Grab the widget  IWeb Gator

Sabtu, 19 November 2011

JK khas teliti calon PAS untuk PRU-13

KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS telah menubuhankan satu jawatankuasa khas bagi memilih dan menilai calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum nanti.


Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, anggota jawatankuasa itu terdiri daripada anggota parti di peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti.


"PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti," katanya dipetik Bernama.


Beliau yang Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran Ilmu di Kota Baharu hari ini.


Menurutnya, PAS berhati-hati dalam melilih calon dan penubuhan jawatankuasa khas itu adalah untuk memastikan calon yang dipilih benar-benar layak dan memenuhi kehendak rakyat.


Beliau berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan