Grab the widget  IWeb Gator

Selasa, 20 Oktober 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA PAS PERAK

Pada 18/10/2009 kami Pemuda Pas Cawangan KDAS 3, telah mengikuti satu program Berkonvoi motosikal anjuran Pemuda Pas Kawasan ke Majlis Jamuan Pas Negeri Perak yang diadakan di Arena Square Batu Gajah, Perak.Seramai hampir 25 biji motosikal menyertai konvoi tersebut. Bagi kami Pemuda cawangan ini merupakan satu Program yang sangat baik bagi kami dan Ahli jemaah yang lain. Kami bertolak dari Kg Tengku Hussin pada jam lebih kurang 11.15 dan sampai dengan selamat ke destinasi tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini pada jam 12.00 tengah hari. Marshall pada konvoi tersebut ialah anggota Unit Amal yang sangat berpengalaman. Terima Kasih Unit Amal Tambun.

Setibanya disana kami amat terkejut kerana yang pertama kami tengok disana adalah satu kelompok motosikal berkuasa tinggi hampir 20 biji. Dan kami masuk kedalam Arena Square dan kami dapati lautan manusia telah memenuhi setiap pelusuk tempat di dalam perkarangan tempat majlis. Makanan yang disedikan oleh pihak Pas Perak juga agak memuaskan hati kami kerana banyak gerai-gerai disediakan.

Turut diadakan juga ucapan dari pimpinan Pas Negeri dan pelancaran "Orang Muda Geng Kita"oleh Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Bakar Husin. Semoga dengan pelancaran ini akan meramaikan lagi para pemuda khususnya di negeri Perak dapat bersama gerakan dakwah Pas. Dan ahkirnya akan merealisasikan hasrat pimpinan untuk tawan semula perak pada Pilihanraya akan datang.

Sedikit gambar yang sempat diambil:


Gambaran Para tetamu ditempat jamuan.


Bukti sambutan yang diterima oleh Pas Perak. Tahniah


Barisan AJK Pemuda Pas Perak.


Kaum cina turut hadir pada program tersebut.


Majlis pelancaran akan dimulakan.


Ust. Bakar Husin sedang menarik reben tanda pelancaran.


Inilah Logo pelancaran Orang Muda Geng Kita. Takbir...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan