Grab the widget  IWeb Gator

Jumaat, 13 Ogos 2010

KELEBIHAN BERSAHUR DAN TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim


Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan tamar adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah tamar.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Sekiranya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji tamar ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum azan Subuh. Rasulullah SAW juga bersabda waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

• Buah tamar mengandungi 60-70% gula asli di dalam bentuk glukosa dan fraktosa di dalam bentuk yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3% air, 2.5% protein, 0.4% lemak, 2.1% zat-zat logam dan 3.9% serat.


• Di antara zat-zat logam yang terdapat di dalam buah tamar ialah kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin B. Jika diamati pecahan khasiatnya (nutrients), ia mengandungi kandungan air, karbohidrat dan serat yang tinggi dan kadar lemak yang rendah.

• Serat yang terdapat di dalam tamar amat baik untuk perut dan usus terutama bagi mereka yang mengidap penyakit sembelit.


• Mengikut Metchnikoff, seorang saintis yang terkenal di Rusia, banyak memakan tamar akan menghalang pembiakan kuman-kuman berbahaya dan sebaliknya akan melahirkan koloni kuman yang bermanfaat bagi usus (friendly bacteria).

• Tamar di sesetengah negara, contohnya California, kadar lemak yang terdapat di dalamnya ialah 0% dan kadar serat bagi setiap 5-6 biji buah tamar ialah 3 gram. Seseorang yang memperolehi 3 gram serat telah memperolehi 14% daripada keperluan hariannya.

• Pengkaji di Amerika menganggap buah tamar sebagai makanan harian yang ideal kerana pakar-pakar pemakanan telah merumuskan, di antara formula pemakanan yang terbaik pada hari ini ialah yang tinggi kadar karbohidrat dan serat serta rendah kadar lemaknya. Formula ini dapat mencegah kegemukan dan mengurangkan risiko menghidap sakit jantung dan barah. Khasiat yang terdapat pada buah tamar memang selari dengan formula pemakanan ini.

• Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

• Tamar juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

• Tamar boleh menurunkan risiko serangan stroke disebabkan kandungan kalium yang tinggi.

• Tamar juga mengandung salisilat. Zat ini dikenal sebagai bahan baku aspirin, ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembekuan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan