Grab the widget  IWeb Gator

Selasa, 13 Disember 2011

Puluhan Ribu Hadiri Rapat Rakyat


Pada 10/12/2011 Program Rapat Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Perak yang telah diadakan di Beruas Perak telah mendapat sambutan sangat menggalakkan dari rakyat perak,Puluhan Ribu Rakyat Perak telah hadir dalam Program tersebut walaupun cuaca hujan dari petangnya sehingga pukul 11 malam, namun ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk hadir pada program tersebut.

Program ini menampilkan Pimpinan Utama Pas, Keadilan Dan DAP. Ucapan dimulakan dengan YB V Sivakumar iaitu speker Dewan Undangan Negeri yang sah, YAB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin, MB Perak yang sah, YB Ngeh Koo ham Ahli Parlimen Beruas Merangkap Pengerusi DAP Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin Pesuruhjaya Pas Perak, Dr Mohd Nor Manuty Ketua PKR Perak, YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden Pas dan DS Anuar Ibrahim Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR. Para hadirin mendapat suntikan semangat dari ucapan Pimpinan Utama Pakatan Rakyat untuk merampas semula Perak dalam PRU 13 nanti, Ini juga merupakan sejarah di Beruas apabila berjaya menghimpunkan Puluhan Ribu peserta dalam Program Tersebut.

Yang menarik mengenai Program ini ialah , ia telah diadakan di Kawasan Kilang Papan yang mana pemilik Kilang papan tersebut merupan bukan Ahli dari Pakatan rakyat, Ini merupakn isyarat jelas kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat sudah mendapat tempat di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk dari kalangan Ahli dari komponen BN itu sendiri. Ini juga menunjukkan rakyat sudah mula sedar dengan apa yang telah berlaku di dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

Seperti mana yang kita semua maklum bahawa pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa telah dilakukan oleh pimpinan Negara yang dikepalai oleh Najib (Rosmah) dan konco-konconya. Selain itu dengan kenaikan harga barang yang gagal dikawal oleh Kerajaan juga merupakan satu faktor dimana rakyat sudah mulai meninggalkan Parti yang semakin tersepit dan seperti telur dihujung tanduk iaitu Parti Komponen Barisan Nasional. Dengan isu terbaru yang melibatkan Ketua Wanita Umno Malaysia yang melibat sejumlah wang yang banyak iaitu sebanyak RM 250 juta. Ini sudah cukup untuk menguatkan hujah Rakyat bagi sama-sama kita tumbangkan Umno dan BN dalam PRU ke 13 nanti yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Puluhan Ribu Hadirin yang hadir pada Program Rapat Rakyat tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga Program selesai walaupun hujan turun agak lebat sehingga pukul 11 mlm. Inilah semangat dan iltizam yang telah ditunjukkan oleh Rakyat demi untuk menumbangkan Umno dan mengangkat Perjuangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke13 nanti. Semoga semua usaha ini akan diberi pertolongan oleh Allah dan dapat mencapai kemenangan nanti. Allahuakbar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan