Grab the widget  IWeb Gator

Selasa, 28 Julai 2009

Pada 26/7/2009 yang lalu Pas cawangan bersama Kelab Sukan telah mengadakan pertandingan bolasepak 7 sebelah untuk penduduk kampung kdas 3 dan kdas1. Alhamdulillah telah berjaya menarik penyertaan yang ramai iaitu seramai 10 pasukan @ 80 peserta. Tahniah diucapkan kepada semua AJK penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang-penyumbang yang menderma. Sebanyak RM 7oo ringgit berjaya dikutip bagi menjayakan program tersebut. Rata-rata peserta berpuas hati dengan apa yang dianjurkan oleh kami pada hari tersebut walaupun pada sebelah pagi hujan turun agak lebat selama 45 minit, ia tidak menghalang untuk program ini terus berjalan. terima kasih pada yang menyumbang, bekerja dan menonton pada hari tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan