Grab the widget  IWeb Gator

Khamis, 8 September 2011

Keberanian Mohamad Sabu buka mata kerajaan

KOTA BHARU, 7 Sept: Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu (gambar) kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.

Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu
keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu
 tersisih sehingga sekarang.
Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno
membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan
negara dicapai.
“Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan
 bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan
parti Umno.

“Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British
bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada
tempatnya  di bumi tumpah darah kita,” katanya di sini.
Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak
 mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan
 berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit.
Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima
sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.
Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong.
Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di
Bukit Kepong tampil membuat aduan.
Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam
Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat,
 British memusnahkan Islam di Tanah Melayu.
“Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam
terus terpinggir di bumi Malaysia.
“Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti
ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said.
Sedangkan merekalah pejuang sebenar,” ujarnya.
Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi
memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup
masyarakat orang Melayu.
Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi
Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali.
”Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam
yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah.
”Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan
aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris
 British.
”Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang
 dikenali sebagai Umno,” tambah beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan