Pada 10/4/2010 satu sejarah baru telah tercatat di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3 apabila buat julung kalinya satu program khas untuk orang muda telah diadakan disini. Program yang dinamakan Malam Pemuda Berbahasa ini adalah cetusan idea dari Pemuda Pas Kawasan Tambun iaitu sdr. Jalalus. Antara pengisian program ialah acara berpantun, Berpuisi, Live band, Karaoke nasyid dan ada beberapa acara lain. Kehadiran hampir 60 orang muda dan segelintar orang lama telah memeriahkan Malam tersebut. Majlis yang bermula dari jam 9.15 berakhir jam 11.15 malam. Antara yang hadir juga ialah AJK Pemuda Pas Kawasan. Semoga dapat membuat program seperti ini masa akan datang. Amin. di bawah sedikit gambar sebagai kenangan kepada peserta program.
Persiapan pentas sebelum acara bermula.
Antara pemuda yang hadir.
Penyampaian bola oleh Ketau pemuda kawasan (Zairul azrun)
Persembahan dari Kumpulan White Green.
Kira best la persembahan
Antara yang berjaya membawa pulang hamper.
Sedap nampak Ketua Pemuda bersama Ketua penerangan
sedang menjamu selera. class tak KDAS 3.
Ada gua gambar sebab persembahan best giler...
Aik,,Abg Taza pun hadir. Terima Kasih beri sokongan.
Ha, tengok otai pun turun gak...sekali sekala ok je...
Persembahan Nasyid Oleh Azmeer... boleh tahan suara.
Tengah baca puisi, dia la punya sound system..
nak sewa bolehh.
Nyanyi lagu pun dia . Hey nak jadi artis ke ntah...
Ust Latip and the junior.
Acara bercerita bersama iringan gitar kapok... cantekk..
Ini la tuan rumah, terima kasih bagi guna rumah..
Inilah pengerusi yang paling hebat yang penah jumpa,
boleh buat sajak cara spontan je... perh menyusuk kalbu tu..
Ini la harapan nanti kalau nak pilihanraya...
Aik deme pun ada persembahan...ye la orang mude geng kite
baru la betul....
SU pemuda kawasan senyum je...trima kasih sudi hadir.
Tengah kemas tempat, maklumlah umah orang, nanti tak dapat
lagi nak buat program. Setel mlm tu juga..
Ni la ketua pemuda (baju oren) lepas habis berkemas.
Post moterm ke abang.
bikin ar lagi bang....kg ni syi ar..
BalasPadam