Ahad, 15 Ogos 2010
tazkirah ramadan
selain daripada ganjaran yang di berikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yg berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. terdapat jugak beberapa pengisian dan kelebihan yang kadangkala kita nampak atau pernah lakukan atau juga pernah kita abaikan. tazkirah tersebut mengetengahkan 3 perkara secara kasar yang menjadikan 30 hari berpuasa sebagai sebagai waktu yang cukup baik bagi mengenal diri kita dan melatih diri daripada menjadi hamba yang mendapat tempat disisi ALLAH S.W.T. antara 3 perkara tersebut ialah dalam bulan Ramadhan adalah merupaka kelebihan bagi seseorang untuk mencongak atau kata lain muhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan hari, bulan dan tahun sebelumnya. selain daripada itu, yang kedua pada bulan Ramadhan adalah bulan memantapkan ilmu dengan bacaan Al-Quran, sembahyang sunat, tazkirah dan sebagainya, ini kerana pada bulan ramadhan adalah masa yang sesuai utk semua manusia yang berpuasa tidak menyibukkan diri dengan hal-hal dunia seperti sibuk dengan perkerjaan, namun jika pada bulan puasa ini manusia cuba mengaut keuntungan yang lebih dari biasa atau pekerjaan yang diluar daripada kebiasaan maka dia bukanlah antara golongan yang mahu mendapatkan kelibihan yang dijanjikan Allah kepada hamba yang berpuasa. oleh itu kita haruslah menggunakan kesempatan yang ada untuk mencari seberapa bnayak ilmu agama. yang ketiga pencermah ada menyebut tentang pembinaan Ukhwah islammiah. sedar atau tidak pada masa bulan ramadhan kita akan berkumpul satu keluarga makn bersama pada ketika bersahur dan berbuka, oleh itu secara tidak langsung kita dapat bersembang, dan mengerat hubungan anak beranak, anak dengan ibu bapa dan melahirkan kasih sayang berbanding pada bulan yang bukan berpuasa mungkin semua itu tidak pernah berlaku, ayah subuk kerja, anak sekolah, ibu bekerja atau tiada masa untu bersama suami dan anak secara serentak, selain dari itu juga, hubungan jiran tetangga juga dapat dieratkan dengan memberi sedekah, bertukar lauk pauk dan juadah dan sebagainya yang mana perbuatan yang cukup baik dilakukan. seterusnya merapatkan hubungan antara seluruh kaum muslimin dan muslimat dengan sembahyang terawih yang mana tiada pada malam2 yang bukan bulan Ramadhan…InsyaALLAH dengan isi tezkirah tersebut dapat kita renungkan keindahan dan rebut peluang yang ada bagi mendekatkan diri kepada ALLAH…semoga kita menjadi orang yang beriman dan bersyukur…amin…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan