"Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat
Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.
Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.
Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.
Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.
Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.
Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.
Abdullah Antong Sabri, Bekas Setiausaha DUN Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan