Grab the widget  IWeb Gator

Selasa, 3 Julai 2012

Panamatan khidmat KP Perkhidmatan Awam panas


KUALA LUMPUR: Krisis penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebelum sampai tempoh umur 60 tahun bakal memanaskan politik Malaysia.

Selepas blog pro-Umno mendakwa, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid cuba menikam Datuk Seri Najib dari belakang dengan menyiarkan berita kekesalan Abu Bakar selepas ditamatkan khidmat, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memanggil satu sidang media khas esok.

Yang menariknya, Mahfuz memanggil sidang media itu pada jam 10.50 pagi bukan jam 10 atau 11 tepat sebagaimana biasa.

Dua blog pro Umno, kesal dengan laporan Berita Harian yang meyiarkan kekesalan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan selepas disebut-sebut sebelum ini sebagai bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru.

Namun sebaik sahaja KSN yang baru, Datuk Seri Ali Hamsa dilantik, beliau ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai bukan atas permintaannya.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Berita Harian melaporkan, Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan