Daripada Ibnu Omar r.a berkata: Berhadap Rasulullah s.a.w kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda : "Wahai kaum mujahirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan keatasnya (Kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah s.w.t semoga kamu tidak menemui masa itu.
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukan kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka. mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah ditimpa umat-umat yang lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dikalangan pemimpim mereka.
3. Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang (yang hidup diatas muka bumi ini) tetunya tidak akan diberi hujan oleh Allah s.w.t.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari apa yang ada ditangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidaj melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan maka(disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri.
Hadis Riwayat IBNU MAJAH
Keterangan:
Hadis ini menerangkan bahawa penyakit Tha'un dan Aids adalan berpunca dari banyak berlaku penzinaan. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangannya. Kemarau panjang adalah berpunca daripada tidak mengeluarkan zakat. Kemampuan musuh mengambil sebahagian apa yang dimiliki oleh kaum muslimin (seperti hilangnya tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah s.w.t. Perang saudara yang berlaku dikalangan kaum muslimin adalah berpunca daripada mengetepikan hukum-hukum Allah s.w.t dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan