Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 15 Ogos 2010

BANTUAN BULAN RAMADHAN

Pada 15 Ogos bersamaan 5 Ramadhan Pas Cawangan KDAS 3 dan Sungai kati telah menyampaikan bantuan yang mana mereka yang tidak hadir pada program Malam 14 Ogos yang diadakan di Jalan Orkid. Atas dasar keadilan untuk semua, pas cawangan telah mengambil anisiatif untuk menghantar bantuan tersebut kerumah-rumah mereka yang tidak hadir pada program tersebut.

Program yang bermula jam 9.30 pagi itu berakhir jam 12.00 T/hari. Seramai 6 orang Muslimin dan 1 muslimat telah menyertai rombongan tersebut. Pergi kesetiap rumah dan mereka menyatakan setinggi penghargaan terhadap rombongan kami. Kami juga bertanyakan khabar kepada mereka demi untuk merapatkan lagi hubungan ukhuwah sesama Islam. Ini adalah sebahagian saranan daripada Pas kawasan supaya mendekati masyarakat bukan hanya masa Pilihanraya tetapi pada setiap masa. Semoga segala sumbangan yang tidak seberapa ini dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh Penerima-penerima bantuan semua.

Rupa-rupanya masih ada lagi penduduk di kawasan ini yang berada di tahap miskin tegar dan perlukan bantuan dari kita semua. kepada sesiapa yang ingin membuat sebarang sumbangan bolehlah berhubung dengan Pas Cawangan ini dengan alamat emel paskdas3@yahoo.com atau melalui talian bendahari cawangan 019-5753026. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna kepada semua mereka yang memerlukan bantuan tersebut. Disini kami ingin mengucapkan Selamat Manjalani Ibadah Puasa dan semoga mendapat Taqwa diakhir puasa nanti.

1 ulasan:

  1. aleh...berapa kerat yeop....bantu sejemput riuh sedunia...UMNO dah bantu sampai keturunan korang pun dah buncit muncit.

    Majlis tu pun dengor tak berjaya yeop...Ketua Bahagian disuruh datang lambat cikit sebab orang nya ciput, nak unggu penuh..he..he..

    kalau jantan siar kan lah..he..he..

    BalasPadam