Grab the widget  IWeb Gator

Sabtu, 31 Julai 2010

Bloggers Tumbangkan UMNO



Assalamualaikum.. Jam 9.30 pagi saya sampai ke SRATI dan telah mengikuti satu kursus asas menggunakan microsoft word. Saya agak terkejut dan berasa bangga dengan semangat-semangat yang ditunjukkan oleh Veteran pas yang begitu semangat untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan komputer. Disini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan Tahniah kepada Kepimpinan kawasan yang menjalankan program seperti ini. Ini kerana dalam dunia yang serba canggih dan moden ini kita Ahli-ahli jemaah harus mengetahui sedikit sebanyak ilmu mengenai internet dan komputer bagi melancarkan lagi pengurusan Parti dan seterusnya menjadikan setiap Cawangan Pas ada pakar IT. Harapan semoga program seperti ini dapat dijalankan dimasa-masa yang akan datang. Biarlah kita maju jauh dari Kepimpinan UMNO di peringkat cawangan, Kawasan, Negeri dan Negara. Semoga segala tohmahan dari UMNO dapat kita tangani dengan cepat melalui Internet (Laman-laman Web dan Bloggers). Bagi mencapai hasrat untuk Menawan semula Perak dan Menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan