Grab the widget  IWeb Gator

Selasa, 25 Ogos 2009

PERTAHAN KEMENANGAN


Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas Mohammad Radzhi Salleh keluar dari Pakatan Rakyat tidak akan menjejaskan sokongan pengundi di Dun N11 Permatang Pasir kepada calon Pas Salleh Man Mat Aji.Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan berkenaan memperlihatkan dengan jelas berlakunya proses pembersihan ke atas Pakatan Rakyat untuk memastikan wakil rakyat yang ada ikhlas memperjuangkan masa depan rakyat.Katanya, Radzhi perlu melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas untuk membolehkan pengundi menentukan wakil rakyat mereka kerana beliau yakin pengundi masih memerlukan Adun dari Pakatan Rakyat.“Saya tidak nampak ia akan memberi kesan terhadap keputusan Adun Lunas isytihar keluar Pakatan Rakyatdan menjadi Adun bebas. Saya paling gembira kerana kita terlepas dari satu bebanan yang terpaksa ditanggung dengan Adun yang tidak mempunyai integriti seperti Rohaizat.“Tapi beliau harus ingat yang memberi undi adalah pengundi di Lunas. Oleh itu beliau harus ambil tanggungjawab kerana pengundi masih mahu wakil rakyat dari Pakatan Rakyat,” katanya.Menurutnya, Umno-BN menggunakan taktik yang sama dilakukan ke atas beberapa Adun di Perak yang bertindak keluar dari Pakatan Rakyat. Beliau yakin tiada wakil rakyat yang akan mengikuti jejak Radzhi.Mahfuz berkata, Umno-BN sebaliknya akan hilang kerusi di Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh apabila Adunnya gagal menghadiri sindang Dun.Dalam perkembangan lain beliau berkata, beliau kesal dengan tindakan calon Umno-BN Rohaizat Othaman dan pimpinan Umno khususnya Ketua Penerangannya Ahmad Maslan yang sehingga sekarang tidak membuat permohonan maaf kerana memfitnah dan mengkambing hitamkan rakan kongsinya Yusri Isahak.Menurutnya, Rohaizat juga gagal menjelaskan kes pecah amanah dan kes pembelian dan penjualan tanah melibatkan 16 pengundi di Dun Permatang Pasir yang masih belum selesai sehingga kini.Mahfuz turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Yusri diperalat Pas untuk tujuan politik.“Kita tidak pernah memperalat sesiapa, dia yang minta ruang dari kita untuk membersihkan nama baik dia, keluarga, isteri dan anak-anak,” katanya.Dalam sidang media yang sama, beliau enggan mendedahkan peratusan tsasaran undi yang bakal diperolehi Pas dalam pilihanraya esok bagi mengelakkan Umno-BN menggunakan maklumat yang ada untuk menyerang kubu yang telah dikenal pasti.“Sasaran saya cukup pada satu undi walaupun saya tahu berapa sebenarnya yang akan kami perolehi dan berapa yang akan diperoleh Rohaizat. Tapi kami hanya memerlukan satu undi,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan