ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 166
FAHAM KETUANAN MELAYU 166
UMNO MENCONTOHI FIRAUN
Dalam Al-Qur'an perkataan Faiauna, Fir'aunu diulang oleh Allah Taala sebanyak 74 kali dalam pelbagai surah. Allah taala menceritakan keburukan Fir'aun. Nabi yang diutus kepada Fir'aun ialah Nabi Musa alaihissalam. Nabi Musa oleh kerana cabaran yang dihadapinya hebat maka termasuklah Nabi Musa dalam senarai pendek nabi ulul azmi.
Sifat Fir'aun terkenal dengan sifat zalim. Fir'aun membuat satu akta bunuh semua kanak-kanak lelaki. yang di benarkan hidup adalah perempuan dan anak perempuan. Ini diceritakan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 49.
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
Dalam kesibukan Fir'aun menyekat kemaraan lelaki yang akan meruntuhkan kerajaan Fir'aun maka Ibu Nabi Musa melahirkan Nabi Musa. Terlupa Fir;aun bahawa dirinya sendiri dijadikan oleh Allah. Lalu Allah Taala menyelamatkan Nabi Musa dengan meletakkan Nabi Musa di sisi Fir'aun.
Zaman fir'aun akta bunuh kanak-kanak. UMNO buat akta zalim dengan bermacam nama. Antara yang terkenal ialah ISA. Yang nak meruntuhkan kezaliman akan di ISAkan oleh UMNO. Bukankah UMNO meniru Fir'aun.
Jauhi UMNO kerana UMNO tiru fiir'aun yang zalim. Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13. UMNO zalim. Siapa sokong pemerintah zalim, ia juga zalim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan