Rasulullah s.a.w pada hari bulan Syaaban dihadapan kami: maka beliau bersabda : Wahai manusia sesungguhnya kamu pada saat ini benar-benar telah dinaugi oleh bulan yang agung yang penuh keberkatan; iaitu bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang fadhilatnya lebih baik dari seribu bulan; Bulan yang Allah mewajibkan puasanya sebagai fardu dan berdiri beribadah ( dimalam harinya) sebagai tatawwu'(sunat); sesiapa saja mendekatkan dirinya kepada Allah dengan sesuatu pekerjaan kebajikan di dalamnya samalah dia dengan orang yang mengerjakan fardu di bulan yang lain.Ramadhan itu bulan sabar, sedangkan sabar itu ganjaran pahalanya adalah syurga, ia juga bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambahkan rezeki para mukmin di dalamnya. Sesiapa saja yang menjamu makanan berbuka untuk orang yang berpuasa maka ianya menjadi keampunan bagi dosa-dosanya dan menjadi kebebasannya daripada sentuhan api neraka, dan disediakan baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu dengan tidak kurang sedikitpun. Para sahabat bertanya; tidak semua dari kami ini mampu menyediakan makanan berbuka puasa untuk orang yang berpuasa. Jawab Rasulullah s.a.w Allah memberikan pahala ini kepada orang yang memberikan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu.Ramadhan ini bulan dimana awalnya penuh rahmat dan pertengahannya keampunan dan akhirnya kebebasan daripada api neraka. Maka perbanyakkanlah oleh kamu daripada melakukan empat perkara dibulan Ramadhanini; dua perkara kamu akan meredakanTuhanmu, dua perkara lagi kamu tidak terkaya darinya (yakni mesti mendapatkannya). Adapun dua perkara yang kamu akan meredakan Tuhanmu ialah "Naik saksi bahawa tiada Tuhan sebenar melainkan Allah" dan kamu sentiasa memohon keampunannya. dan adapun dua perkara yang kamu tidak terkaya darinya kamu mesti sentiasa memohon syurgaNya dan berlindung denganNya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minum akan orang berpuasa nescaya Allah membalasnya dengan memberinya seteguk air telaganya yang selama-lamanya tidak akan dahaga sehinggalah ia memasuki syurga.Sekarang benar-benar telah datang kepadamu bulan Ramadhan iaitu bulan penuh keberkatan yang Allah fardukan ke atasmu puasanya. Di bulan Ramadhan ini dibuka seluruh pintu-pintu syurga, ditutup semua pinti-pinti neraka, dan dibelenggu seluruh bangsa syaitan. Didalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang fadilatnya lebih baik daripada seribu malam , maka sesiapa terhalang daripada limpahan kebajikan satu malam itu bererti ia benar-benar kerugian yang amat besar. Sekarang Ramadhan penghulu segala bulan telah datang keatasmu maka "selamat datang ia". Bulan Ramadhan itu datang membawa keberkatan maka muliakanlah sungguh-sungguh pelawat yang datang menemuimu itu. (HR. Ahmad, Nisai, Baihaqi dan Thabrani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan