Grab the widget  IWeb Gator

Sabtu, 31 Julai 2010

TINGGALKAN UMNO/BN

Sejak Jun 2009 UMNO dibawah pimpinan Perdana Menteri baru Najib Razak secara angkuh melantik APCO Worldwide untuk menjadi penasihat kepada Kerajaan malaysia. siapa APCO?APCO adalah syarikat perunding antarabangsa dan beribu pejabat di ISRAEL dengan dianggotai ahli-ahli lembaga pengarah yang pernah menganggotai tentera dan perisik Israel. APCO juga dianggotai bekas duta-duta Israel ke Amerika dan ke Jerman. APCO sebenarnya adalah rangkaian gerakan zionis antarabangsa.

Di dalam parlimen didedahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM77 juta kepada APCO. Alasan diberikan tidak ada didunia ini syarikat sehebat dan sepintar APCO!kata Nazri Aziz (Menteri).Malaysia tidak ada pilihan ! APCO saja yang mampu memulihkan hubungan Malaysia dan USA (Amerika). Kata Nazri Aziz syarikat Malaysia tak layak dan tak ada kelas! semua wakil-wakil Rakyat (MP) UMNO akur, kecut untuk membantah. Setelah diundi, Parlimen meluluskan peruntukan tambahan RM 28 juta kepada APCO. Wakil-wakil rakyat UMNO lebih takutkan arahan Najib berbanding dengan perintah Allah yang melarang umat Islam bersekongkol dengan Yahudi. Atas alasan ini marilah kita sama-sama meninggalkan UMNO dan BN yang rakus menghabiskan wang negara demi memuaskan nafsu sarakah mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan