Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 27 Mac 2011


Program yang diadakan pada 22 March yang lalu iaitu Program 2 Tahun " Deme Tanya Pak Ngah Jawab" yang diadakan di Dataran bandaraya Ipoh. Yang menghairankan saya ialah, kenapa mesti Baju yang dibekalkan oleh pihak penganjur mesti meletakkan Lambang BN seperti yang bertanda bulat merah diatas.
Pada sepanjang program diarahkanlah setiap Agensi Kerajaan Untuk membuat Pameran dalam program tersebut sehngga Agensi Kerajaan yang beruniformpun tak pakai uniform Rasmi mereka tetapi sebaliknya terpaksa memakai baju yang di bekalkan oleh pihak penganjur. Apakan program ini untuk kempen BN di Perak ini sehingga terpaksa mambuat perkara yang tidak sepatutnya.
Mereka yang mengeluarkan kenyataan kepada Pegawai Kerajaan jangan berpolitik tetapi punya hapraknya BN pada hari ini yang meletakkan Lambang BN dibaju yang dibekalkan oleh mereka kepada pegawai kerajaan dan program pulak dijalankan diwaktu kerja iaitu hari Selasa. Ini menunjukkan BN sudah kehabisan modal untuk berkempen sehingga tergamak menggunakan khidmat Pegawai Kerajaan untu berkempen bagi Parti mereka yang kian lemah dan akan musnah pada bila-bila masa sahaja. Semoga Rakyat Perak dapat membuat penilaian terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN Perak pada masa sekarang ini. Jom Ubah kita tukar Kerajaan BN dalam PRU 13 nanti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan