Grab the widget  IWeb Gator

Rabu, 27 Oktober 2010

Lawan PAS mainkan sentimen agama di Galas




GUA MUSANG, 27 Okt: Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari
 ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti
Islam itu dengan isu agama.


Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein 
memberikan amaran agar juru  kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu
 agama dan kaum dalam kempen mereka.



Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan
 sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan 
masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang
 Hishamudin dari dipermainkan.



Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang 
dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu 
wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".



Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP 
yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).

Komen PAS
Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi
 mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke
atas bahan kempen seumpama ini.


Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang
 tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.



"SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya 
(PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini.
 Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen 
sebegini," kata Nasir.



Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. 
Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik
 oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.



Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya
 tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa
 tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.



Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada 
bahan kempen tersebut. 



Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang 
nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.

Komen DAP
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan
 apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang
dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.



Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada 
etika dan tiada kelas langsung.



"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan