Grab the widget  IWeb Gator

Sabtu, 17 Julai 2010

Ustaz Hafis Sabree Dan APCO?

Pada 13/7/2010 sekali lagi pas cawangan mengadakan Kuliah Politik Bulanan dan kali ini program diadakan di cawangan Sg Kati iaitu di Jalan Intan 2. Tuan rumah iaitu En. Zainal membenarkan kami membuat program ini dirumah beliau, terima Kasih kami ucapkan, semoga Allah membalas segala apa yang dilakukan oleh Tuan Rumah. Kami juga telah mengundang Ustaz Hafez Sabri iaitu Exco Pemuda Pas Perak dan Ajk Pemuda Pas Tambun telah mengupas mengenai isu APCO dan Palestin.Penerangan yang diberikan kepada semua hadirin sangat jelas dan mudah difahami oleh umum. Kehadiran juga agak membanggakan bagi kami walaupun Sg Kati merupakan kubu kuat UMNO. Semoga mereka semua diberi taufiq dan hidayah untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya yang akan datang. Di bawah sedikit gambar kenangan sepanjang program.


Kain Rentang Selamat datang Dari Pas Cawangan.

Penceramah pertama ialah Ketua Caw. Sg Kati.
Ceramah nak sama macam Mohd sabu.
Antara hadirin yang hadir Ahli dan penyokong pas.

Sdr Rosli org yang bertungkus lumus membuat persiapan.

Ustaz Hafez Sabri penceramah Utama. Penerangan yang
baik untuk semua hadirin.

Kelihatan Ketua Pemuda PAs Cawangan KDAS 3.

Pengerusi majlis (baju Putih) bersama ayahdanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan