Sidang DUN Perak masih lagi mengekalkan tradisi seperti sebelum ini dimana Masih lagi menggunakan anggota polis yang ramai untuk menjaga persidangan. Gambar ini cukup jelas menunjukkan Polis ada dimana-mana sudut bangunan Dewan SUK bagi membuat pemantauan kepada persidangan ini.
Persoalannya, adakah perlu mengarah sebegitu ramai anggota Polis untuk datang ke Dewan undangan Negeri Perak sewaktu berlangsungnya sidang DUN. Apakah ganas sangat ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sehingga mereka perlu dikawal dengan begitu ramai anggota Polis.
Kalau nak katakan ADUN PR nie ganas pun, tak ada la sampai mengusung speker Dewan sepertimana yang dilakukan oleh pecacai ADUN BN sewaktu rampasan speker dahulu. Apakah mereka menyangka rakyat sudah melupakan Sejarah hitam di Negeri Perak ini.
Sikap penakut dari ADUN BN jelas kelihatan pada setiap kali Sidang DUN Perak dijalankan kerana terpaksa mengkerahkan seberapa ramai anggota Polis untuk hadir pada sidang DUN. Polis sepatutnya menjaga orang awam telah bertukar kepada menjaga ADUN-ADUN BN semasa berlangsungya sidang DUN.
Memang betul lah sangkaan kami dahulu bahawa kerajaan Negeri Perak sekarang ini adalah merupakan satu rampasan kuasa kepada Kerajaan Pakatan rakyat dahulu. Ini adalah kerana dengan jelas Mereka sentiasa berada dalam keadaan ketakutan pada setiap kali membuat program-program.
Jika benar mereka adalah kerajaan yang sah, apa perlu mereka mengkerahkan anggota Polis bagi mengawal setiap program terutamanya bila ia dihadiri oleh Adun Pangkor......Alahai Kerajaan BN Perak, marilah tunjukkan kematangan sikit dalam berpolitik. Janganlah berperangai seperti kebudak-budakan....
Marilah kita sama-sama menolak UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Kita binalah kerajaan baru yang akan memberi banyak menfaat kepada rakyat Negeri Perak ini....
tolak, Tolak, Tolah BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan