Grab the widget  IWeb Gator

Rabu, 29 Julai 2009

Malam tdi ceramah israk dan mikraj diadakan di masjid kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3 dengan penceramahnya ialah Ust Munawir Salehuddin. Penyampaian yang menarik kepada jemaah masjid. Semoga mereka semua mendapat hidayah dan petunjuk untuk berubah dan menyokong perjuangan islam. Tapi kalau tak ambil iktibar dari apa yang disampaikan, maka rugilah mereka semua. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada mereka . Amin.

Selasa, 28 Julai 2009

Pada 26/7/2009 yang lalu Pas cawangan bersama Kelab Sukan telah mengadakan pertandingan bolasepak 7 sebelah untuk penduduk kampung kdas 3 dan kdas1. Alhamdulillah telah berjaya menarik penyertaan yang ramai iaitu seramai 10 pasukan @ 80 peserta. Tahniah diucapkan kepada semua AJK penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang-penyumbang yang menderma. Sebanyak RM 7oo ringgit berjaya dikutip bagi menjayakan program tersebut. Rata-rata peserta berpuas hati dengan apa yang dianjurkan oleh kami pada hari tersebut walaupun pada sebelah pagi hujan turun agak lebat selama 45 minit, ia tidak menghalang untuk program ini terus berjalan. terima kasih pada yang menyumbang, bekerja dan menonton pada hari tersebut.
Assalamualaikum kepada semua pengungjung blog ini. Semoga diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga dapat memberikan komen-komen yang baik dari saudara dan saudari sekalian.wassalam.