Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku "Al-Harj". sahabat bertanya , " Apakah Al-Harj itu Ya Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab: "Peperangan demi peperangan demi peperangan".
Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Keterangan:
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi s.a.w. Harta benda melimpah ruah. banyak alatan-alatan moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh itu ramai orang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidak lah bercanggah dengan islam, tetapi ia mestilah tunduk di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri. Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampai ke titik akhirnya, iaitu kiamat.
Akhirnya terimalah 2 rangkap pantun dari saya :
1) Orang khianat disanjung-sanjung, orang amanah tidah didukung, Pemimpin zalim bunga di kalung, pemimpin islam di tali gantung.
2) Bangkitlah wahai pewaris nabi, jangan biarkan umat diuji, teruskan jihad kejalan suci, sebar luaskan rahmat Ilahi,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan