Apakah Musabaqah itu ? Musabaqah ialah sama ertinya dengan pertandingan membaca Al-Quran. Apa pula diertikan dengan Tadarus? Sepertimana yang kita semua maklum yang bila tiba musin Bulan Ramadhan akan popularlah perkataan Tadarus. Ahli jemaah di setiap Masjid2 dan Surau2 serta tak ketinggalan di Markas2, akan bermula aktiviti Tadarus Al-Quran akan bermula dari malam pertama Solat Tarawikh sehinggalah berakhirnya Puasa. Adakah amalan ini merupakan amalan yang baik serta memperoleh pahala daripada Allah s.w.t. Jawapannya ada ditangan kita sendiri saudara pembaca. Cuma yang nak dilihat oleh kita semua ialah apabila tadarus Al-Quran dijadikan satu tradisi dimana ia mesti dihabiskan apabila berakhirnya puasa Ramadhan. Apabila mesti dihabiskan, kita semua sedia maklum sudah tentu ia akan dilakukan secara tergopoh-gapah kerana ia mesti dihabiskan. Dan kita semua pun tahu kalau membaca Al- Quran secara cepat ia akan melanggar semua Tajwid dan hukum2 yang banyak terdapat di dalamnya. Dan apabila hukum ini dilanggar sudah pasti tentu akan banyak dosa yang akan di terima kerana maksud asal Al-Quran sudah lari dan sudah tentulah Al-Quran akan melaknatnya balik. Jadi sama2lah kita fikirkan apa yang patut kita lakukan apabila kita mahu bertadarus pada bulan Ramadhan Nanti. Sama-sama kita fikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan