Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 6 Mac 2011

PENGUNDIAN ESOK PENENTU SEGALANYA

Pilihanraya esok merupakan penentuan bagi penduduk di Dun Kerdau Dan Merlimau untuk membuat pilihan siapah yang akan menjadi wakil mereka di dalam Dewan bagi negeri masing-masing. Sepanjang tempoh berkempen rasanya rakyat bijak untuk menilai siapakan yang akan mereka Undi esok sama ada Calon pas ataupun Calon BN. Dalam keadaan yang agak perit sedikit bagi rakyat di Malaysia ini kerana kenaikan harga barang yang begitu sekali mendadak, isu saman ekor dan penyelewengan yang dilakukan oleh Pihak kerajaan BN, pengundi seharusnya 100% menolak calon BN dalam PRK ini bagi menyatakan protes mereka kepada Pemerintah yang ada pada hari ini. 


Semoga Kerdau dan Merlimau menjadi titik tolak bagi rakyat untuk Menolak calon BN dalam PRU ke 13 nanti. Pemimpin yang gagal untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat perlu disingkirkan dalam PRU 13 nanti demi untuk Kesejahteraan rakyat dan Kearah Membentuk Malaysia Baru di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti. Jikan kita terus membiarkan BN menerajui negara ini yakin dan percayalah banyak kerosakan dan kecelaruan yang akan berlaku kepada kita pada masa akan datang. Ingat setiap undi Kepada BN akan membawa Padah kepada kita semua. Jom Tolak BN. Tak Nak BN. Bn musuh kami. Hidup pakatan rakyat.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan