Alhamdulillah, selesai sudah malam pertama untuk solat Tarawikh dan tadarus di markas KDAS 3. Kehadiran jemaah yang agak boleh dikatakan memuaskan la...Harap-harap malam esok bertambah lagi jemaah...mungkin ada yang terlupa kot nak solat Tarawikh malam nie... maklumlah setahun sekali. Bukan hanya solat dan tadarus sahaja bahkan ada juga Majlis yang biasa dilakukan oleh pendokong Islam iaitu Tazkirah Ramadhan.
Malam pertama nie Tazkirah disampaikan oleh Ketua Cawangan sendiri iaitu ustaz Zaharuddin, Alhamdulillah nampaknya dah semakin sihat...Walaupun hanya sekitar 20 minit tetapi ianya cukup bermakna untuk semua Jemaah yang hadir malam tadi. Rugi la sape yang tak hadir dan yang sembahyang kat masjid sebab tak tapat pahala menghadiri majlis Ilmu... Harap-harap terbukalah hati semua AJK masjid KDAS 3 nie untuk nak berikan peluang kepada Tazkirah untuk dijalankan dimasjid yang mana pengunjungnya adalah lebih ramai lagi. Kan bagus kalau ada Tazkirah, Orang yang tak penah datang untuk majlis Ilmu dapat juga dalam bulan Ramadhan nie..moga-moga lepas Ramadhan mereka boleh teruskan untuk menghadiri majlis Ilmu, tapi malangnya AJK Masjid sendiri tak nampak semua itu... mereka lebih suka berbangga dengan Tarawikh yang 20 Rakaat...
Disokong pulak oleh Tok Peti yang dah semakin tak berapa buah pikirannya...Hai apa la nak jadi dengan dunia nie...terutamanya negara Malaysia yang diperintah oleh UMNO APCO nie... kesian kat pemuda kampung yang terbiar tanpa arah tujuan untuk dijadikan pedoman mereka untuk menuju ke Akhirat yang mana ia akan kekal didalamnya buat selama-selamanya. Tak nampak lagikah wahai AJK Masjid KDAS 3. Apa yang otak hangpa sedang pikirkan buat masa ini.... Semoga mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah s.w.t. Insyaallah......Jam dah pukul 1 pagi esok nak sahur.....kita sambung cerita ini pada malam esok pulak. Mungkin tajuk esok lebih menarik lagi untuk tatapan kita bersama. Assalamualaikum.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan