Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 6 Mac 2011

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN SG KATI


Pas Cawangan kampung Sungai Kati telah mengadakan Mesyuarat Agong mereka pada bulan Januari yang lalu. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Sdr Jalalus yang merupakan Ketua Peneranga Pas Kawasan Tambun.
Sebelum majlis ucapan perasmian, semua ahli telah menjamu selera yang disediakan oleh pas cawangan. Setelah selesai ucapan Perasmian UPU Sg kati telah membuat satu Program iaitu memberi sedikit cenderamata kepada Ahli yang telah berjasa kepada Cawangan Sg Kati dan KDAS 3 menurut AJK pemilihan  yang dilantik sepanjang penubuhan cawangan bagi UPU ini.
Majlis penyampaian telah disempurnakan sendiri oleh perasmi iaitu sdr Jalalus. Dalam ucapan Sdr Jalalus menyeru setiap dari ahli bekerja lebih keras dan berusaha bersungguh-sungguh demi untuk memenangkan Pas Dan Pakatan Rakyat Khususnya di Dun Manjoi, Negeri Perak dan Memerintah Malaysia dalam PRU ke 13 nanti. Semoga mesyuarat Agong ini akan memberikan lebih semangat kepada Ahli untuk maju kehadapan demi untuk memenangkan Islam dinegara kita. Semoga mendapat rahmat dari allah. Allahuakbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan