Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 15 Ogos 2010

IFTAR RAMADHAN UPU SG KATI


Pada 14 Ogos 2010 Program Iftar Ramadhan telah diadakan di Cawangan ini yang bertempat di Jalan Orkid. Dalam Majlis ini sebanyak 40 bantuan Fakir Miskin telah disediakan oleh Pihak Pas Kawasan Tambun untuk diagihkan kepada Penduduk sekitar KDAS 3, KDAS 1, Dan Sunga kati.
Juadah berbuka puasa juga turut disediakan. Antara Pimpinan Kawasan Yang hadir pada Program tersebut ialah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi yang merupakn Ketua Urusan Ulamak Tambun dan YDP Tambun sendiri iaitu Dr Khairuddin Bin Dato Abdul Malek.

Oleh kerana YDP hadir agak lewat kerana ada urusan tak dapat dielakkan, Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ustaz Wan sendiri. Sebelum majlis bermula bacaan Tahlil dan doa selamat telah disempurnakan oleh Ustaz wan. Selapas Penyampaian Bantuan, sedikit Tazkirah disampaikan oleh Ustaz bagi memenuhkan ruang waktu sementara menunggu waktu berbuka. Solat Maghrib berjemaah turut diadakan di perkarangan Rumah yang disediakan khemah sebagai tempat solat.

Setelah selesai solat Maghrib majlis diteruskan dengan Tazkirah Ringkas atau Amanat yang disampaikan oleh YDP Dr Khairuddin. Penekanan yang diberikan dalam Tazkirah Tersebut ialah persoalan Taqwa yang mesti dicari oleh setiap Umat Islam. YDP juga telah mengajak semua hadirin supaya bersama-sama duduk dalam Jemaah islam iaitu Pas bagi menegakkan Islam didalam muka bumi ini. Tazkirah disampaikan dalam lingkungan 20 minit sebelum majlis bersurai dan Solat Tarawikh diadakan di Markaz KDAS 3.

Ini ialah sebahagian tanggugjawab yang dipertanggungkan kepada Jemaah Islam iaitu membantu siapa saja didalam kesusahan bagi meringankan beban mereka. Dikala kita Parti Pas tidak memerintah boleh melakukan perkara yang sedemikian, bayangkan dikala kita memerintah sudah barang tentu lebih lagi sumbangan dapat kita berikan kepada masyarakat setempat. Pemberian yang diberikan adalah merupakan Aktiviti tahunan yang dilakukan oleh Pas Kawasan dan Cawangan-cawangan. Diharap lebih lagi sumbangan diterima dari ahli dan penyokong pas supaya akan dapat menyumbangkan lebih banyak lagi bantuan kepada mereka yang memerlukan. marilah kita sama-sama merebut peluang di Bulan Ramadhan ini bagi membuat amalan sebanyaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan