-akhir Ramadhan nanti. semoga mendapat takwa diakhir Ramadhan nanti Insyaallah.

IFTAR RAMADHAN UPU SG KATI


Pada 14 Ogos 2010 Program Iftar Ramadhan telah diadakan di Cawangan ini yang bertempat di Jalan Orkid. Dalam Majlis ini sebanyak 40 bantuan Fakir Miskin telah disediakan oleh Pihak Pas Kawasan Tambun untuk diagihkan kepada Penduduk sekitar KDAS 3, KDAS 1, Dan Sunga kati.
Juadah berbuka puasa juga turut disediakan. Antara Pimpinan Kawasan Yang hadir pada Program tersebut ialah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi yang merupakn Ketua Urusan Ulamak Tambun dan YDP Tambun sendiri iaitu Dr Khairuddin Bin Dato Abdul Malek.

Oleh kerana YDP hadir agak lewat kerana ada urusan tak dapat dielakkan, Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ustaz Wan sendiri. Sebelum majlis bermula bacaan Tahlil dan doa selamat telah disempurnakan oleh Ustaz wan. Selapas Penyampaian Bantuan, sedikit Tazkirah disampaikan oleh Ustaz bagi memenuhkan ruang waktu sementara menunggu waktu berbuka. Solat Maghrib berjemaah turut diadakan di perkarangan Rumah yang disediakan khemah sebagai tempat solat.

Setelah selesai solat Maghrib majlis diteruskan dengan Tazkirah Ringkas atau Amanat yang disampaikan oleh YDP Dr Khairuddin. Penekanan yang diberikan dalam Tazkirah Tersebut ialah persoalan Taqwa yang mesti dicari oleh setiap Umat Islam. YDP juga telah mengajak semua hadirin supaya bersama-sama duduk dalam Jemaah islam iaitu Pas bagi menegakkan Islam didalam muka bumi ini. Tazkirah disampaikan dalam lingkungan 20 minit sebelum majlis bersurai dan Solat Tarawikh diadakan di Markaz KDAS 3.

Ini ialah sebahagian tanggugjawab yang dipertanggungkan kepada Jemaah Islam iaitu membantu siapa saja didalam kesusahan bagi meringankan beban mereka. Dikala kita Parti Pas tidak memerintah boleh melakukan perkara yang sedemikian, bayangkan dikala kita memerintah sudah barang tentu lebih lagi sumbangan dapat kita berikan kepada masyarakat setempat. Pemberian yang diberikan adalah merupakan Aktiviti tahunan yang dilakukan oleh Pas Kawasan dan Cawangan-cawangan. Diharap lebih lagi sumbangan diterima dari ahli dan penyokong pas supaya akan dapat menyumbangkan lebih banyak lagi bantuan kepada mereka yang memerlukan. marilah kita sama-sama merebut peluang di Bulan Ramadhan ini bagi membuat amalan sebanyaknya.

tazkirah ramadan

selain daripada ganjaran yang di berikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yg berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. terdapat jugak beberapa pengisian dan kelebihan yang kadangkala kita nampak atau pernah lakukan atau juga pernah kita abaikan. tazkirah tersebut mengetengahkan 3 perkara secara kasar yang menjadikan 30 hari berpuasa sebagai sebagai waktu yang cukup baik bagi mengenal diri kita dan melatih diri daripada menjadi hamba yang mendapat tempat disisi ALLAH S.W.T. antara 3 perkara tersebut ialah dalam bulan Ramadhan adalah merupaka kelebihan bagi seseorang untuk mencongak atau kata lain muhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan hari, bulan dan tahun sebelumnya.  selain daripada itu, yang kedua pada bulan Ramadhan adalah bulan memantapkan ilmu dengan bacaan Al-Quran, sembahyang sunat, tazkirah dan sebagainya, ini kerana pada bulan ramadhan adalah masa yang sesuai utk semua manusia yang berpuasa tidak menyibukkan diri dengan hal-hal dunia seperti sibuk dengan perkerjaan, namun jika pada bulan puasa ini manusia cuba mengaut keuntungan yang lebih dari biasa atau pekerjaan yang diluar daripada kebiasaan maka dia bukanlah antara golongan yang mahu mendapatkan kelibihan yang dijanjikan Allah kepada hamba yang berpuasa. oleh itu kita haruslah menggunakan kesempatan yang ada untuk  mencari seberapa bnayak ilmu agama. yang ketiga pencermah ada menyebut tentang pembinaan Ukhwah islammiah. sedar atau tidak pada masa bulan ramadhan kita akan berkumpul satu keluarga makn bersama pada ketika bersahur dan berbuka, oleh itu secara tidak langsung kita dapat bersembang, dan mengerat hubungan anak beranak, anak dengan ibu bapa dan melahirkan kasih sayang berbanding pada bulan yang bukan berpuasa mungkin semua itu tidak pernah berlaku, ayah subuk kerja, anak sekolah, ibu bekerja atau tiada masa untu bersama suami dan anak secara serentak, selain dari itu juga, hubungan jiran tetangga juga dapat dieratkan dengan memberi sedekah, bertukar lauk pauk dan juadah dan sebagainya yang mana perbuatan yang cukup baik dilakukan. seterusnya merapatkan hubungan antara seluruh kaum muslimin dan muslimat dengan sembahyang terawih yang mana tiada pada malam2 yang bukan bulan Ramadhan…InsyaALLAH dengan isi tezkirah tersebut dapat kita renungkan keindahan dan rebut peluang yang ada bagi mendekatkan diri kepada ALLAH…semoga kita menjadi orang yang beriman dan bersyukur…amin…

Sabtu, 14 Ogos 2010

PUISI AURA RAMADHAN

PUISI MALAM KE 4 RAMADHAN

Puasa                                                  Merokok
Dilakukan disiang hari                          Berlebih-lebih hiburan
Keredhaan Allah dicari                        Pertandingan ratu cantik
Setiap Hari                                          Pakaian mendedahkan aurat
Perlu muhasabah diri                            Boleh lihat
Ilmu perlu dicari                                   Didatangkan dari dunia barat
Rezeki halal perlu dicari                       Diiklankan dari media massa
Pasti menutup aurat para isteri              Didedahkan pada bulan puasa
Walaupun berjawatan tinggi                 Ramai yang terpesona
Walau raja memerintak negeri              Puasa juga
Semua dibawah kuasa ilahi                  Nilainya kurang juga
Maksiat perlu dijauhi                           Seperti tahun-tahun sebelumnya
Jauhi                                                   Hanya dapat lapar dan dahaga
Arak, zina dan judi
Ini semua budaya yahudi               Dipetik dari koleksi Puisi
Mahu rosakkan muda-mudi          HMS Abu Bakar
Melalui                                        19 Rejab 1431H
Lagu                                            27-7-2010
Seks bebas tanpa nikah

Jumaat, 13 Ogos 2010

KELEBIHAN BERSAHUR DAN TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim


Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan tamar adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah tamar.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Sekiranya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji tamar ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum azan Subuh. Rasulullah SAW juga bersabda waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

• Buah tamar mengandungi 60-70% gula asli di dalam bentuk glukosa dan fraktosa di dalam bentuk yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3% air, 2.5% protein, 0.4% lemak, 2.1% zat-zat logam dan 3.9% serat.


• Di antara zat-zat logam yang terdapat di dalam buah tamar ialah kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin B. Jika diamati pecahan khasiatnya (nutrients), ia mengandungi kandungan air, karbohidrat dan serat yang tinggi dan kadar lemak yang rendah.

• Serat yang terdapat di dalam tamar amat baik untuk perut dan usus terutama bagi mereka yang mengidap penyakit sembelit.


• Mengikut Metchnikoff, seorang saintis yang terkenal di Rusia, banyak memakan tamar akan menghalang pembiakan kuman-kuman berbahaya dan sebaliknya akan melahirkan koloni kuman yang bermanfaat bagi usus (friendly bacteria).

• Tamar di sesetengah negara, contohnya California, kadar lemak yang terdapat di dalamnya ialah 0% dan kadar serat bagi setiap 5-6 biji buah tamar ialah 3 gram. Seseorang yang memperolehi 3 gram serat telah memperolehi 14% daripada keperluan hariannya.

• Pengkaji di Amerika menganggap buah tamar sebagai makanan harian yang ideal kerana pakar-pakar pemakanan telah merumuskan, di antara formula pemakanan yang terbaik pada hari ini ialah yang tinggi kadar karbohidrat dan serat serta rendah kadar lemaknya. Formula ini dapat mencegah kegemukan dan mengurangkan risiko menghidap sakit jantung dan barah. Khasiat yang terdapat pada buah tamar memang selari dengan formula pemakanan ini.

• Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

• Tamar juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

• Tamar boleh menurunkan risiko serangan stroke disebabkan kandungan kalium yang tinggi.

• Tamar juga mengandung salisilat. Zat ini dikenal sebagai bahan baku aspirin, ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembekuan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu.

Khamis, 12 Ogos 2010

MALAM KEDUA RAMADHAN

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu malam kedua bulan Ramadhan Al Mubarak nie.. Seperti biasa Pusat tarbiyyah malam ini masih lagi dengan aktiviti yang biasa dilakukan pada Bulan-bulan Ramadhan yang lain iaitu mencari redo Allah.
Seperti malam semalam, malam ini ada kelainannya iaitu Pentazkirahnya adalah dari Cawangan ini tetapi adalah pimpinan Pemuda KDAS 3. Banyak nasihat dan maklumat serta pengajaran yang disampaikan. Kalau semalam ketua Cawangan sendiri bagi tazkirah kali ini dia tak perlu risau lagi kerana kalau keuzuran sudah ada pengganti.
Seperti mana yang biasa kita dengar bahawa Pemuda harapan bangsa, Pemuda bakal menggegar dunia, dan inigin ditambah sedikit iaitu pemuda jugalah yang akan menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang. Harapan agar momentum seperti ini dapat diteruskan dan ada lagi pemuda yang mampu kedepan apabila khidmatnya diperlukan oleh Jemaah bagi merealisasikan harapan pimpinan iaitu mahu merampas semula kerajaan Perak dalam Pilihanraya yang akan datang.
Bila ada tulisan yang menyentuh tentang UMNO dan Barisan Nasional sudah tentu ada pihak-pihak yang tak ada ilmu menyatakan kita mencampurkan Urusan Politik dengan Agama. Inilah pahaman yang telah dimasukkan kedalam pemikiran orang melayu khususnya bahawa politik dan agama mesti dipisahkan. Saya ingin bertanyakan kepada Pimpinan dan penyokong UMNO, jika kamu menyatakan politik dan agama tak boleh bercampur, pada hari ini adakah kamu ahli politik dan ahli agama? Kalau kamu ahli Politik kenapa kamu sembahyang dan kalau kamu ahli agama kenapa kamu masuk politik. Jika ada Pimpinan dan ahli UMNO yang buat dua-dua perkara ini, sudah tentulah sudah ada percampuran antara politik dan Agama, sedangkan kamu menyatakan ianya tak boleh bercampur dan mesti diasingkan. Dimanakah pendirian kamu jika masih lagi menyokong UMNO kerana dalam Umno tak boleh nak buat dua-duanya serentak. Disini saya menyeru kepada semua pimpinan UMNO dan penyokongnya, marilah kita sama-sama menyokong parti yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Bukan hanya amalkan Islam disebabkan adat semata-mata tanpa ada Ilmu. Semoga ini dapat memberikan taufik dan hidayah kepada UMNO-UMNO sekalian. Kita jumpa lagi malam esok. Assalamualaikum.

Rabu, 11 Ogos 2010

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Rasulullah s.a.w pada hari bulan Syaaban dihadapan kami: maka beliau bersabda : Wahai manusia sesungguhnya kamu pada saat ini benar-benar telah dinaugi oleh bulan yang agung yang penuh keberkatan; iaitu bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang fadhilatnya lebih baik dari seribu bulan; Bulan yang Allah mewajibkan puasanya sebagai fardu dan berdiri beribadah ( dimalam harinya) sebagai tatawwu'(sunat); sesiapa saja mendekatkan dirinya kepada Allah dengan sesuatu pekerjaan kebajikan di dalamnya samalah dia dengan orang yang mengerjakan fardu di bulan yang lain.Ramadhan itu bulan sabar, sedangkan sabar itu ganjaran pahalanya adalah syurga, ia juga bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambahkan rezeki para mukmin di dalamnya. Sesiapa saja yang menjamu makanan berbuka untuk orang yang berpuasa maka ianya menjadi keampunan bagi dosa-dosanya dan menjadi kebebasannya daripada sentuhan api neraka, dan disediakan baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu dengan tidak kurang sedikitpun. Para sahabat bertanya; tidak semua dari kami ini mampu menyediakan makanan berbuka puasa untuk orang yang berpuasa. Jawab Rasulullah s.a.w Allah memberikan pahala ini kepada orang yang memberikan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu.Ramadhan ini bulan dimana awalnya penuh rahmat dan pertengahannya keampunan dan akhirnya kebebasan daripada api neraka. Maka perbanyakkanlah oleh kamu daripada melakukan empat perkara dibulan Ramadhanini; dua perkara kamu akan meredakanTuhanmu, dua perkara lagi kamu tidak terkaya darinya (yakni mesti mendapatkannya). Adapun dua perkara yang kamu akan meredakan Tuhanmu ialah "Naik saksi bahawa tiada Tuhan sebenar melainkan Allah" dan kamu sentiasa memohon keampunannya. dan adapun dua perkara yang kamu tidak terkaya darinya kamu mesti sentiasa memohon syurgaNya dan berlindung denganNya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minum akan orang berpuasa nescaya Allah membalasnya dengan memberinya seteguk air telaganya yang selama-lamanya tidak akan dahaga sehinggalah ia memasuki syurga.Sekarang benar-benar telah datang kepadamu bulan Ramadhan iaitu bulan penuh keberkatan yang Allah fardukan ke atasmu puasanya. Di bulan Ramadhan ini dibuka seluruh pintu-pintu syurga, ditutup semua pinti-pinti neraka, dan dibelenggu seluruh bangsa syaitan. Didalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang fadilatnya lebih baik daripada seribu malam , maka sesiapa terhalang daripada limpahan kebajikan satu malam itu bererti ia benar-benar kerugian yang amat besar. Sekarang Ramadhan penghulu segala bulan telah datang keatasmu maka "selamat datang ia". Bulan Ramadhan itu datang membawa keberkatan maka muliakanlah sungguh-sungguh pelawat yang datang menemuimu itu. (HR. Ahmad, Nisai, Baihaqi dan Thabrani)   

PERUTUSAN SEMPENA RAMADHAN

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.
“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.
“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.
Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.
“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.
“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.
“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.
Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.
“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.
Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.
“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.
“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.
Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.
Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.
Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.
“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.
Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.

Tarawikh yang Pertama

Alhamdulillah, selesai sudah malam pertama untuk solat Tarawikh dan tadarus di markas KDAS 3. Kehadiran jemaah yang agak boleh dikatakan memuaskan la...Harap-harap malam esok bertambah lagi jemaah...mungkin ada yang terlupa kot nak solat Tarawikh malam nie... maklumlah setahun sekali. Bukan hanya solat dan tadarus sahaja bahkan ada juga Majlis yang biasa dilakukan oleh pendokong Islam iaitu Tazkirah Ramadhan.
Malam pertama nie Tazkirah disampaikan oleh Ketua Cawangan sendiri iaitu ustaz Zaharuddin, Alhamdulillah nampaknya dah semakin sihat...Walaupun hanya sekitar 20 minit tetapi ianya cukup bermakna untuk semua Jemaah yang hadir malam tadi. Rugi la sape yang tak hadir dan yang sembahyang kat masjid sebab tak tapat pahala menghadiri majlis Ilmu... Harap-harap terbukalah hati semua AJK masjid KDAS 3 nie untuk nak berikan peluang kepada Tazkirah untuk dijalankan dimasjid yang mana pengunjungnya adalah lebih ramai lagi. Kan bagus kalau ada Tazkirah, Orang yang tak penah datang untuk majlis Ilmu dapat juga dalam bulan Ramadhan nie..moga-moga lepas Ramadhan mereka boleh teruskan untuk menghadiri majlis Ilmu, tapi malangnya AJK Masjid sendiri tak nampak semua itu... mereka lebih suka berbangga dengan Tarawikh yang 20 Rakaat...
Disokong pulak oleh Tok Peti yang dah semakin tak berapa buah pikirannya...Hai apa la nak jadi dengan dunia nie...terutamanya negara Malaysia yang diperintah oleh UMNO APCO nie... kesian kat pemuda kampung yang terbiar tanpa arah tujuan untuk dijadikan pedoman mereka untuk menuju ke Akhirat yang mana ia akan kekal didalamnya buat selama-selamanya. Tak nampak lagikah wahai AJK Masjid KDAS 3. Apa yang otak hangpa sedang pikirkan buat masa ini.... Semoga mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah s.w.t. Insyaallah......Jam dah pukul 1 pagi esok nak sahur.....kita sambung cerita ini pada malam esok pulak. Mungkin tajuk esok lebih menarik lagi untuk tatapan kita bersama. Assalamualaikum....... 

Selasa, 10 Ogos 2010

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Maksud Hadis:

Daripada Ibnu Omar r.a berkata: Berhadap Rasulullah s.a.w kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda : "Wahai kaum mujahirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan keatasnya (Kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah s.w.t semoga kamu tidak menemui masa itu.
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukan kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka. mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah ditimpa umat-umat yang lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dikalangan pemimpim mereka.
3. Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang (yang hidup diatas muka bumi ini) tetunya tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari apa yang ada ditangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidaj melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan maka(disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri.

                                                                                        Hadis Riwayat IBNU MAJAH
Keterangan:
Hadis ini menerangkan bahawa penyakit Tha'un dan Aids adalan berpunca dari banyak berlaku penzinaan. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangannya. Kemarau panjang adalah berpunca daripada tidak mengeluarkan zakat. Kemampuan musuh mengambil sebahagian apa yang dimiliki oleh kaum muslimin (seperti hilangnya tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah s.w.t. Perang saudara yang berlaku dikalangan kaum muslimin adalah berpunca daripada mengetepikan hukum-hukum Allah s.w.t dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Isnin, 9 Ogos 2010

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA.

Maksud Hadis :

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."

Keterangan
Dalam masyarakat yang ada hari ini ada golongan yang suka bertindak kepada manusia seperti hukum rimba (menghukum tanpa soal siasat) Contoh ISA. Ramai juga perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang.  Maksudnya berpakaian dengan pakaian yang tersangat nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Gambar diatas adalah contoh pakaian itu.

Jumaat, 6 Ogos 2010

UMAT ISLAM MENGIKUT LANGKAH YAHUDI & NASHRANI>

Maksud Hadis:

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk kedalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka,"Sahabat bertanya. " Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kamu maksudkan?" Nabi s.a.w menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka.
                                                   
                                     Hadis Riwayat Muslim.

Keterangan

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, Jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan mengikut mereka. Zaman sekarang nie kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah s.a.w ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru cara hidup Yahudi dan Nashrani sama ada mereka sedar atau tidak. Ramai orang islam yang telah terperangkap dengan tipu helah yahudi dan Nashrani dan ramai pula yang menjadi alat dan tali barut mereka. Sepertimana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah mengambil penasihat APCOyahudi sebagai penasihat kepada Kerajaan malaysia. Ya Allah, selamatkanlah kami, berikanlah kemenangan kepada kami dan hancurkanlah UMNO dan Barisan Nasional di muka Bumi Malaysia ini. Amin Ya Rabbal A'lamin.

BANNER UMNO APCO


Inilah Banner yang UMNO bentangkan diserata tempat dalam Negeri Perak, yang mengatakan Pembangkang yang kejam, Padahal sebenarnya yang sangat kejam ialah Pimpinan UMNO dan Barisan Nasional terutamanya dinegeri Perak nie. Semoga Rakyat Perak sedar dan terus menolak Pimpinan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Kita lenyapkan segala kezaliman UNMO dan Barisan nasional di bumi Perak dan Malaysia. Hancur-Hancur, hancur UMNO.

Khamis, 5 Ogos 2010

IBADAH PUASA DAN HIKMAHNYA

Puasa itu adalah rukun ketiga dalam rukun Islam. Satu ibadah yang berkaitan dengan batin dan peribadi orang-orang Muslim baik lelaki mahupun wanita berkewajipan melakukan Ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Mereka merasakan kerugian jika tidak dapat melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan. Setiap orang yang berpuasa beerti dia telahpun melakukan penyedian kepada perkara-perkara berikut :

1. mengulangi kembali pelajaran berkenaan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani bulan puasa itu dengan pengetahuan yang telah difahami.
2. Memperlihatkan kepada sesama kita kegembiraan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan Puas, sebagaimana Rasulullah s.a.w dan ssahabat-sahabat telah memperlihatkan demikian.

Membanyakkan doa, moga-moga Allah memberikan tenaga, kelapangan kesempatan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufiq kan kita supaya dapatlah kita menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas.

Bulan puasa ini adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu haloba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan yang memberi bekalan untuk hari kemudian, bilan membersihkan diri dari berbagai dosa serta menghiaskan diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka kita perlu menunaikan segala hak puasa dengan sempurna. Mari kita sama-sama mengusahakan bekalan-bekalan akhirat di bulan Ramadhan dengan sepenuh hati dan sekuat tenaga.

Tidak lupa juga marilah kita sama-sama berazam sempena bulan Ramadhan iniuntuk kita terus bekerja bagi menumbangkan UNMO dan Barisan Nasional yang banyak memberi masalah kepada rakyat di Malaysia ini. Semoga Allah memberkati usaha kita. Disini kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga dapat melakukan Ibadah dengan sempurna dan memperolah pahala dari Allah s.w.t. Blog anakkdas juga mengucapkan terima kasih diatas sokongan pembaca semua selama ini. Wassalam. Hancur UMNO.

SIDANG DUN ALA WARUNG

Berlangsungnya Sidang Dun Perak pada 3 Ogos 2010 tak lebih dari Sidang Warung Kampung kerana persidangan yang hanya berlangsung sehari dengan perbahasan peruntukan sebanyak RM 80 juta. Ape ke jadahnya sidang yang macam nie. Dah la pulak dapat speker yang bangang, yang tak tahu undang-undang sebagai speker. Lawak-lawak, la sidang Dun perak Nie.
Rasa malu pun ada jadi warga Perak. Rasanya kalau tak sebab kerja dan anak sekolah kat sini, lama dah hijrah ke Negeri lain buat sementara waktu bagi mengelakkan malu yang amat sangat dengan telatah Kerajaan Mahkamah UMNO/BN nie. Tak de ke rasa malu pimpinan UMNO nie. Ish Ish Ish....
Tak pasal-pasal lak Yb nizar kena gantung sidang satu hari, bayangkan la udah la bersidang 1 hari kena gantung satu hari, takkan pelik tu bunyinye... sabo je la yop sementara nak tunggu Pilihanraya ke 13, Insyaallah Pakatan Menang balik di Perak. Sama-sama kita berusaha untuk mengembalikan Kerajaan Perak ke tangan Pakatan Rakyat. Insyaallah.

Selasa, 3 Ogos 2010

BEZA ULAMA DUNIA DAN AKHIRAT


Maksud Hadis :
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Ya Alla! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman dimana para ulama tidak diikuti lagi dan orang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya) lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).

Keterangan:
Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut untuk mendekati para ulama kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi mambuat maksiat walaupun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. golongan ini juga pandai bercakap dan memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain padahal mereka adalah seperti harimau yang bersedia untuk menerkam dan mencari masa.
Adakah kita masih nak bersengkongkol dengan Ulama yang seperti ini, ulama yang ada kepentingan didunia. Ulama yang menyokong kerajaan yang berlaku zalim kepada rakyatnya dengan menekan rakyat dengan berbagai-bagai cukai. Juga kenaikan harga barangan dipasaran terlalu mendadak. Adakah ulama hanya boleh duduk diam dan tidak menegur pemimpin yang begini. Apakah ulama yang begini yang nak kita contohi.
Marilah kita bersama dengan ulama akhirat yang boleh membawa kita dekat kepada Allah dan memberi banyak ilmu kepada kita. Ulamak akhirat ini menentang kerajaan yang zalim dan mahu menegakkan sebuah negara yang adil, amanah dan berkebajikan. Marilah kita sama-sama menyokong PAS yang memperjuangkan nasib rakyat dan marilah kita sama-sama menentang dan meninggalkan UMNO yang banyak menzalimi rakyat. Ulama Oh Ulama?

Isnin, 2 Ogos 2010

POLIS SERBU IPOH PARADE



Pada 1/8/2010 satu lagi perkara malang menimpa rakyat Perak apabila satu himpunan untuk Menghapuskan ISA di Dataran Bandaraya Ipoh sekali lagi dihalang oleh pihak Polis. Sejak dari awal jalan masuk ke Dataran Ipoh Ditutup dan pengguna tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan Dataran. Semua kenderaan diarahkan oleh Pihak berkuasa UMNO untuk berpatah balik dan menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalanraya. Yang peliknya kehadiran polis lebih ramai dari peserta himpunan. Dah tak ada kerja lain ke Polis nie ?
Sudahlah masalah Jenayah dan gejala sosial di Perak Khususnya tidak dapat terbendung, tiba-tiba sibuk nak buat himpunan Polis di Dataran tempat Rakyat Perak nak buat Himpunan mansuhkan ISA. Apa yang Polis nak buat dengan berkumpul ramai-ramai sehingga tanggapan orang ramai bahawa akan berlaku kacau bilau di Pekan Ipoh. Sungguh tak berakal polis ni buat kroje. Baik la pi ronda kat kampung-kampung dimana kes kecurian dan rompakan semakin berleluasa.
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, Akta ISA adalah merupakan satu akta yang zalim dimana menahan orang tanpa bicara. Ini akan menzalimi orang tersebut dan keluarganya. Cuba bayangkan kalau anak2 atau saudara kita yang terkena Akta yang zalim ini pasti kita juga akan menghina akta ini.
Himpunan diakhiri dengan sidang media oleh Pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO yang hadir. Tidak ketinggalan juga akhirnya FRU yang ramai tadi menyerbu Ipoh Prade pun balik balai juga. Boleh la esok report kat Bos Dia yang perhimpunan malam ini dia kata gagal. Tetapi bagi kita perhimpunan ini berjaya dengan datangnya beratus-ratus anggota Polis dan FRU dari mana pun tak tahu. Hidup Pakatan Rakyat, Hancur UMNO.

Ahad, 1 Ogos 2010

JOM PERANG LAGI


Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku "Al-Harj". sahabat bertanya , " Apakah Al-Harj itu Ya Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab: "Peperangan demi peperangan demi peperangan".
Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Keterangan:
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi s.a.w. Harta benda melimpah ruah. banyak alatan-alatan moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh itu ramai orang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidak lah bercanggah dengan islam, tetapi ia mestilah tunduk di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri. Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampai ke titik akhirnya, iaitu kiamat.
Akhirnya terimalah 2 rangkap pantun dari saya :
1) Orang khianat disanjung-sanjung, orang amanah tidah didukung, Pemimpin zalim bunga di kalung, pemimpin islam di tali gantung.
2) Bangkitlah wahai pewaris nabi, jangan biarkan umat diuji, teruskan jihad kejalan suci, sebar luaskan rahmat Ilahi,