Grab the widget  IWeb Gator

Sabtu, 31 Julai 2010

Bloggers Tumbangkan UMNO



Assalamualaikum.. Jam 9.30 pagi saya sampai ke SRATI dan telah mengikuti satu kursus asas menggunakan microsoft word. Saya agak terkejut dan berasa bangga dengan semangat-semangat yang ditunjukkan oleh Veteran pas yang begitu semangat untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan komputer. Disini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan Tahniah kepada Kepimpinan kawasan yang menjalankan program seperti ini. Ini kerana dalam dunia yang serba canggih dan moden ini kita Ahli-ahli jemaah harus mengetahui sedikit sebanyak ilmu mengenai internet dan komputer bagi melancarkan lagi pengurusan Parti dan seterusnya menjadikan setiap Cawangan Pas ada pakar IT. Harapan semoga program seperti ini dapat dijalankan dimasa-masa yang akan datang. Biarlah kita maju jauh dari Kepimpinan UMNO di peringkat cawangan, Kawasan, Negeri dan Negara. Semoga segala tohmahan dari UMNO dapat kita tangani dengan cepat melalui Internet (Laman-laman Web dan Bloggers). Bagi mencapai hasrat untuk Menawan semula Perak dan Menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti.

TINGGALKAN UMNO/BN

Sejak Jun 2009 UMNO dibawah pimpinan Perdana Menteri baru Najib Razak secara angkuh melantik APCO Worldwide untuk menjadi penasihat kepada Kerajaan malaysia. siapa APCO?APCO adalah syarikat perunding antarabangsa dan beribu pejabat di ISRAEL dengan dianggotai ahli-ahli lembaga pengarah yang pernah menganggotai tentera dan perisik Israel. APCO juga dianggotai bekas duta-duta Israel ke Amerika dan ke Jerman. APCO sebenarnya adalah rangkaian gerakan zionis antarabangsa.

Di dalam parlimen didedahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM77 juta kepada APCO. Alasan diberikan tidak ada didunia ini syarikat sehebat dan sepintar APCO!kata Nazri Aziz (Menteri).Malaysia tidak ada pilihan ! APCO saja yang mampu memulihkan hubungan Malaysia dan USA (Amerika). Kata Nazri Aziz syarikat Malaysia tak layak dan tak ada kelas! semua wakil-wakil Rakyat (MP) UMNO akur, kecut untuk membantah. Setelah diundi, Parlimen meluluskan peruntukan tambahan RM 28 juta kepada APCO. Wakil-wakil rakyat UMNO lebih takutkan arahan Najib berbanding dengan perintah Allah yang melarang umat Islam bersekongkol dengan Yahudi. Atas alasan ini marilah kita sama-sama meninggalkan UMNO dan BN yang rakus menghabiskan wang negara demi memuaskan nafsu sarakah mereka.

Khamis, 29 Julai 2010

Musabaqah Dan Tadarus

Apakah Musabaqah itu ? Musabaqah ialah sama ertinya dengan pertandingan membaca Al-Quran. Apa pula diertikan dengan Tadarus? Sepertimana yang kita semua maklum yang bila tiba musin Bulan Ramadhan akan popularlah perkataan Tadarus. Ahli jemaah di setiap Masjid2 dan Surau2 serta tak ketinggalan di Markas2, akan bermula aktiviti Tadarus Al-Quran akan bermula dari malam pertama Solat Tarawikh sehinggalah berakhirnya Puasa. Adakah amalan ini merupakan amalan yang baik serta memperoleh pahala daripada Allah s.w.t. Jawapannya ada ditangan kita sendiri saudara pembaca. Cuma yang nak dilihat oleh kita semua ialah apabila tadarus Al-Quran dijadikan satu tradisi dimana ia mesti dihabiskan apabila berakhirnya puasa Ramadhan. Apabila mesti dihabiskan, kita semua sedia maklum sudah tentu ia akan dilakukan secara tergopoh-gapah kerana ia mesti dihabiskan. Dan kita semua pun tahu kalau membaca Al- Quran secara cepat ia akan melanggar semua Tajwid dan hukum2 yang banyak terdapat di dalamnya. Dan apabila hukum ini dilanggar sudah pasti tentu akan banyak dosa yang akan di terima kerana maksud asal Al-Quran sudah lari dan sudah tentulah Al-Quran akan melaknatnya balik. Jadi sama2lah kita fikirkan apa yang patut kita lakukan apabila kita mahu bertadarus pada bulan Ramadhan Nanti. Sama-sama kita fikirkan.

Rabu, 28 Julai 2010

HEBATNYA PAS

Pada 26/07/2010 Pas Cawangan telah menganjurkan majlis Malam Nisfu Sya'ban di Markas KDAS3. Antara pengisian program ialah solat berjemaah Maghrib, Membaca Yasin dan Kenduri Doa Kesyukuran dari penolong S/U. Kehadiran ahli cawangan adalah agak membanggakan dan ini mungkin petanda UMNO akan tumbang di UPU Sungai Kati ini. Semoga semangat sebegini akan terus berterusan sehingga PRU 13 nanti. Insyaallah. Di bawah ada sedikit gambar kenangan.
Setelah selesai solat Maghrib.

Antara Jemaah yang hadir.

Bacaan Yasin berjemaah.

Dari KDAS 1.

Kelihatan juga Jemaah Sg Kati. (Baju Hijau)

Anak kecil dan sebahagian Muslimat.

Ini ketua Cawangan kami, khalifah bacaan yasin.

Antara Pemuda yang hadir program.

Ini bakal menjadi Ketua Pemuda.

Anak kecil yang perlu diasuh untuk bersama PAS>

Ketua Cawangan Sg Kati (Baju Kuning).

Mengaminkan Doa.

Gambar Jamuan Lupa Nak Tangkap sebab kameraman pun sibuk makan. Minta Maaf semua. Sedikit kesilapan teknikal. Tapi tetap nak jtuhkan UMNO dan Barisan Nasional yang banyak menzalimi rakyat dalam negara kita. Takbir.
                                                                                                                                                                             

Ahad, 25 Julai 2010

 


Ini je yang dapat buat masa pergi kursus Blog bersama
AlBanjari. Terima Kasih Wak. Lain kali boleh sambung lagi.
Posted by Picasa

Sabtu, 17 Julai 2010

Ustaz Hafis Sabree Dan APCO?

Pada 13/7/2010 sekali lagi pas cawangan mengadakan Kuliah Politik Bulanan dan kali ini program diadakan di cawangan Sg Kati iaitu di Jalan Intan 2. Tuan rumah iaitu En. Zainal membenarkan kami membuat program ini dirumah beliau, terima Kasih kami ucapkan, semoga Allah membalas segala apa yang dilakukan oleh Tuan Rumah. Kami juga telah mengundang Ustaz Hafez Sabri iaitu Exco Pemuda Pas Perak dan Ajk Pemuda Pas Tambun telah mengupas mengenai isu APCO dan Palestin.Penerangan yang diberikan kepada semua hadirin sangat jelas dan mudah difahami oleh umum. Kehadiran juga agak membanggakan bagi kami walaupun Sg Kati merupakan kubu kuat UMNO. Semoga mereka semua diberi taufiq dan hidayah untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya yang akan datang. Di bawah sedikit gambar kenangan sepanjang program.


Kain Rentang Selamat datang Dari Pas Cawangan.

Penceramah pertama ialah Ketua Caw. Sg Kati.
Ceramah nak sama macam Mohd sabu.
Antara hadirin yang hadir Ahli dan penyokong pas.

Sdr Rosli org yang bertungkus lumus membuat persiapan.

Ustaz Hafez Sabri penceramah Utama. Penerangan yang
baik untuk semua hadirin.

Kelihatan Ketua Pemuda PAs Cawangan KDAS 3.

Pengerusi majlis (baju Putih) bersama ayahdanya.

MENZIARAHI KEMATIAN KAUM INDIA DI KDAS 3

Satu program kebajikan yang dilakukan oleh Pas Cawangan KDAS 3 ialah menziarahi kaum india yang kematian anak. Dan Ajk Pas Cawangan antara terawal yang hadir. Seramai 4 orang Ajk Pas terlibat dalam program ziarah tersebut. Semoga program begini dapat diteruskan dalam masa yang akan datang.

Timbalan Ketua Cawangan Bersama Pen. S/U dan tuan rumah.

Ketua Penerangan

Seperti menyatakan sesuatu kepada kami.

Inilah antara keluarga mendiang.

Kereta jenazah bagi kaum India.

Sabtu, 10 Julai 2010

Kenyataan Muhyiddin ugut orang Melayu

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk : Kepimpinan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”

Riwayat Muslim

Huraian
i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk : Mengukur Tahap Kecintaan Terhadap Rasulullah

Hadith :
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Riwayat Muslim

Huraian
1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini.
2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.
3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.
4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.