Grab the widget  IWeb Gator

Ahad, 22 Ogos 2010

UMNO YANG POLITIKKAN MASJID

            
Pada 20/8/2010 sesuatu perkara yang tak sepatutnya berlaku telahpun berlaku di KDAS 3 nie apabila kain Banner yang dipasang oleh Pas Cawangan tiba-tiba tercabut satu bahagian sedangkan pada petang itu tak ada hujan atau ribut disini. saya agak terkejut bila pulang dari tempat kerja apabila melihat kejadian ini berlaku tanpa mengsyaki apa-apa dan beranggapan bahawa tercabut sendiri. Waktu tu jam 5.30 petang. Saya terus pulang kerumah dan berehat sebelum keluar pada jam 6.00 untuk kerumah emak. Jiran sebelah rumah emak telah memberitahu bahawa Pemuda UmNo ada buat program kat masjid. Saya saja ronda kemasjid dan melihat begitu ramai Pemuda Umno bahagian la kot yang hadir.

Lepas dari itu baru lah saya terfikir berkenaan dengan Banner yang terjatuh td mungkin Banner itu takut kehadiran ramai pimpinan pemuda UMno sehingga dia menjatuhkan dirinya sendiri sebagai tanda hormat. Kebetulan tempat Banner itu jaraknya 50 meter dari masjid dan itu adalah laluan utama untuk kemasjid. Itu satu persoalan lah...

Yang menjadi tanda tanya disini adakah puak-puak UMnO nie tak tahu atau buat tak tahu dengan Titah Ucapan Seri Paduka Sultan Perak supaya jangan Politikkan Masjid. Terang-terang gunakan masjid untuk aktiviti Umno itu sendiri. Bila kita nak guna untuk Tazkirah pun tak boleh katanya kerana ini akan mempolitikkan masjid tetapi hakikatnya merekalah yang terang-terang politikkan masjid. Sedangkan kalau Tazkirah tak ada pun nak sebut nama Pas dalam isi kandungan Tazkirah tersebut, tapi bila dengar perkataan Tazkirah mereka akan kata ini Politik. Ish..Ish...Ish..janggal sungguh pemikiran mereka.

Adakah Pengerusi masjid tak tahu yang ini adalah program Parti politik, dengan jelas Banner yang kita nampak menyebut nama UMno. Banner Umno ini pun diletakkan sekitar 6.15 dan dibuka lepas solat Isyak, nyarisla petugas pemuda yang cekap sempat juga ambil gambar nie sebagai bukti yang memang Umno yang suka Politikkan Institusi masjid bukannya Pas. jarang kita dengar beri sumbangan pada bulan Ramadhan nie kepada org muda, biasanya kepada Fakir miskin dan Ibu tunggal atau anak-anak yatim, apa tujuan tak tahu la... sama-sama la kita pikirkan.

Semoga dengan pendedahan ini akan terbuka minda Pengundi-pengundi UPU Sg Kati untuk berfikir dan membuat pertimbangan siapa yang Mempolitikkan masjid. Marilah kita sama-sama membuat perubahan untuk menolak Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti Insyaallah.

1 ulasan:

  1. Salam, besor dosa memfitnah, tengok kan sepanduk PAih pun uzur je rupanya, kalau nak potong bagi aku baik buang terusnya merosak mata.

    Untuk kerja baik apa salahnya bagi sumbangan pada orang miskin malah orang PAih pun aku dengar dapat sumbangan tu dan pemuda PAih juga yang supply Ais unt jamuan tu.

    kan ke UMNO yang berusaha mendapatkan peruntukan dari Menteri UMNO untuk bina Masjid tu, malah bukan ke UMNO yg perintah Perak.

    kau siar ke tidak komen orang ni? atau kau memang jenis pemuda PAih pengecut tak bertelor

    BalasPadam